Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

T-shirt Microfiber BOXY Berkualiti, Harga Berpatutan

Beli T-shirt Microfiber



T-shirt Microfiber BOXY | Jika diamati, t-shirt menjadi pakaian harian kita. Benar bukan? Selesa dan memudahkan pergerakan adalah sebab utama t-shirt menjadi pilihan sebagai pakaian kegunaan harian. Tambahan pula, ia mudah digayakan dengan pelbagai pakaian lain.

tshirt kosong microfiber


T-shirt juga adalah salah satu pakaian yang sering menjadi pilihan dalam kebanyakan aktiviti dan acara. Contohnya, hari keluarga, hari sukan, gotong royong majlis perkahwinan dan lain-lain lagi, sesuai digunakan kerana memudahkan pergerakan dan selesa. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi pilihan ketika jalan-jalan makan angin atau bersiar-siar bukan?

Macam-macam jenis t-shirt yang ada. Antaranya seperti t-shirt kain kapas, kain microfiber, kain jersey dan sebagainya. Setiap kain memiliki fungsi dan kelebihan yang tersendiri. T-shirt kain kapas biasa Mai pakai di rumah. Kalau nak berekreasi, bersukan atau  di luar rumah, Mai memilih untuk mengenakan t-shirt microfiber lengan panjang. 

Rasa selesa mengenakan t-shirt microfiber ketika bersenam tau. Kain ini tidak meresap peluh dan cepat kering. Jika dibandingkan dengan kain kapas, ia menyerap peluh dan t-shirt akan terasa berat. Bau yang kurang enak juga akan muncul. Maka, disebabkan itulah Mai memilih t-shirt microfiber untuk aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh. Memang sesuai digunakan untuk berjoging atau sebarang aktiviti luar seumpamanya.

Tapi... di mana nak beli t-shirt microfiber yang selesa dan harganya berpatutan ya? Cara paling mudah adalah cari saja di BOXY.

tshirt microfiber BOXY


BOXY Lubuk T-shirt Harga Berpatutan


Apa itu BOXY? Kalau anda nak tahu, ia adalah sebuah kedai online yang menyediakan t-shirt berkualiti dengan harga yang paling berpatutan. Cuba lihat harga t-shirt microfiber lengan panjang serta berleher bulat yang Mai pilih ini, harga ketika promosi cuma RM14.90 sehelai sahaja. Harga yang sangat mampu milik.

beli tshirt kosong microfiber

Mereka menyediakan tujuh saiz t-shirt, sehingga saiz 3XL dan juga 10 pilihan warna yang menarik untuk t-shirt microfiber. Sampai rambang mata pula nak buat pilihan. Akhirnya, Mai telah memilih saiz M, warna maroon, warna kegemaran.


T-shirt microfiber BOXY


Apabila t-shirt microfiber BOXY disarung pada badan, terasa selesa kainnya. Elok terletak pada badan. T-shirt ini memang sesuai dipakai ketika berjoging, bersenam atau apa saja aktiviti yang melibatkan pergerakan kerana ia tidak menyerap peluh, jika berpeluh banyak sekalipun kain ini cepat kering. Mai sangat berpuas hati dengan kualiti kain microfiber ini.

tshirt microfiber BOXY


T-shirt microfiber BOXY bukan sekadar dipakai ketika bersenam saja, tetapi ia juga sesuai dipakai untuk membeli belah di pasar raya, makan angin dan lain-lain lagi. Pendek kata, memang selesalah kainnya.

Ya, t-shirt yang disediakan di BOXY adalah t-shirt kosong. Mungkin ada yang rasa bosan dengan t-shirt kosong tanpa ada sebarang corak atau imej. Tapi ia tidak menjadi masalah kerana anda boleh saja menambah cetakan rekaan sendiri pada t-shirt. Anda reka dan hantar ke kedai percetakan t-shirt. Pasti menarik dan cantik hasilnya nanti bukan?

tshirt kosong microfiber

Ada yang tidak suka lengan panjang? Jangan risau, mereka juga menyediakan t-shirt microfiber berlengan pendek. Siap dengan 24 warna dan tujuh saiz berbeza. Harga untuk sehelai cuma di bawah RM10 sahaja. Bukan microfiber saja yang ada, jenis kain kapas juga anda boleh dapat di BOXY. Wow.. menariknya!

Kualiti bagus, harga pula amat berpatutan. Memang akan beli di BOXY sajalah nampaknya. Kalau anda berminat untuk mendapatkan t-shirt microfiber berleher bulat, jenis kain kapas atau Polo, cari saja di laman web BOXY ya.

tshirt microfiber BOXY



3 ulasan for "T-shirt Microfiber BOXY Berkualiti, Harga Berpatutan"

  1. betul tu.. suka baju microfibre dan design plain.. pakaian seharian..

    BalasPadam
  2. Akak nak beli satu la nanti tambah koleksi baju yang sedia ada

    BalasPadam