Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sebab Solat Jumaat Boleh untuk Tidak Dilakukan

Solat Jumaat Dibatalkan dengan Bersyarat



Selama tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan baharu wabak COVID-19, solat Jumaat di Malaysia tidak akan dilaksanakan di masjid secara berjemaah seperti kebiasaannya. Maka, solat Zohor dilakukan di kediaman masing-masing.

solat Jumaat


Bolehkah solat Jumaat dibatalkan? Mengapa ia boleh dibatalkan? Jom ikuti penjelasan dalam video di bawah ini...





Alhamdulillah.. mudah, jelas dan terang penjelasan yang disampaikannya.

Menurut penerangan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah tajuk HUKUM SOLAT JUMAAT DALAM SUASANA COVID-19;

Dalam keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM)

Dalam keadaan ini, solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Dalam hal ini, terdapat beberapa dawabit:
  • Larangan tersebut dengan nasihat pihak yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
  • Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.


MasyaAllah.. disebalik ujian COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, banyak perkara yang kita boleh pelajari daripadanya. Salah satunya adalah ilmu tentang pembatalan solat Jumaat ini. Sejujurnya, Mai baru pertama kali mengetahuinya. Dapat juga belajar satu ilmu baru.

Apa pun, ikutlah arahan atau perintah yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan wabak COVID-19 melanda negara. Mari kita sama-sama berganding bahu berusaha dan berdoa kepada Allah bagi mengekang penularan wabak ini seterusnya lenyap hendaknya.




1 ulasan for "Sebab Solat Jumaat Boleh untuk Tidak Dilakukan"