Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Dishes You Must Try in Kuala Lumpur

Makanan Sedap di Kuala Lumpur



10 Dishes You Must Try in Kuala Lumpur | Percaya tak, terdapat pelbagai makanan sedap di Kuala Lumpur? Umum mengetahui, Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Ia sebuah negeri yang pesat membangun dengan bangunan-bangunan tingginya. Apabila sebut Kuala Lumpur, pasti terbayang Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia. Keunikan tarikan negeri yang tersendiri membuatkan ramai pelancong dari pelbagai negeri dan luar negara datang ke negeri ini.

Selain daripada itu, makanan juga turut menjadi tarikan pelancong. Anda tidak perlu risau tentang makanan jika berada di kota raya ini, macam-macam jenis makanan ada disediakan. Ada makanan tempatan dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia, ada juga masakan antarabangsa seperti masakan barat, Arab, Itali, China, Korea dan lain-lain lagi.

makanan sedap kuala lumpur


Sudah puas berjalan keliling Kuala Lumpur, pasti perut lapar meminta diisi. Makanan apa yang sedap, boleh dicuba oleh para pelancong di negeri ini? Kalau pelancong luar negara terutamanya, mesti mahu mencuba makanan tempatan bukan? Jom ketahui 10 jenis makanan yang patut dicuba di Kuala Lumpur...


1. Nasi Lemak

Apabila sebut saja nasi lemak, sudah terbayang akan keenakannya. Nasi dimasak dengan santan kelapa dan daun pandan yang menambah aroma wangi nasi, dimakan pula dengan sambal ikan bilis dan telur ayam rebus. Selain daripada dimakan dengan sambal ikan bilis, ada juga kedai yang menyediakan juadah ini dengan rendang ayam, ayam goreng bersambal, sambal sotong dan lain-lain lagi. Sedapnya! Sekali rasa pasti mahu lagi.

nasi lemak
Imej: Youtube Che Nom


2. Nasi Ayam

Nasi ayam, bukan sekadar hidangan nasi dengan ayam dalam satu pinggan. Nama menu ini seperti ringkas sahaja masakannya bukan? Juadah ini memiliki keunikannya yang tersendiri. Nasi dimasak dengan beberapa ramuan seperti halia, bawang putih dan stok ayam yang pastinya membangkit selera. Dimakan dengan ayam rebus, ayam goreng atau panggang yang diperap. Kemudian, tuang sedikit sup pada nasi dan sambal kicap pada ayamnya. Wow.. sedapnya!

nasi ayam
Imej: Free Malaysia Today


3. Nasi Campur 

Makan nasi putih dengan beberapa jenis lauk-pauk pada waktu tengah hari di kala perut sedang berkeroncong, memang 'heaven' lah! Kebanyakan kedai Melayu menyediakan pelbagai hidangan lauk-pauk tradisi yang sedap. Lauk ayam, daging, makanan laut, sayur-sayuran, sambal yang menyelerakan..  pilih saja mengikut kegemaran anda. Semua itu boleh didapati di mana-mana kedai yang menyediakannya.

nasi campur
Imej: HungryGoWhere


4. Ikan Bakar

Selain daripada menjamah nasi putih dengan lauk campur, nasi putih juga sedap dimakan dengan ikan bakar. Ikan yang diperap dengan beberapa ramuan, kemudian dibalut dengan daun pisang sebelum dibakar. Aroma daun pisang dan ikan dengan bahan perapan setelah dibakar, sememangnya mampu menggoda nafsu makan. Ikan bakar yang lembut isinya dicecah pula dengan air asam, nikmat sangat!

ikan bakar
Foursquare Aini Ahashim


5. Kari Kepala Ikan

Sedap juga jika makan nasi putih panas dengan kari kepala ikan pada waktu tengah hari. Kepala ikan yang besar dengan kuah kari istimewa yang sedap pasti membuat sesiapa yang terpandangnya, mahu mencuba menu ini. Dikongsi dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, pasti gembira selepas menikmatinya kerana berpuas hati dengan kelazatannya.

kari kepala ikan
Imej: Harian Metro


6. Roti John

Nak makanan ala Barat tapi masih bercirikan Melayu? Jom makan Roti John. Ia adalah roti panjang yang dibelah tengah, diletakkan dengan inti ayam atau daging dan telur lalu dimasak di atas pan. Setelah masak, ditabur pula dengan sedikit sayuran serta sos cili dan mayonis. Untuk lagi sedap, pilih yang ada keju meleleh. Memang sedap rasanya. Satu roti boleh dikongsi ramai lagi tu.

roti john
Imej: eXplorasa.my


7. Cheese Naan

Tak tahu nak makan apa untuk makan petang atau malam? Apa kata anda pilih Cheese Naan. Naan adalah roti yang dibakar. Ia adalah salah satu makanan popular kaum India. Asalnya roti naan kosong sahaja. Kini, ia ditambah keju cheddar dalamnya. Sedap makan ketika ia masih panas, sampai tertarik-tarik cheese apabila digigit. Roti naan dihidangkan dengan kari daging, kari ayam atau ayam tandoori.

cheese naan
Imej: funntaste.com


8. Roti canai

Selain daripada roti naan, roti canai juga patut dicuba. Roti leper yang rangup di luar tetapi gebu dan lembut di dalam. Ia enak dinikmati bersama kuah kari, kuah dhal, parpu, sambal ikan bilis atau sambal sardin. Lagi syok, ada kedai yang menyediakan roti canai dengan kuah banjir diletak pula telur separuh masak. Mengancam betul! Tidak kisah pagi, petang atau malam, ikut suka anda nak makan pada waktu bila.

roti canai
Imej: insiderkl.com


9. Sate

Kepingan daging ayam, daging lembu atau kambing yang dicucuk dengan lidi, diperap dengan rempah istimewa, kemudiannya dibakar dengan arang kayu tetapi masih berjus dagingnya... itulah sate yang sedap. Dimakan pula dengan kuah kacang, ketupat nasi dan timun. Memang menggamit selera.

sate
Imej: zomato.com


10. Sup tulang

Sedapnya menghirup sup tulang yang cukup rasa! Tulang pula yang masih banyak isinya. Makan pula dengan nasi putih panas-panas, mau bertambah nasi jadinya nanti. Sudukan sedikit sambal kicap, fuhhhh memang terangkat.

sup tulang
Imej: mamihakim.blogspot.com


Terbayang-bayang kelazatan semua makanan sedap tersebut. Apa lagi, bolehlah mula menapak mencari tempat makan sedap di Kuala Lumpur. Kalau nak lagi mudah, order food online je dengan Foodpanda. Tak perlu susah-susah buang masa dan petrol. Anda hanya klik di hujung jari, makanan sampai terus di rumah. Senang kerja bukan?

Jangan lupa mencuba pelbagai makanan sedap di Kuala Lumpur terutamanya makanan tradisi Malaysia ya. Pasti tidak akan menghampakan deria rasa anda.


36 ulasan for "10 Dishes You Must Try in Kuala Lumpur"

  1. Aduhai terliur dah tengok semua menu2 best ni. Mujur ada foodpanda, kita klik2 jer lah apps kat phone. Nak keluar rumah malas..hehe

    BalasPadam
  2. cheese nan tu. adoiiii mana nak cari kat pedalaman ni. haha

    BalasPadam
  3. Waaa susahnya nak buat pilihan, ikan bakar sedap, sup tulang lagi sedap, arghhh semua sedap...Malaysia ni kaya dengan makanan yang sedap-sedapkan, lagi-lagi kalau di KL...

    BalasPadam
  4. Everything is looking sooo delicious 😋 this list a perfect list on what to eat in KL 😆 great share!

    BalasPadam
  5. nampaknya semua dish tersebut aku pernah makan. barulah truly malaysian. hehe tq atas perkongsian

    BalasPadam
  6. Semua.makanan nampak sedap dan menyelerakan. Nanti bolwhla ronda sambil mencuba

    BalasPadam
  7. Sedap semuanya.. Nasi lemak memng feveret.. Kalau boleh makan hari2..hari2 makan.. Hahaha... Tapi tak boleh kamg dapat penyakit.. Banyak tempat ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan sekali sekala boleh le.. kang makin bertambah berat badan pula. hehehe

      Padam
  8. Bukan kat kl je. Kat mana2 negeri patut cuba makanan ni. Kat Malaysia ni mewah dengan pelbagai jenis makanan kan.ada foodpanda lagi memudahkan urusan nak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Malaysia ni macam-macam makanan ada :)

      Padam
  9. semua sedap2 kan. nasi lemak, sup tulang, tu antara feveret sayalah. memang confirm sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. semua sedap-sedap.. ke laut dalam diet dibuatnya kalau tak jaga hihi

      Padam
  10. Order dengan foodpanda memang senang. Tak payah keluar rumah kan. Teringin nak makan nanti order je terus kan. Lapar pulak tengok list atas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batul tu, senang. Hehe.. kena order dengan foodpanda tuuu

      Padam
  11. Wow! Terus rasa lapar balik. Banyak lagi rupanya tempat makan best di KL yang akak tak singgah lagi. Okay...masuk list!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya akak.. banyak. Mai pun nak cuba merasa mana yang belum hehe

      Padam
  12. Semua 10 makanan yang ada kat sini kita suka memang sedap dan juga kegemaran kita sebab tu orang ramai kata Malaysia ni syurga makanan yang sedap-sedap belaka heheheheh bestnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpe.. Malaysia syurga makanan. Nak makanan jenis apa pun ada. Tak larat sangat nak cari, order online je senang hehehe

      Padam
  13. Selain cheese makanan lain tu mmg sis suka... klu nk mkn ikan bakar sis rekomen gerai belakang Istana lama tu... terbaik!

    BalasPadam
  14. semua dalam senarai tu favourite saya. hehe mmg tak boleh tinggal mknn2 mcm ni.

    BalasPadam
  15. terliur bila tgk semua ni maii... sedap2 la hai... boleh ilang diet kalau cenggini hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal. Diet ke laut jadinya hihihi

      Padam
  16. Heyyy kenapa asyik tayang gambar makanan sesedap je ni haaa. Saje tau buat kita rasa lapar.

    BalasPadam
  17. kari kepala ikan & sup tulang masuk ranking teratas :)

    BalasPadam
  18. time mco ni la craving memacam

    BalasPadam
  19. cheese nan tu mengancam betul ahh

    BalasPadam
  20. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. Teringin nak cuba naan cheese tu... Nampak best!!!

    BalasPadam
  22. ohhoiiii.. terliur kita hahaha.. dulu tinggal di kl 4 tahun, susah nak rasa telan makanan disana. sbb banyak minyak.. tp kdg rindu juga nak makan, makanan sna hehe

    BalasPadam