Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Orgga, Produk Organik untuk Kulit Wajah Sihat

Produk Organik Kulit Wajah, Orgga



Orgga, sejujurnya pertama kali Mai dengar jenama ini. Tertanya-tanya juga Mai dibuatnya mengapa namanya begitu. Rupanya produk jenama ini menggunakan bahan-bahan organik dan semula jadi yang bebas Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna dan Pewangi Sintetik. Sepadanlah produk yang dihasilkan dengan nama Orgga.

Rekaan kotak dan label produk yang minimalis dengan menggunakan warna hitam putih membuatkan Mai jatuh cinta pandang pertama dengan Orgga. Ia seperti menunjukkan bahawa bahan-bahan yang digunakan dalam produk adalah organik dan semulajadi, tanpa pelbagai jenis bahan yang kimia yang merengsa dan membahayakan kulit wajah.


orgga
Produk ORGGA

Baru-baru ini Mai telah menerima sekotak produk rangkaian Orgga, Libra Complete Set untuk kulit normal dan kombinasi. Sukanya! Empat jenis produk Orgga yang Mai dapat antaranya seperti French Rose Daily Cleansing Powder, Rose Otto Nourishing Face Mist, Libra Luxe Beauty Oil dan Jade Stone Detox Gemstone Face Roller.

Teruja sangat nak menggunakannya. Sebelum ini hanya baca penerangan produk Orgga di laman webnya, sekarang dapat guna produknya pula. Terus rasa tak sabar nak memiliki kulit wajah yang sihat dengannya.


French Rose Daily Cleansing Powder


Apabila sudah mencuba gunakan produk ini, fuhhh terasa kesannya pada kulit wajah. Lembut je kulit. Wangi lagi tu. Rutin penjagaan wajah bermula dengan French Rose Daily Cleansing Powder. Ya, ia dalam bentuk serbuk. Menariknya serbuk ini terdiri daripada pelbagai bahan organik seperti Colloidal Oatmeal, Brown Rice Flour, Flaxseed Meal dan Moringa Leaf serta beberapa bahan semulajadi lain seperti tanah liat, bunga-bungaan dan ekstrak buah-buahan yang bagus untuk kulit.

orrga

Kalau anda nak tahu, French Rose Daily Cleansing Powder bukan saja boleh digunakan untuk mencuci wajah tetapi juga bertindak sebagai scrub dan mask. Jujur Mai beritahu, memang sedap urut muka dengan cleansing powder ini. Rasa seperti keluar kotoran pada kulit muka.

orgga

Cara menggunakannya mudah saja, tuang French Rose Daily Cleansing Powder pada tapak tangan secukupnya dan campur dengan sedikit air. Basahkan kulit muka dan mula urut di muka secara membulat. Biarkan selama 2-3 minit, kemudian bilas. Bagi Mai, ia berbau seperti kelapa dan bunga-bungaan. Pencuci muka ini sesuai untuk kulit normal, kombinasi, kering dan matang.


Rose Otto Nourishing Face Mist


Langkah kedua pula diteruskan dengan menggunakan Rose Otto Nourishing Face Mist. Ia bertindak sebagai penyegar, toner juga setting spray. Face mist ini berbau ros yang harum. Bukan sekadar air biasa ya. Ia diperbuat daripada beberapa bahan asli dan semulajadi yang berkualiti seperti kombinasi Hyrdrosols, ekstrak buah-buahan, essential oils, vegetable glycerin dan aloe vera yang bagus untuk kulit wajah.

orgga

Selain daripada menyegar dan melembapkan kulit, ia juga merawat kulit muka dengan membekalkan nutrisi dan antioksida. Masalah kulit berminyak juga dapat dikurangkan, menghidrat kulit kering dan kasar dan menjadikan kulit berseri secara semulajadi dengan penggunaan face mist ini.

Memang rasa segar selepas disembur pada kulit muka. Kalau mengantuk ketika buat kerja di pejabat, contohnya.. boleh juga cuba sembur face mist ini pada kulit muka. Pasti terasa segar dengan semburan air ini serta bauannya.

Rose Otto Nourishing Face Mist ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang memiliki kulit kombinasi, berminyak dan matang.


Libra Luxe Beauty Oil


Seterusnya, sapu Libra Luxe Beauty Oil pada kulit wajah sebagai pelembap kulit. Ini bukan sebarang minyak ya, ia juga mampu merawat kulit secara intensif, melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran, membekalkan nutrisi untuk membantu regenarasi sel kulit baru dan mengurangkan tan-tanda penuaan. 10 jenis botanical oils dan 6 jenis essential oils berkualiti yang kaya dengan mineral dan nutrisi seperti Essential Fatty Acid (Omega 3, 6, 7 dan 9), Vitamin A, C, D, E dan K digunakan dalam Libra Luxe Beauty Oil.

orgga

Setakat ini, ia berkesan pada kulit muka Mai. Kulit terasa lembut dengan penggunaannya. Yang penting ia tidak menyumbat pori-pori (non comedogenic).

Sebelum menggunakannya, risau juga untuk sapu minyak ini pada kulit muka. Bukan apa, risau jika ia memberi kesan berminyak berpanjangan pada kulit. Tetapi tidak. Ia cepat menyerap ke dalam kulit. Malah membuatkan kulit muka jadi lebih lembut.

Mudah saja cara menggunakannya, cuma titiskan sedikit Libra Luxe Beauty Oil pada tapak tangan kemudian urut pada kulit muka. Minyak ini juga boleh dijadikan primer untuk hasil makeup yang natural dan glowing. Kulit wajah normal dan kombinasi boleh menggunakan minyak ini.


Jade Stone Detox Gemstone Face Roller


Selesai menggunakan ketiga-tiga produk tadi, kini tiba masanya untuk urutan muka dengan Jade Stone Detox Gemstone Face Roller. Rasa segar kulit muka setelah diurut dengan face roller ini.

orgga

Apa yang menariknya dengan Jade Stone Detox Gemstone Face Roller ini? Ia berfungsi untuk...
  • Merangsang pengeluaran kolagen.
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus akibat penuaan.
  • Mengecilkan liang pori.
  • Meningkatkan keanjalan kulit dengan meningkatkan elastin.
  • Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah.
  • Detox: Menggalakkan saliran limfa dan meningkatkan peredaran darah.
  • Membersihkan toksin dari kulit dan mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan pembengkakan dan kedutan di sekeliling mata.
  • Mengurangkan bintik-bintik di sekitar dagu dan rahang yang disebabkan oleh pembentukan toksin.
  • Membantu penyerapan minyak pada kulit.
  • Mencerahkan kulit dan memberikan seri semulajadi pada wajah anda.

Bagaimana cara untuk menggunakannya?

Gerakkan jade roller dari bahagian tengah wajah menuju rambut. Contohnya, dari pipi kanan (di tepi hidung) ke arah atas kawasan tulang pipi, menuju garis rambut di atas telinga. Ulang pada pipi bahagian kiri. Untuk bahagian dahi, gerakkan jade roller dari bawah sehingga garis rambut. Jangan sesekali gerakkan roller dari atas ke bawah.

Pada bahagian mata pula, gunakan roller yang bersaiz kecil. Gerakkan dari dalam ke luar. Fokuskan pada bahagian yang terdapat garis-garis halus. Jangan lupakan kawasan leher. Gerakkan roller besar untuk mengurut kawasan leher.


Memang best guna produk Orfga. Tak perlu ragu-ragu dengan kandungan bahan yang digunakan dalam produk mereka kerana disahkan organik dan semulajadi, seperti kata pengasas Orgga Malaysia, Zazarina Zainal Abidin.

Kalau anda nak tahu, sekarang ini Orgga mengadakan jualan akhir tahun. Wow! Memang jimat bergandalah kalau membeli ketika ini.

orgga skincare


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai produk Orgga dan untuk pembelian, boleh hubungi mereka melalui:

Laman web: ORGGA
Facebook: ORGGA Malaysia - Natural & Organic Skin Care
Instagram: @orggamalaysia
Twitter: @OrggaMalaysia


Kalau anda sedang mencari produk organik dan semulajadi untuk kulit wajah, Orgga adalah jawapannya. Dah dah.. Jom cantik dengan Orgga!


5 ulasan for "Orgga, Produk Organik untuk Kulit Wajah Sihat"

  1. wahhhh macam best je face roller tu! kc tak pernah ada. tapi selalu tergoda nak beli tapi tak terbeli beli haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli la kc.. best roll pada kulit muka tau ;)

      Padam
  2. selalu tergoda melihat face roller tu wahh makinn cantiklah kulit nanti

    BalasPadam