Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Onde-Onde Comel Inti Coklat, Sedap!

Onde-onde Inti Coklat Mudah Disediakan


Siapa yang tak kenal dengan kuih onde-onde yang disalut kelapa parut bukan? Sejenis kuih yang mudah disediakan dengan bahan-bahan yang senang didapati. Mai sendiri menggemari onde-onde. Bila gigit, pecah manisannya di dalam mulut. Asyik makan yang ini saja, sesekali nak juga rasa kelainan dengan rasa coklat dalamnya. Jadi, Mai cuba buat onde-onde comel inti coklat.


Onde-onde Inti Coklat

Onde-onde inti coklat, sekali makan terus jatuh cinta dengannya. Pada penggemar coklat mesti suka dengan onde-onde ini. Mai memang penggemar coklat, sebab itu nak sangat cuba buat onde-onde dengan inti coklat di dalamnya. Dengan warnanya cantik menyerlah, memang menarik perhatian. Nampak comel saja.

Senang sangat cara nak membuat onde-onde inti coklat ini. Resepi ini diolah sedikit daripada resepi asal onde-onde. Warnanya pula Mai menggunakan dua warna berbeza sirap jenama Double Lion iaitu Ros dan Jagung.

Jom buat!

Resepi Onde-onde Inti Coklat

Bahan-bahan:

50 gram tepung pulut
1 sudu teh sirap Ros Double Lion
1 sudu teh sirap Jagung Double Lion
1 sudu teh gula
50 ml air
Coklat Cadbury pek kecil secukupnya


Cara membuatnya:

1. Dalam mangkuk, masukkan tepung pulut, gula dan air. Gaul dan uli sehingga menjadi doh, boleh dibentuk.

2. Kemudian, bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak sirap ros dan uli sehingga warnanya sekata. Lagi satu bahagian letak sirap jagung dan uli sehingga warnanya sekata.

3. Ambil sedikit adunan warna pink dan kuning, gabungkan (macam korang main plastisin tu 😁), letakkan coklat dan bulatkan adunan. Ulang langkah ini sehinggan adunan habis.

Onde-onde Inti Coklat
Sudah siap diletakkan inti coklat

4. Boleh masak dengan menggunakan kaedah mengukus atau merebus, lebih kurang 6-7 minit. Mai guna kaedah mengukus sebab hasil kulit luar onde-onde nanti nampak licin dan cantik. 

5. Siap! Boleh dihidangkan dan makan. Boleh tabur sedikit tepung jagung supaya tidak melekat.


Onde-onde Inti Coklat
Sudah siap dikukus


Senang saja kan cara nak membuatnya? Resepi ini juga lebih kurang sama dengan resepi daifuku mochi, yang bezanya cuma adunan tepung dikukus dahulu, apabila sudah masak baru diletakkan inti dan dibulatkan.

Kalau anda nak gunakan warna kegemaran, silakan.

Sedapnya! Suka makan bebola liat-liat macam ni dengan inti coklatnya. Fuhhh ... boleh habis 10 ketul seorang makan ni haha.

Onde-onde Inti Coklat
Mak aihhh.. sedapnya

Selamat mencuba resepi ini ya!


13 ulasan for "Onde-Onde Comel Inti Coklat, Sedap!"

  1. First time akak tengok ni...menarik...

    BalasPadam
  2. Ya Allah. Dah la comey sangat. Pastu inti cokelat plak 🤤

    BalasPadam
  3. Okay.. Nanti LeYa nak cuba resipi ni. Tq for sharing

    BalasPadam
  4. onde onde pun dan divariasikan ye sekarang... first time tengok inti coklat

    BalasPadam
  5. subhanallah allahuakbar ya Allahhhhhhhhh nampak macam sedap sangat sangat sangatt ni! dah lah cekelat, dalam onde omey omey pula tuuu! huwaaaa~ kc nakk kak mai! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cepat buat kc hihi. memang sedap. liat je luar tu, dalamnya inti coklat fuhhhhh nyumssss

      Padam
  6. Sedapnyaa... Ini mahu kena cuba ni.. ^^

    BalasPadam
  7. Warnanya cantik memikat selera.. kalau buat ini memang sekali hadap jelah..

    BalasPadam