Cekodok Ubi Ungu untuk Makan Petang, Sedap!
Cekodok atau Jemput-jemput Ubi Ungu
Cekodok ubi ungu, sedap rasanya. Pertama kali ubi ungu ini Mai buat cekodok. Warna isi cekodok nampak cantik pula dengan warna ungu. Memang menarik perhatian. Laju saja cekodok ini dihabiskan heee
Ubi ungu atau lebih tepat, ubi keledek ungu ini kalau diolah menjadi pelbagai kuih-muih atau kek, pasti bertambah sedap. Ada juga yang membuat aiskrim dan bubur berasaskan ubi ungu. Pendek kata, macam-macam jenis juadah boleh disediakan menggunakan ubi ungu. Fuhhh.. mesti sedap kan? Warna pun cantik. Warna ungu semulajadi memang menambat hati.
Nama pun cekodok, memang sangat mudah cara membuatnya. Asalkan cukup bahan-bahannya, menjadilah ia. Cekodok yang lembut dan terasa ubinya, ini yang Mai suka.
Jom buat cekodok!
Resepi Cekodok Ubi Ungu
Bahan-bahan:
Ubi ungu
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
1 sudu makan gula
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Buang kulit ubi dan kukus ubi ungu sehingga empuk.
2. Setelah empuk, lenyekkan ubi hingga hancur.
3. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas berisi ubi ungu yang telah dilenyek.
4. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang ngam (tidak begitu cair atau tidak terlalu pekat).
5. Setelah adunan sebati, jemput adunan guna jari atau sudu ke dalam minyak yang telah dipanaskan dalam kuali.
6. Goreng dengan api sederhana sehingga masak.
7. Sedia untuk dihidang.
Untuk kuantiti tepung gandum, Mai akan kurangkan sedikit daripada kuantiti ubi ungu. Biar kuantiti ubi lebih daripada tepung gandum.
Nyumssss.. sedapnya cekodok ubi ungu! Cepat je habisnya. Rupanya sedap juga ubi ungu dibuat cekodok. Berkenan sangat dengan warna ungu aslinya.
Nanti nak cuba resepi lain yang menggunakan ubi ungu ini. Selamat mencuba resepi mudah ini ya!
Wah.. kelainan yang ohsem.. selalu rebus je ubi unggu ini..
BalasPadamSesekali ubah selera kan hehe
PadamWah nampak sedap nie Mai.. selalu rebus atau buat bubur ja..
BalasPadamSedap kak sue cekodok ni ;)
PadamOh belum penah try lagi lah kaedah camni. Boleh la buat pasni 😍
BalasPadamJom buat jom :)
Padamnampak macam sedap je... kena cuba lepas ni!
BalasPadamjemput singgah ke blog saya https://najihahzahid38.blogspot.com/2020/01/how-to-be-closer-with-allah.html
Sedap.. jomlah buat heee
Padamaida sgt suka ubi ungu ni tau.
BalasPadamkalau ke cameron highlands. wajib beli ni dulu.
buat kudapan sepanjang masa di situ.
Sedap kan ubi ni.. kukus makan gitu pun sedap dah
Padam