Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Top 5 Local Dishes You Must Check in Malaysia

Makanan Sedap di Malaysia


Top 5 Local Dishes You Must Check in Malaysia | Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum yang hidup dengan harmoni. Mempunyai pelbagai tempat pelancongan dan juga tempat bersejarah yang menarik. Yang paling menarik ialah makanannya. Malaysia juga dikenali sebagai syurga makanan.

delicious food in Malaysia


Pelbagai kaum di negara ini membuatkan Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi. Pagi petang siang malam, ada saja kedai makan yang menyediakan bermacam jenis masakan panas. Jangan risau tentang makanan jika berada di Malaysia kerana ia mudah didapati.

Makanan tradisi apa yang sedap di Malaysia? Kalau diikutkan, memang banyak makanan yang sedap jika mahu disenaraikan. Bagi Mai, antara makanan top 5 yang para pelancong mesti rasa apabila berada di Malaysia adalah...


1. Rendang

Rendang sangat sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang dimakan bersama lemang atau ketupat. Sama ada ayam, daging, ikan, udang atau kerang.. sesuai dibuat rendang. Ia juga menjadi hidangan kaum selain daripada Melayu. Apabila bercakap tentang rendang, teringat pula kata-kata juri rancangan masakan, MasterChef UK, yang mengatakan rendang ayam tidak crispy. Ya, rendang ayam tidak crispy. Isi ayam perlu empuk, barulah sedap dimakan bersama lemang, ketupat dan nasi. Sekali rasa, pasti mahu ulang makan berkali-kali 😁

rendang pedas
Rendang Pedas Ayam
Foto: Facebook Zaky Mat Ali

Terdapat pelbagai variasi rendang yang ada. Antaranya, rendang pedas, rendang tok, rendang serai, rendang minangkabau dan lain-lain lagi. Semuanya sedap serta memiliki tarikan dan keunikan tersendiri dari segi bahan-bahan yang digunakan juga cara menyediakannya.


2. Nasi Kerabu

Nasi biru atau kadang kala terdapat dalam warna kuning yang berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan sering menjadi perhatian kerana warnanya yang menarik. Tarikannya bukan hanya terletak pada warnanya tetapi juga pada rasanya yang sedap. Lauk pilihan yang ada seperti ayam goreng, daging bakar atau ikan goreng. Dimakan pula dengan solok lada, keropok ikan goreng dan telur masin serta beberapa ulam-ulaman yang membangkitkan selera. Pasti teringat-ingat rasanya.

nasi kerabu
Nasi Kerabu
Foto: tasteatlas.com


3. Laksa

Laksa oh laksa. Makanan berkuah isi ikan yang sedap ini sangat patut untuk dicuba. Terdapat beberapa jenis laksa yang boleh didapati di Malaysia. Ada laksa utara, asam laksa (laksa Penang), laksa Sarawak, laksa Johor, laksa Terengganu, laksa Kelantan, kari laksa dan laksam. Setiap jenis laksa memiliki keunikan yang tersendiri, dari segi pembuatan dan juga rasa.

laksa
Laksa

Lagi sedap kalau dapat makan laksa yang dibuat secara tradisional seperti Laksa Lubuk di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Ia masih mengekalkan cara memasak zaman dahulu dengan menggunakan dapur kayu serta memproses mi laksa menggunakan 'kebuk' (acuan laksa) yang diperbuat daripada tembaga.

laksa Lubuk, Kuala Kangsar
Kaedah pembuatan laksa secara tradisional di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Foto: Bernama


4. Cendol

Sedapnya menghirup cendol, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Makan pula di gerai yang berdekatan sungai seperti di lembah Kuala Kangsar. Dibuai oleh angin sepoi-sepoi bahasa sambil melihat pemandangan yang menenangkan. Fuhhh.. memang mengasyikkan.

cendol
Cendol

Bahan-bahan utama dalam pembuatan cendol adalah jeli hijau tepung beras, santan, gula merah dan ais parut. Kesemua bahan dicampur dalam satu mangkuk, membuahkan rasa yang amat menyelerakan!

Kini cendol boleh didapati dalam pelbagai versi. Ada yang menambah bahan lain seperti pulut, jagung manis dan kacang merah. Lebih hebat lagi, ada tambahan durian pula dalam cendol. Nampak meriah cendol dengan pelbagai bahan yang pastinya menggamit selera.


5. Nasi Lemak

Salah satu makanan tradisi Melayu Malaysia yang terkenal, nasi lemak. Nasi yang dimasak dengan santan bagi menambah rasa lemaknya, simpulan daun pandan yang diletakkan bersama dalam nasi memberikan haruman yang mampu menggoda selera. Dimakan bersama sambal ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang. Satu gabungan yang mantap! Kemudian dibalut pula dengan daun pisang.

nasi lemak
Nasi Lemak
Foto: YouTube Che Nom

Kini, nasi lemak dipelbagaikan lagi lauknya. Sambal ikan bilis digantikan dengan pelbagai lauk pilihan seperti sambal sotong, sambal udang, sambal kerang, sambal ikan masin, rendang ayam dan lain-lain lagi. Wow, sedapnya!

Memang mudah nak cari nasi lemak di Malaysia. Banyak restoran dan gerai kuih-muih tepi jalan yang menjualnya. Nak lagi mudah, order online je dengan Foodpanda yang menyediakan servis nasi lemak delivery ini. Tak perlu susah-susah buang masa dan petrol. Hanya klik-klik di hujung jari atau menelefon, makanan sampai terus di rumah.


Baru cerita sedikit tentang beberapa makanan top di Malaysia ini, sudah terasa di tekak keenakannya. Begitulah antara makanan tradisi top 5 di Malaysia. Memang syurga makanan sungguh Malaysia ni. Makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam.. semua ada disediakan di kebanyakan kedai makan.

Sambil jalan-jalan ke mana sahaja tempat di Malaysia, jangan lupa untuk mencuba macam-macam jenis makanan tradisinya dengan keunikan rasa tersendiri. Ia mungkin jadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang masa.


16 ulasan for "Top 5 Local Dishes You Must Check in Malaysia"

  1. extreme sangat gambar makanan atas nie . I is terliur . . . sedapnya semua . .

    BalasPadam
  2. sedap... tetiba terliur nasi lemak ni hhahaha

    BalasPadam
  3. Sedap. Patutpun jadi top local dish kat Malaysia.

    BalasPadam
  4. pergh semua sedap belaka..semua pernah rasa..memng makanan tempatan yang popular. pertama kali namapk laksa dibuat secara tradisional tu

    BalasPadam
  5. done cuba semua. hehe. macam timbul idea nak review every meals ni yang best di kelantan lah. thankyou awak.

    BalasPadam
  6. Semua dishes jat Malaysia sedap sedap tau. Rugi kalau tak cuba. Nak nak cendol tu minjm time panas, perghhh nikmat rasanya.

    BalasPadam
  7. Malaysia ni syurga makanan. Semua makanan sedap-sedap.

    BalasPadam
  8. Semua lima lima dari senarai ni favoirite makanan saya. Alahai lapar la pulak baca entry ni. Nk p cari nasi kerabu la

    BalasPadam
  9. Memang semuanya saya sangat suka! Terliur baca artikel ni walaupun ditengah malam. Mana nak cari ya tengah2 malam ni hehe. :)

    BalasPadam
  10. Dalam banyak2 makann popular untuk setiap negeri.. Nasi kerabu je wawa xmakan.. Sbb mmg xdoyan.. Huhu

    BalasPadam
  11. Yess! Wajib semua tu. Pasni masukkan juga makanan Sabah, Sarawak serta dari rakan-rakan Cina, India serta Baba Nyonya juga ye.

    Terliur tengok cendol pepagi nie haha

    BalasPadam
  12. hahah sebagai rakyat malaysia, tahniah kepada diri sendiri sebab dah pernah cuba semua makanan ni and dah jadi makanan rutin harian hehe

    BalasPadam
  13. local dish memang sedap/ dalam banyak banyak senarai kat atas tu saya pilih cendol. paling best makan tengah panas dengan pisang goreng. hehe

    BalasPadam
  14. Nasi kerabu is my favorite!! Living in Korea makes me appreciate malaysia's food more 😭

    BalasPadam
  15. Nasi lemak tu paling top. Rendang pulak lauk paling sedap :)

    BalasPadam
  16. Semua makanan kat sini mmg sedap dan sht rekomen utk kita dan masyarakat luar cuba. Tq for the posting

    BalasPadam