Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Burnt Cheesecake Mudah dan Sedap

Burnt Cheesecake Sedap



Sebenarnya dah lama teringin nak makan Burnt Cheesecake. Tapi disebabkan kekangan masa, asyik tak sempat saja nak buat kek yang sedap ini. Sebelum ini selalu tengok kawan-kawan berkongsi gambar Burnt Cheesecake hasil air tangan mereka sendiri di media sosial. Rata-rata mereka memberitahu rasanya sedap.

Burnt Cheesecake


Teringin betul nak rasa. Suka betul tengok kerak gelap atas Burnt Cheesecake tu. Mai penggemar keju, memang kena cuba juga kek ini.

Jadi, apabila ada masa terluang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kena duduk diam-diam di rumah kan.. Mai cuba buat Burnt Cheesecake. Bahan-bahan sudah dibeli dari kedai berhampiran.

Burnt Cheesecake


Rupanya senang saja cara membuat Burnt Cheesecake. Pertama kali buat, Alhamdulillah menjadi! Yeayyy.. Sedap betul rasanya 😋 Hanya campur bahan-bahan, pukul dengan mixer dan tuang dalam loyang dan bakar.

Apa lagi... jom buat Burnt Cheesecake!

Resepi Burnt Cheese Cake


Bahan-bahan:

500g Cream cheese
300g whipping cream
150g gula kastor
50g susu penuh krim
85g telur
35g madu
10g tepung jagung

Cara membuatnya:

1. Mula-mula, lapik loyang dengan 2 helai parchment paper. Kemaskan dan gunting lebihan parchment paper.
2. Dalam satu bekas, masukkan cream cheese dan pukul seketika.
3. Kemudian, masukkan gula kastor dan madu, pukul sehingga berkrim dan tidak berketul (dalam 5 minit)
4. Telur dikacau manja, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Diikuti dengan whipping cream, susu dan akhir sekali tepung jagung.
5. Pukul pada kelajuan perlahan dan sampai sebati (sehingga hilang buih, pukul lebih kurang 5 minit).
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilapik parchment paper.
7. Bakar pada suhu 210⁰C selama 45 minit (mengikut oven masing-masing).
8. Stelah siap dibakar, biarkan ia sejuk seketika di dalam loyang kemudian simpan dalam peti sejuk semalaman untuk rasa yang lebih enak.
9. Keluarkan dari loyang dan hidangkan 😊

Boleh rujuk video di bawah ini ya tentang cara membuatnya...



Sedap rasa Burnt Cheesecake tau, berlemak susu gitu. Bagi Mai, makan sepotong dua sudah cukup membuatkan Mai kenyang. Kalau nak rasa yang kurang manis, boleh kurang penggunaan gula kastor, mengikut citarasa masing-masing.

Burnt Cheesecake


Dah siap, bolehlah makan ramai-ramai dengan keluarga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini hehehe.

RESEPI HOT: Kek Batik Lapis Keju

resepi Burnt Cheesecake


Kome tu... duduk rumah tau sepanjang tempoh PKP. Buat perkara yang dapat memenuhi masa lapang anda. Jangan nak keluar merata tak tentu hala tanpa tujuan yang munasabah. Nak keluar rumah pun biarlah untuk perkara penting sahaja seperti membeli barang keperluan rumah aau ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mari kita bersama putuskan rantaian COVID-19 di Malaysia! 

Lagi satu, jangan lupa cuba resepi Burnt Cheesecake ini ya 😉




10 ulasan for "Resepi Burnt Cheesecake Mudah dan Sedap"

  1. sedapnya burnt cheesecake nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sedap rasanya.. suka bahagian hangus tu hehe

      Padam
  2. Saya tengok kek ni pukul 1.38 pagi, terus perut bebunyi. Hhaaha. Sedapnyaaaa!!! Nak kena try ni! - khai kakijalans.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sangat tu. senang je nak buat hehe

      Padam
  3. sedapnyaaa.. teringin nk buat tp tak tebuat lg. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe.. ada masa boleh cuba buat. senang je ;)

      Padam
  4. Sedapnya baru makan semalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan rasanya? makan sepotong pun rasa kenyang dah heee

      Padam