Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kek Batik Horlicks Sedap dan Mudah Disediakan

Cara Buat Kek Batik Horlicks



Kek batik adalah salah satu jenis kek yang mudah disediakan. Memang senang cara nak untuk menyediakannya, campur-campur beberapa bahan dan letak dalam peti sejuk saja. Kek batik coklat antara yang paling popular. Tapi kali ini Mai nak rasa kelainan sedikit dengan menggunakan Horlicks. Maka jadilah kek batik Horlicks.


Kek Batik Horlicks


Sedap juga rasa kek batik Horlicks tau. Rasa lemak-lemak Horlicks tu memang mengancam. Baru-baru ini Mai membuatnya dengan menggunakan biskut Marie coklat. Tak kisah guna biskut Marie yang biasa atau berwarna, sedap juga jadinya.

Kek Batik Horlicks

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek batik Horlicks juga sama seperti membuat kek batik coklat. Cuma Mai tukar serbuk coklat dan Milo dengan Horlicks serta kuantiti bahan yang sedikit berbeza.

Jom buat kek batik Horlicks!

Resepi Kek Batik Horlicks



Bahan-bahan:

300 gram biskut Marie (dipatah 4 setiap keping)
125 gram Buttercup
2 biji telur
1 cawan Horlicks (beli Horlicks secara online di sini - klik)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air suam 


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan air suam, Horlicks, susu pekat manis dan telur ke dalam kuali. Kacau hingga telur sebati (untuk elakkan telur menjadi berketul apabila dipanaskan atas api). Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Perlu dikacau selalu.

2. Masukkan Buttercup dan teruskan kacau sehingga betul-betul sebati hingga tidak nampak ketulan Buttercup.

3. Apabila adunan telah sebati, masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan ke dalam adunan. Gaul sehingga semua kepingan biskut diselaputi adunan. Tutup api.

4. Kemudian, masukkan biskut yang telah diselaputi adunan ke dalam loyang. Loyang boleh dilapik dengan plastik atau baking paper supaya mudah dikeluarkan.

5. Ratakan biskut di dalam loyang. Selepas itu, tabur sedikit Horlicks di atas permukaan biskut.

6. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam.




Emmm... sedapnya! Lembut je kek batik Horlicks ini. Kalau Mai, memang suka kek batik yang lembut. Barulah kek kan. Tapi ada juga yang suka jenis rangup. Ikut citarasa masing-masing lah kan nak makan jenis yang mana satu. 

Kek Batik Horlicks

Selamat mencuba resepi kek batik Horlicks ini ya! Jangan risau, confirm 100% menjadilah kek nya nanti hehehe

HOT: Kek Batik Lapis Keju


2 ulasan for "Kek Batik Horlicks Sedap dan Mudah Disediakan"