Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kek Marble Susu Moist, Gebu dan Sedap

Kek Marble Susu Moist Mudah Disediakan



Sedapnya makan kek marble susu moist dengan teh suam tanpa gula untuk makan petang! Rasa puas sangat bila dapat makan seperti ini hehe. Kadang-kadang dengan air masak pun cukup dah.

kek marble moist


Kek marble susu moist ini memang mudah untuk disediakan. Tidak memerlukan banyak bahan, asalkan cukup bahannya dah boleh jadi kek. Cara untuk membuatnya juga senang. Ikut langkah demi langkah, InsyaAllah menjadi. Orang kata, kek klasik kan. Kalau tiada mentega, boleh saja menggunakan minyak jagung atau marjerin.

kek marble susu moist

Adalah satu hari ni, rasa nak sangat makan kek marble. Apa lagi Mai pun buat carian di Google. Cari punya cari dapatlah satu resepi kek marble susu daripada blog Cik Matahariku. Menurutnya, resepi tersebut juga dirujuk daripada Azlina Ina. Hasil daripada resepi ini, dapat tekstur kek yang gebu dan sedap.

Jom buat kek marble susu moist 😋


Resepi Kek Marble Susu Moist


Bahan-bahan:

250 gram mentega (Boleh juga guna Buttercup)
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur gred A (Mai guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar serbuk koko

kek marble


Cara membuatnya:

  1. Masukkan gula, mentega, esen vanila ke dalam mixer atau bekas adunan dan putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sehingga gebu.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, akhir sekali putar 15 minit.
  3. Kemudian masukkan susu dan putar sebati.
  4. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko.
  6. Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis.
  7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama.
  8. Turunkan suhu pada 150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
Untuk kek marble yang Mai buat ini, Mai menggunakan loyang bersaiz 10x10 inci. Kalau anda mahu kek nampak tinggi, boleh gunakan loyang saiz yang kecil daripada yang Mai gunakan.

kek marble moist
Terlorek kuat sangat ni hahaha

Siap! Nyumsssss sedapnya kek marble susu moist ini. Rasa sekali pasti mahu berkali-kali makan hehehe. Cepat juga habis kek ini di rumah, ramai yang suka rupanya. Ok, selepas ini boleh buat lagi 😉

kek marble moist



4 ulasan for "Kek Marble Susu Moist, Gebu dan Sedap "