Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tempah Hadiah Bayi Mewah di Lovingly Signed

Hadiah bayi lelaki dan perempuan 


Gembira rasanya apabila mendapat berita tentang kelahiran bayi. Tidak kiralah baby daripada ahli keluarga sendiri, saudara-mara, sahabat atau jiran.. kelahiran mereka pasti dinantikan semua. Bila bercakap tentang bayi, pasti teringat akan kecomelan mereka bukan? Terus terfikir tentang hadiah untuk diberikan kepada newborn baby. Teringin pula nak hadiahkan bayi sesuatu yang menarik, boleh dijadikan kenangan sepanjang masa. Maka, Lovingly Signed adalah pilihan terbaik untuk hadiah sebegitu.

hadiah bayi, Lovingly Signed


Apa itu Lovingly Signed? Ia adalah sebuah laman web yang berasal dari Hong Kong. Mereka menyediakan perkhidmatan tempahan personalised luxury baby gifts. Senang cerita, kita pilih produk yang disediakan kemudian boleh tambah nama bayi yang disulam kemas pada produk. Produknya juga berkualiti, memang kelihatan mewah apabila ia diabadikan dengan nama orang yang diraikan dan dibungkus dengan kotak eksklusif. Warna tulisan nama bersulam juga boleh dipilih mengikut kehendak sendiri.


hadiah bayi, Lovingly Signed
Laman web Lovingly Signed


Sekali sekali beri hadiah comel dan mewah ini untuk baby baru lahir sebagai ucapan tahniah kepada ibu bapanya, tidak salah bukan? Sejuk perut ibu mengandung melihat hadiah sebegini untuk anak mereka 😊


Produk Lovingly Signed


Yang menarik di Lovingly Signed, terdapat beberapa jenis produk yang disediakan, sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah. Maknanya, ada banyak pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan sebelum membeli. Rekaannya juga pasti menggamit hati sesiapa yang melihatnya.

Antara produk yang disediakan, terbahagi kepada beberapa bahagian seperti:


Pakaian

Robes, baby grows, bibs, baju tidur, tutu, tops dan bottom adalah antara produk yang boleh dipilih dalam kategori pakaian.

hadiah bayi, Lovingly Signed
Robes

hadiah bayi, Lovingly Signed
Bib

hadiah bayi, Lovingly Signed
Baju tidur

hadiah bayi, Lovingly Signed
Romper

hadiah bayi, Lovingly Signed
Tutu




Selimut dan tuala

Suka dengan material selimut dan pelbagai rekaan corak yang disediakan. Memang sesuai untuk kegunaan bayi.



hadiah bayi, Lovingly Signed
Selimut

Ini pula hooded towel untuk bayi.. comel bukan? Nampak selesa fabrik yang digunakan.

hadiah bayi, Lovingly Signed
Hooded towel


Permainan dan aksesori

Comelnya! Macam-macam jenis permainan dan aksesori untuk bayi juga ada disediakan. Antaranya seperti, soft toys, tempat simpan mainan, beg sandang, buku, beg pakaian dan beg makanan. Semuanya boleh diletakkan nama bayi padanya.

hadiah bayi, Lovingly Signed
Beg sandang

hadiah bayi, Lovingly Signed
Beg pakaian

hadiah bayi, Lovingly Signed
Beg makanan

hadiah bayi, Lovingly Signed
Soft toy

hadiah bayi, Lovingly Signed
Permainan untuk kanak-kanak perempuan


Warna-warnanya juga sangat menarik, ada penggunaan warna yang lembut dan terang. Ia dapat membantu merangsang kecerdasan otak bayi dan kanak-kanak. Mereka pasti jatuh cinta dengan hadiah comel ini.


Hadiah

Di bahagian ini pula, kita boleh lihat ada set hadiah yang mengandungi pelbagai produk. Ada juga hadiah yang telah dikategorikan mengikut jantina bayi. Lagi mudah untuk memilih produk yang ingin dijadikan hadiah.

hadiah bayi, Lovingly Signed

Kalau nak tambah kad bersama hadiah pula, anda boleh memilih di antara beberapa rekaan kad yang disediakan di sini untuk disertakan bersama dengan hadiah.


Seronok pula belek laman web Lovingly Signed Hong Kong ini. Ralit tengok pelbagai produk dengan rekaan tersendiri yang comel tapi tetap nampak mewah. Pelbagai warna menyerlah yang menambat hati penerima. Terbayang je anak saudara yang masih bayi memakai hooded towel kartun tu, mesti comel heee.

Dalam banyak-banyak produk yang disediakan, Mai suka lihat produk di bahagian permainan dan aksesori. Sangat comel kesemuanya! Penuh dengan warna-warni. Rasa nak beli satu untuk diri sendiri pula hehe. Mesti baby dan kanak-kanak suka dengan hadiah begini.

Hadiah yang comel dan mewah ini jika diberikan kepada ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pasti akan membuatkan mereka gembira. Ia akan menjadi hadiah kenangan istimewa buat mereka. Pemberi akan sentiasa berada dalam ingatan si penerima.

Produk yang disediakan pula memang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk pelbagai sambutan. Hari kelahiran bayi, ulangtahun hari kelahiran bayi yang pertama atau boleh saja diberikan ketika Krismas dan lain-lain lagi sambutan.

Bagaimana dengan harganya? Bagi Mai, harga barangan yang ditawarkan adalah setanding dengan kualitinya. Macam peribahasa kita, alah membeli menang memakai.


Caj Penghantaran Hadiah

Seperti yang telah diberitahu pada awalnya, Lovingly Signed berasal dari Hong Kong. Maka, caj penghantaran hadiah di seluruh Hong Kong adalah percuma. Hadiahnya juga cepat sampai kepada penerima, dalam 2 hingga 3 hari bekerja.

Lovingly Signed juga membuat penghantaran antarabangsa. Kos penghantaran akan dikira ketika checkout. Penghantaran akan dilakukan melalui perkhidmatan kurier pilihan mereka dan mengambil masa purata antara 4 hingga 8 hari bekerja.

Geram je dengan semua produk yang ada Lovingly Signed. Comel-comel semuanya. Gambar-gambar yang ditunjukkan di atas hanyalah sebahagian produk sahaja. Kalau anda nak lihat pelbagai produk yang disediakan dan untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, boleh ke laman web mereka di Lovingly Signed (klik link).


7 ulasan for "Tempah Hadiah Bayi Mewah di Lovingly Signed"

  1. terima kasih kongsi ni. mudah la pasni kalau nak beli hadiah bagi kat kawan2 sedara2 ke ^_^

    BalasPadam
  2. Airah suka personalized barang macam ni nampak eksklusif dan rasa eksklusif jugak

    BalasPadam
  3. cutenya semua barang baby nampak ekslusif sangat siap boleh personalised lagi

    BalasPadam
  4. All of this are so cute 😻😻😻😻😻😻😻😻 thank you for sharing and have a good day.

    BalasPadam
  5. Comei comei betul barangan baby kat sini. Sis ni dah lama x dak baby, tapi anak buah kemain ramai lagi..boleh le nanti belikan hadiah kat sini

    BalasPadam
  6. Asal barang untuk baby memang semua nampak cute ! Geram la pulak tengok .. ada jugak lepas ni terus order . Tak pun kita tunggu gaji la , hehehe

    BalasPadam
  7. Cantik-cantik dan pelbagai pilihan yang ada..

    BalasPadam