Influenza Like Illness Menyerangku!





Influenza Like Illness (ILI) buat badan jadi lemah


Influenza Like Illness | Kini, virus Influenza A menular di beberapa buah negeri di Malaysia. Ada juga beberapa buah sekolah telah diarahkan tutup setelah mendapat nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana wabak influenza yang menyerang.

Influenza
Imej dari Duke Health; How to Fight the Flu

Influenza bukan penyakit biasa-biasa ya. Memanglah ia menyebabkan demam, batuk, selesema dan yang lainnya.. nampak macam sakit biasa-biasa saja bukan? Tapi jangan dibiarkan tanpa rawatan, boleh bawa kepada kematian. Kalau anda mendapati orang terdekat atau diri anda sendiri demam selama beberapa hari, ada tanda-tanda Influenza, elok segera ke hospital.

Teringat waktu diploma semester dua dulu, tahun 2009. Ketika itu wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi, tengah hot. Dalam seminggu, beberapa kali aktiviti fogging akan dibuat di kolej (asrama) kerana bilangan pelajar demam semakin meningkat.

Mai juga sama. Beberapa hari badan rasa lemah saja. Sampailah suatu petang ini, badan Mai rasa lain macam saja. Rasa seperti tidak sihat. Esoknya demam. Demam pula sampai beberapa hari. Nak tak nak, Mai ke pusat kesihatan untuk dapatkan rawatan. Dapat ubat demam, paracetamol dan MC.

Influenza like illness

Tidak lama selepas itu, demam semakin baik. Kawan sekelas pula demam. Kemudian, Mai demam lagi sekali. Sekali dengan pakej batuk dan selesema. Batuk yang kerap tetapi tiada kahak, sakit tekak dibuatnya. Selesema pula sampai membuatkan hidung tersumbat teruk. Rasa macam hampir mati saja sebeb tak boleh bernafas dengan lancar. Bila makan, memang tiada rasa. Sakit kepala juga datang menyerang. Masa kena tu, banyak tidur je. Badan memang lemah dan lenguh-lenguh. Belajar memang tak fokus dibuatnya.

Maka, ke pusat kesihatan lagilah jawabnya. Fuhhh.. ramainya pelajar lain yang sedang menunggu giliran! Hebat penangan influenza ini. Setelah selesai dirawat, doktor meletakkan nama Mai dalam senarai pesakit Influenza Like Illness (ILI) dan dapat surat untuk kuarantin di rumah selama 9 hari supaya dapat berehat dan sihat sepenuhnya tanpa demam berulang. Yang ini, batch pertama kena kuarantin. Batch seterusnya kena kuarantin di kolej yang baru siap dibina je.

HOTDoktor Beri Nasihat, Diperlekehkan Pula

Kuarantin di rumah, memang berehat sajalah jawabnya. Memang tak keluar ke mana-mana, risau orang lain pula berjangkit. Nak buat apa pun tak larat. Makanan sedap terhidang pun tak mampu jamah. Mak abah sangat mengambil berat. Alhamdulillah, demam dan yang lainnya beransur kurang dan kesihatan semakin baik. Mujur ILI saja, syukur.

Kalau anda ada tanda-tanda influenza, cepat-cepat jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bila kita cepat bertindak, InsyaAllah semuanya dapat dikawal. Kalau doktor suruh kita kuarantin di rumah, ikut saja arahannya. Jangan gatal-gatal nak keluar, orang nak melawat pun jangan izinkan. Masa kuarantin inilah kita rehat dan rawat diri. Biar orang lain juga tidak berjangkit dengan kita nanti.

golongan berisiko influenza

Buat masa ini, ketika menularnya wabak influenza, elok kurangkan membawa mereka yang berisiko dijangkiti ke tempat-tempat sesak ramai orang. Sebaiknya pakai topeng muka sebabnya virus influenza tersebar melalui pembawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Ia juga berlaku melalui hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta tangan yang tercemar.

Lebih-lebih lagi kalau berada di luar kawasan rumah, titik beratkan soal kebersihan. Contohnya, makan di restoran, membeli belah di pasaraya.. bersih memang bersih tapi kita tak tahu ada orang lain bersin, batuk, kemudian sentuh barangan di sekeliling mereka. Kan terdedah pada kuman tu.. Sentiasa bawa hand sanitizer atau tisu basah. Makan pun kena jaga, pilih yang bersih dan bahan mentah pula dibasuh bersih.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jom bersama-sama cegah Influenza


cara cegah Influenza


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. semoga ujian virus ini dapat diatasi jua dengan izin Allah Taala. aamiin

    BalasPadam
  2. semoga kita semua dilindungi dari virus penyakit ini.. Aamiin..
    Kena pantau anak-anak dan diri juga.. kebersihan.. banyakkan minum air masak..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)