Syampu Zen Garden dengan Minyak Argan untuk Rambut Sihat





Syampu Zen Garden Bantu Merawat Rambut dan Kulit Kepala


Zen Garden adalah satu jenama yang tidak asing lagi dalam bahagian mandian di pasar raya atau kedai runcit berdekatan. Mai suka dengan krim mandiannya yang wangi dengan pelbagai pilihan. Kini, mereka hadir dengan produk baru iaitu syampu harian untuk rambut dengan minyak argan.


syampu zen garden


Sebelum ini, Mai hanya tahu Zen Garden memiliki produk krim mandian sahaja. Mai pernah juga menggunakan krim mandiannya. Harum baunya dan yang penting harganya amat berpatutan. Sebotol krim mandian yang mengandungi dua liter sudah dapat harga bawah RM10. Memang menjimatkan wang. Selain produk ini, rupanya, terdapat beberapa jenis syampu rambut dan perapi yang ada di bawah jenama Zen Garden.

Menariknya, syampu dan perapi Zen Garden mengandungi minyak argan yang kaya Vitamin E mampu memberikan kesihatan rambut yang bagus. Wangi lagi tuu. Seperti yang kita tahu, minyak argan memang mengandungi banyak kebaikan kepada rambut.

Antara kebaikan minyak argan kepada rambut dan kulit kepala seperti yang dikongsikan elfarrabeauty.com:
  • Mengandungi vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi kesihatan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kepala berminyak
  • Memberi kelembapan pada rambut
  • Mengatasi masalah rambut kering
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Merawat rambut yang rosak dan bercabang

Kalau anda nak tahu, terdapat tiga jenis syampu dan satu jenis perapi yang bagus untuk kegunaan harian. Antara jenis syampu yang ada seperti Soft and Smooth, Hairfall Control, Anti Dandruff shampoo dan Extra Smooth Conditioner.


Jenis-jenis syampu Zen Garden dan fungsinya


Zen Garden Soft and Smooth Shampoo


Ramai wanita menginginkan rambut yang lembut, cantik dan terurus. Kaum lelaki juga tidak terkecuali sebenarnya. Maka, syampu Zen Garden Soft and Smooth adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan rambut yang cantik dan terurus.

syampu lembutkan rambut

Gabungan aroma bungaan yang menenangkan dan Argan Oil of Morocco, memberikan wangian lembut yang berpanjangan. Yang penting, ia kaya dengan nutrien yang dirumuskan untuk membantu mencantikkan dan menyuburkan rambut anda dari dalam seperti, Vitamin A, B dan E, protein, mineral dan serat berfungsi dengan baik.


Zen Garden Hairfall Control Shampoo


Keguguran rambut amat merisaukan. Lebih-lebih lagi apabila rambut gugur dengan banyak. Runsing dibuatnya jika masalah seperti ini berlaku bukan?

syampu rambut gugur

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang diberikan kepada kulit kepala anda. Maka, Zen Garden Hairfall Control Shampoo dengan kombinasi Argan Oil of Morocco dan dan aroma buah yang enak yang akan membantu merangsang pertumbuhan, memperkuat kekuatan dan menghalang kerosakan rambut. Zen Garden Hairfall Control membantu mengembalikan gaya kecantikan dan keindahan rambut dengan formula baru yang melindungi dari akar hingga ke hujung.


Zen Garden Anti Dandruff Shampoo


Kelemumur! Masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang. Kulit kepala pasti rasa tidak selesa apabila masalah ini terjadi kan? Rasa gatal, kulit kepala berkuping, rambut berbau.. urghhhh memang tidak selesa dibuatnya.

syampu anti kelemumur

Sekarang, anda boleh tampil yakin dengan menggunakan Syampu Zen Garden Anti Dandruff, formula yang dirumus khas dengan bahan-bahan yang berfungsi untuk rambut tetap sihat dan 100%  bebas serpihan serta keruping. Kombinasi Argan Oil of Morocco dan aroma kegemaran membantu menguatkan kekuatan rambut anda dan menghindari kelemumur akibat keretakan. Syampu ini menjalin hubungan antara gaya dan kecantikan dengan formula baru yang melindungi dari akar ke hujung rambut.


Zen Garden Extra Smooth Conditioner


Pelbagi varian syampu Zen Garden lebih baik digandingkan dengan penggunaan Zen Garden Extra Smooth Conditioner. Sudah tentu fungsinya untuk menyuburkan rambut. Kombinasi Argan Oil of Morocco yang ideal bersama-sama dengan aroma lavender memberikan kesan pelembab yang mendalam dan memberikan penampilan sutera yang tahan lama.

perapi lembutkan rambut


Zen Garden Extra Smooth Conditioner kaya dengan nutrien yang sihat untuk rambut. Antaranya seperti Vitamin A, B, dan E, Protein, mineral dan serat yang memulihkan.


Menarik kan semua syampu dan perapi Zen Garden? Banyak manfaatnya pada kulit kepala dan rambut. Kalau anda nak cuba, boleh dapatkannya di pasar raya Mydin dan juga kedai berhampiran anda.  

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syampu Zen Garden ini, anda boleh terus ke laman web mereka di:

Laman web: Zen Garden


Catat Komen

2 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)