Lirik Lagu Seadanya Aku Nyanyian Ippo Hafiz Padu!





Lirik Lagu Seadanya Aku


Lagu tema drama dan Ippo Hafiz memang tidak boleh dipisahkan. Tidak dinafikan, memang banyak lagu tema drama yang direka dan dinyanyikannya sendiri. Suaranya sepadan dengan lagu yang diciptakannya. Macam lagu Seadanya Aku yang menjadi lagu tema drama terbaru di slot Akasia TV3 terkini.

lirik lagu Seadanya Aku


Memang padu lagunya. Lirik dan gubahan lagu tersebut menjadi begitu sepadan dan sedap didengar. Ketagih dengar lagu ini tau haha. Pertama kali dengar terus jatuh hati dengan lagu Seadanya Aku. Suaranya pun sedap. Memang best.

Hot: Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya Memang Best!

Jika diamati liriknya, ia menceritakan tentang watak Fiya dan Zarul dalam drama Seadanya Aku. Bagi Mai, lagu best, drama pun best. 

Jom layan muzik video terbaru Ippo Hafiz yang bertajuk 'Seadanya Aku' yang dibintangi oleh pelakon popular, Zara Zya. 


Lagu Seadanya Aku 





Ternyata
Inikah suratan
Takdirku temukan dirimu
Senafas mungkin
Bisa terlepas
Namun cintaku tetap bersamamu
Setiap... kata yang terungkap
Dalam ingatan cinta kita
Sinar matamu terlukis rasa
Kini kau telah menjadi milikku
Seadanya aku
Yang selalu bertemankan dirimu
Lupakan silammu yang kelabu
Bukannya engkau pinta.
Lepaskan sayangku
Segala tangisan dihatimu
Setia... akan ku setia
Menunggu ke akhirnya
Ternyata
Inikah suratan
Takdirku temukan dirimu
Senafas mungkin
Bisa terlepas
Namun cintaku tetap bersamamu…


Catat Komen

1 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)