Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar, Sedap!

Kek Coklat Kismis Moist Sedap



Kek coklat kismis moist bakar topping Cadbury, fuhhh memang sedap. Sesekali makan sedap begini apa salahnya kan. Buat ubat, rasa sikit je. Betul ke sikit je makannya? hehehe

kek coklat moist

Baru-baru ini, tekak teringin sangat nak makan kek coklat moist. Nak membeli satu, rasa tak puas pula. Maka, pergilah ke dapur untuk periksa bahan-bahan untuk membuat kek coklat. Alhamdulillah, mujur bahan-bahannya ada dan mencukupi. Buat sendirilah jawabnya, dah boleh berjimat kan 😁

Ternampak pula kismis hitam yang baru dibeli beberapa hari yang lepas. Sedap juga kalau ditambah dalam kek coklat ni. Ya, kismis menjadi bahan tambahan dalam resepi kek coklat moist kali ini.

kek coklat kismis moist

Kebiasaannya, Mai membuat kek coklat lembab dengan cara mengukus. Tetapi kali ini Mai membuatnya dengan cara membakar dalam oven. Walaupun ia dibakar, hasilnya masih sama. Lembap dan gebu. 

Untuk toppingnya pula, Mai hanya cairkan coklat Cadbury dan curahkan di atas kek. Simple je tapi sedap. Sebenarnya tak cukup bahan untuk buat topping ganache coklat, guna coklat Cadbury pun jadilah kan hehehe

Jom buat kek coklat kismis moist 😋


Kek Coklat Kismis Moist 


Bahan-bahan: (guna sukatan cawan)

3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus atau gula perang (boleh kurangkan mengikut rasa masing-masing)
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1/2 cawan kismis hitam

kek coklat moist


Cara membuatnya:

1. Masukkan telur dan gula halus. Kacau sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.

3. Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan kismis. Kacau sehingga betul-betul sebati.

4. Setelah adunan tadi sebati, masukkan minyak masak dan kacau lagi sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.

6. Masukkan ke dalam acuan mengikut pilihan sendiri yang telah disapu minyak atau mentega.

7. Panaskan ketuhar pada suhu 160⁰C. Bakar pada suhu 160⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (mengikut oven masing-masing).
- Cucukkan lidi di tengah kek untuk memastikan kek sudah masak. Kalau lidi bersih apabila ditarik, maknanya kek sudah masak.

8. Siap, sedia dihidangkan bersama topping pilihan masing-masing. Untuk resepi ganache coklat boleh lihat di sini - Resepi Ganache Coklat

kek coklat kismis moist


Selepas siap dibakar dan dikeluarkan dari oven, kalau permukaan kek akan jadi sedikit keras, selepas beberapa jam, permukaan kek akan jadi lembut. Kalau tak mahu permukaan kek merekah, adjust suhu dan masa mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Untuk topping, anda boleh curahkan ganache coklat, krim keju meleleh. Atau yang terbaru sekarang ini, krim salted egg yolk. Macam sedap je pulak letak yang tu heee

Nyumsss sedapnya... gigit kek, tergigit kismis dalamnya. Sedap!

kek coklat kismis moist


Selamat mencuba!


5 ulasan for "Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar, Sedap!"

  1. Singgah sini tengok kek coklat kismis.. sedapnyaa...

    BalasPadam
  2. omg..sedap sangat2 kek ni..mmm nk kena cuba ni.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Sis Maisarah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam
  4. Ya Allah lapar pulak hm hm

    BalasPadam