Jangan Terlebih Minum Air Putih, Bahaya!





Bahaya Minum Air Putih Berlebihan



Air putih amat digalakkan untuk kita mengambilnya dalam seharian. Tidak dinafikan, ia banyak memberi kebaikan pada tubuh. Tapi jangan terlebih minum air putih, bahaya kepada tubuh badan.


air putih


Bagi Mai, air putih adalah air yang paling sedap di dunia walaupun tiada sebarang rasa. Kenapa pula? Kerana ia mampu menghilangkan dahaga dengan segera dan cepat rasa puas minum. Kalau minum minuman berperisa, rasa seperti tidak puas minum. Lagi-lagi minuman yang manis, selepas meminumnya pasti akan rasa lapar, nak makan pula.

Bagi sesiapa yang mahu memulakan diet seimbang dan mengurangkan berat badan secara sihat, cuba gantikan minuman manis dengan air putih. Minum dengan kuantiti secukupnya dalam masa sehari. Anda pasti akan nampak kesannya, dapat mengawal rasa lapar. Dalam masa yang sama, kulit muka dan badan juga terkesan dengan pengambilan air putih yang cukup. Masalah kulit semakin berkurangan, rasa sihat dan segar.

Tetapi ada individu yang terlalu taksub dengan diet harian mereka, nak cepat kurus.. maka mereka mengambil air putih melebihi kuantiti yang sepatutnya. Ada juga yang claim diri mereka sebagai 'coach kurus', yang memberi saranan seperti .. lagi banyak minum air putih, lebih daripada 3 liter, lagi bagus katanya. Aduh.. tepuk dahi je bila Mai membaca perkongsiannya di Instagram. Ingat badan manusia ni tangki simpanan air ke? Minum air putih banyak tidak akan mengurangkan berat badan tapi dengan seimbang semua segi, baru boleh kurus secara sihat.

air putih

Lagi satu, bagi mereka yang mengambil apa-apa produk untuk tubuh yang dibeli contohnya produk memutihkan kulit, produk cepat kurus... mereka dinasihatkan supaya minum air putih dengan kerap dan banyak oleh pengasas produk tersebut. Itu tidak benar. Nak cuci apa pun tak tahulah. Daripada ambil produk merepek, lebih baik minum je air putih secukupnya dengan diet yang betul.

Hmm.. mungkin pengaruh luar terlalu banyak agaknya sampai semua perkara nak 'menjadi' cepat saja. Sebelum memulakan apa-apa perkara, biarlah ada ilmu tentangnya. Kalau nak diet dan kurus dengan sihat, ikut ilmu dan saluran yang betul. Jangan melampau minum sampai 7 liter sehari. Lebih kerap ke tandas dibuatnya. Kasihan buah pinggang. Malah boleh kena sawan tahu tak?

Punca Sawan Kerana Minum Air Putih Berlebihan


Ya, terlebih minum air putih boleh menyebabkan sawan.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi tentang cara dia meminum air putih sebanyak 7 liter sehari di akaun Twitter miliknya.

bahaya minum air putih berlebihan


Maka, Doktor Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang, tampil menjelaskan perkara yang benar di akaun Twitter miliknya tentang kesan buruk minum air putih berlebihan dan panduan minum air putih dengan betul. Antaraya seperti..

Minum air terlampau banyak BUKAN penyebab kurus. Ia mungkin menyebabkan SAWAN. Cara nak kurangkan berat badan adalah dengan bersenam dan mengurangkan pengambilan kalori. Jangan sebarkan info mengarut. Minum macam biasa 8 gelas sehari dan/atau bila haus.

Minum banyak air TIDAK BOLEH kuruskan badan. Nak kurus, kena kira kalori keluar masuk betul-betul. Minum terlebih sangat air boleh memudharatkan. Bila badan terlebih sangat air, air akan menyebabkan sel badan membengkak.

punca sawan


Ia juga berlaku di dalam otak kita; jadi menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Keadaan ini dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional), biasanya bila bacaan darah sodium terlampau rendah (normal antara 135-145 bergantung kepada makmal).

Keadaan ini juga boleh berlaku bila ada kegagalan buah pinggang, hati dan lemah jantung. Sebab itu Doktor mohon kurangkan pengambilan kuantiti air. 

Tak perlu tanya berapa banyak air anda perlu kerana lain orang lain. Yang tentunya, tak payah sampai 10 liter. Bersederhanalah.

Apa yang kita perlu sehari adalah mengikut aktiviti kita ya. Sebagai contoh, jika kita berdiri tengah panas, aktiviti bersukan, demam; nescaya keperluan air akan jadi lebih lagi. Jangan lupa, makanan kita pun ada kandungan air ya; terutamanya buah-buahan.

Doktor Rafidah Abdullah juga memberi panduan minum air dengan betul dan mudah:

Minum air, minum lah. Bersederhanalah.

Tak payah terlebih dan harapnya jangan kurang. Saya sendiri tidak menyukat pengambilan air. Janji tidak haus dan air kencing kita tidak terlampau pekat. Cukup.


Begitulah antara apa yang disampaikan oleh Doktor Rafidah Abdullah tentang keburukan minum air putih melebihi had.

Bersederhana dalam setiap perkara, itu lebih baik. Jangan kerana mahu cepatkan dapatkan sesuatu, contohnya mahu cepat kurus, lalu minum air bergelen. Buatlah sesuatu perkara dengan mengikut ilmu dan saluran yang benar.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Baik. Faham dah. kita juga kena minum air masak ikut BMI masing-masing.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)