Resepi Kek Pisang Sedap dan Gebu, Mudah Disediakan





Resepi Kek Pisang Pasti Jadi



Sedapnya makan kek pisang lembut dan gebu! Kek pisang adalah salah satu kek kegemaran Mai. Suka sangat dengan rasa dan bau pisang pada kek ini. Secukup rasa. Anda juga penggemar kek pisang?

resepi kek pisang
Sedapnya kek pisang...

Makan kek pisang ketika minum petang sangat mengasyikkan. Dimakan pula dengan teh kurang manis atau kopi O, sampai tak sedar dah berkeping-keping makan dibuatnya hehe. Kalau Mai, dengan air masak pun cukup dah.

Sebelum ini selalu juga beli kek pisang segera di kedai, memang sedap rasanya. Kali ini nak juga cuba buat sendiri, dengan harapan menjadilah kek pisang dengan jayanya hehe. Cari punya cari di internet, akhirnya dapat satu resepi kek pisang mudah yang dikongsikan di Facebook Resepi Kek Pisang.

resepi kek pisang

Mudah sangat buatnya. Bahan-bahannya pula guna yang sedia ada di rumah saja. Kebetulan beberapa sikat pisang emas daripada pokok pisang tanaman sendiri masih ada di rumah. Maka, jadi juga untuk projek kek pisang ini. Dapat juga berjimat kan? Nak buat banyak pun boleh. Kalau buat sendiri, tahap kemanisannya juga boleh dikurangkan, sesuai dengan lidah masing-masing.

Sebelum buat kek pisang ini, risau juga kalau tak jadi, takut membazir pula nanti. Tapi Alhamdulillah, cubaan kali pertama buat kek pisang berjaya 😁 Wangi baunya ketika dibakar.

resepi kek pisang

Kek pisang, kalau dimakan keesokan harinya, bertambah sedap. Lagi lembut dan gebu jadinya. Rasa pisangnya juga semakin terasa. Warnanya juga jadi gelap sedikit. Alhamdulillah semua orang di rumah suka hehe, cepat juga larisnya kek pisang ini.

Ok, jom mula buat sekarang!

Resepi Kek Pisang


Bahan-bahan:

7 biji pisang emas masak - dilenyek menggunakan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum *
150 gram gula kastor - boleh tambah atau kurangkan, mengikut tahap kemanisan masing-masing
4 biji telur
3/4 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh serbuk penaik *
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu teh esen vanila

-  Yang bertanda * perlu diayak bersama

resepi kek pisang
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek pisang.
Pisang sebiji itu untuk hiasan di atas adunan.


Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.

2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.

resepi kek pisang


6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (mengikut ketuhar masing-masing).

resepi kek pisang
Kek pisang siap!

Apabila kek siap dan menjadi dengan cantik, puas hati sangat! Tidaklah susah mana nak membuat kek ini kan hehe. Lepas ini mesti ulang buat lagi kek pisang ini. Jimat pun jimat 😉

Sedapnya kek pisang.. Selamat mencuba.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. wah terima kasih share resepi. boleh la try buat. tapi anak2 tak suka. kita makan sorang2. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan sorang-sorang lagi best, takda siapa kacau kan hihihi

      Padam
  2. Kek pisang ni salah satu kegemaran kami sekeluarga.Kek pisang kurang manis.

    BalasPadam
  3. Macam senang je. Bahan pun tak complicated. Nak try lah, mama dengan opah mesti suka! InsyaAllah, nanti boleh try. Thank you share resipi ye!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang sangat nak buatnya. Cuba ye ;) InsyaAllah menjadi

      Padam
  4. sedapnyaa. Thank you for the resepi. nanti nak try buat jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, silakan cuba resepi ni ye ;)

      Padam
  5. waa..mudah rupanya buat kek pisang sendiri..boleh la cuba nanti :-)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)