Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kedai Makan Pork Free, Muslim Jangan Makan Sesuka Hati Pula

Kedai Makan Pork Free Bukan Bermaksud Halal



Malaysia terkenal dengan syurga makanan. Mana tidaknya, terdapat pelbagai jenis makanan daripada kaum yang berlainan di negara ini. Jika dihimpunkan, memang banyak. Tapi ini bukan bermaksud semua orang boleh rasa dengan suka hati sesuatu makanan. Contohnya, yang beragama Islam wajib memilih yang halal lebih-lebih lagi dalam soal makanan. Tapi kini, seperti menjadi trend, segelintir Muslim tidak berasa kekok untuk makan di kedai makan yang diusahakan oleh bukan Islam. Alasan mereka adalah kedai makan pork free' ... tidak mengapa.

Kedai Makan Pork Free
Sumber Carian Google

Daging babi atau khinzir sememangnya haram untuk umat Islam. Tapi Muslim perlu lebih arif tentang halal. Halal bukan sekadar tiada daging babi dalam makanan. Ia sangat luas dan menyeluruh. Merangkumi aspek kebersihan, cara penyediaan makanan, bahan-bahan yang digunakan serta sumbernya serta lain-lain lagi dan yang pastinya mendapat sijil pengesahan halal daripada Jakim. Lebih-lebih lagi jika ia adalah kedai milik bukan Muslim.

Mungkin kedai berlabel Pork Free, no pork atau no lard untuk mereka yang bukan Islam, yang tidak mengambil semua itu. Mai ada kenal dengan satu keluarga berbangsa Cina yang tidak mengambil makanan begini ya.

Tetapi kena ingat, label Pork Free bukan syarat umat Islam untuk sesuka hati makan di kedai sebegini ya. Cari logo HALAL yang disahkan Jakim, baru makan. Isu ini bukan isu baru, sudah bertahun wujud.

Baru-baru ini Mai ada baca satu post di Facebook page yang berkongsi tentang cerita daripada seorang chef yang bekerja di di restoran terkemuka kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Ikuti luahan dan pengalaman beliau tentang majikan bukan muslim yang meremehkan isu halal...

Kedai Makan No Pork
Sumber Carian Google


Kedai makan "NO PORK"


Saya seorang tukang masak atau Chef yang berkerja di sekitar selangor dan Kuala Lumpur, pengalaman hampir 10 tahun berkerja di pelbagai jenis hotel dan restaurant. Terdetik saya nak berkongsi cerita ini setelah melihat beberapa posting berkaitan isu makan di kedai tanpa sijil halal namun berlabel pork free, ramai muslim yang dilihat makan dan minum di kedai sebegini. Jadi biarlah saya sebagai orang yang bergelumang dalam industri ini berkongsi sikit cerita pada semua.

Restoran pork free biasanya dimiliki oleh non muslim, mereka tak mahu apply sijil halal sebab susah dan bagi mereka buang duit, dan sebenarnya tak mungkin akan lulus, kenapa? Saya akan ceritakan di bawah. Tapi oleh kerana mereka sedar 70% hasil jualan biasanya datang dari kaum melayu yakni muslim maka mereka memilih untuk meletakkan logo "No Pork" di kedai mereka.

Pernah saya berkerja di sebuah syarikat di KL, sebagai Chef makanan western dan Melayu, tetapi atas kerana perubahan hala tuju perniagaan, owner tempat saya berkerja menambah sisi perniagaan iaitu restoran makan tengahari "pork free", jujurnya saya terlibat dengan operasi dari awal hingga sekarang. Saya dapat melihat segenap aspek apa yang berlaku dalam restoran pork free.

Sebab apa mereka tak mahu mohon sijil halal jakim sedangkan mereka mahu pelanggan dari orang muslim? Pertama, ada sebahagian mereka mahu menjual alcohol di premis yang sama, kedua, bahan masakan yang mereka guna tidak memiliki sijil halal, dan pengeluarnya diragui. Kenapa ini berlaku, jujurnya, pemilik restoran ini bukanlah jahat atau sengaja, yang saya dapati ialah mereka tidak betul² memahami konsep halal itu. Saya pernah cuba menegur bekas majikan saya, tapi dia masih kurang faham. Bagi beliau, cukup sekadar tidak menggunakan produk babi sudah cukup sesuai untuk pelanggan islam. Pemahaman nya kurang tentang maksud Halal.

HOT10 Pilihan Tempat Makan Terbaik di Ipoh

Betul, tiada babi yang di gunakan, tapi, di dapur, ada cooking wine, ayam yang diguna diragui sembelihannya, (pernah check tiada kesan sembelihan), makanan dalam tin dari syarikat yang sama yang mengeluarkan produk babi, bahan bahan yang di import terus dari China, Taiwan dan sebagainya, (atas alasan rasa dan quality lebih baik) tiada cop halal jakim, bahkan tiada cop halal mana mana pun, ini adalah contoh apa yang saya dapat lihat dari pengalaman sendiri, betul pork free, tapi pasti ia tidak halal untuk di muslim.

Bekas majikan saya mengaku sendiri, hampir 70 peratus hasil jualan dari melayu muslim, sehinggakan dia perlu menggaji pekerja muslim wanita bertudung untuk bekerja di ruang hadapan, supaya muslim berani untuk makan di situ, hakikatnya, tukang masak adalah non muslim, bahan masakan juga diragui dan tidak halal. Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi masih tidak halal untuk muslim.

Wallahhi, saya rasa bertanggungjawab untuk share hakikat ni, sebab saya ada dalam industri, sekurang kurangnya, ini pengalaman di tempat saya pernah bekerja, mungkin tempat lain berbeza, tapi untuk renungan kita bersama, mari berfikir kenapa restoran ini tak mahu dapatkan sijil halal jakim, sedangkan mahu pelanggan dari melayu islam (sanggup pamerkan logo Pork Free). Jika tak pasti halal atau haram, sudah pasti menjadi ragu ragu, syubhah, kita muslim kena elakkan.

Akhir kata, pada yang membaca, tolong renungkan semula, kenapa bersusah susah makan yang syubhah sedangkan boleh cari yang pasti halal.

Harap perkongsian ini membuka mata semua.

........

Begitulah perkongsian daripada seorang chef. Nak tak nak, Muslim perlu lebih berhati-hati. Jangan asal makan saja jika ternampak logo "Pork Free" di luar kedai makan. Anda sangat yakin makan di kedai yang mempamerkan logo ini? Jangan mudah tertipu semata-mata hanya mahu melayan nafsu makan ye.

Ini pula komen daripada seorang rakan Facebook Mai pada post yang telah Mai kongsikan...

Kedai Makan Pork Free

Hati-hati ya...

Jika ditanya pada penyedia makanan di kedai bukan Islam yang bertulis 'Pork Free', mungkin mereka berkata tiada daging babi digunakan. Bagaimana pula dengan penyediaan makanan yang kadang kala ada menggunakan arak? Mungkin ada lemak babi yang digunakan untuk pelbagai tujuan dalam masakan juga, anda tahu tak?

Ini bukan tentang isu perkauman atau agama tapi tentang syariat Islam yang perlu umat Islam sendiri ikut. Makan memang sedap tapi jangan sampai yang dituntut agama pula kita ketepikan. Makanan sedap yang tular dengan meluas pun, utamakan halalnya. Lagi-lagi kalau melancong ke luar negara, bab makanan halal sangat perlu dititikberatkan khususnya untuk umat Islam. Jangan main tibai je..



kedai makan pork free
Mengelirukan bukan? heeee

Anda jangan marah dan melenting jika ada yang menegur anda makan di kedai-kedai tersebut tetapi fikir sejenak kenapa ada yang menegur. Punyalah banyak kedai halal yang menyediakan makanan yang sedap, kenapa gatal lidah nak rasa makanan sebegitu?

Fikir jangan tak fikir.


9 ulasan for "Kedai Makan Pork Free, Muslim Jangan Makan Sesuka Hati Pula"

  1. kak ana pun tak berapa yakin nak makan kalau sekadar pork free ni Mai

    BalasPadam
  2. yg ni sy setuju.. jgn nampak perkeja pakai tudung ke terus pegi makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. tetap kena ada perasaan ragu-ragu dengan kedai macam ni

      Padam
  3. Kat kelate ni x berlaku kecurigaan mcm ni sbb 93% adalah org muslim melayu.

    BalasPadam
  4. Senang je, jangan masuk kedai pork free dan sebarang kedai yang meragukan walaupun ada perempuan bertudung atau lelaki bersongkok/berkopiah dalam kedai.

    BalasPadam
  5. thanks share kak maiii. kc tak pernah rasanya tak jumpa kedai yang letak 'pork free' tu. thats why macam tak alert. tapi lepas ni, kalau jumpa, boleh lebih waspada gitu. hehee

    BalasPadam