Tukar Antena Digital UHF, Senang Dapat Siaran myFreeview
Antena Digital UHF Paling Sesuai untuk Siaran Digital
Siaran myFreeview adalah siaran digital yang menggantikan siaran analog sebelum ini. Sangat puas hati menonton televisyen sekarang ini, jelas dan terang. Tapi kalau nak mudah dapat siaran myFreeview, mesti menggunakan antena UHF untuk MYTV.
Sebelum siaran analog ditukar kepada siaran digital sepenuhnya, antena di rumah Mai menggunakan jenis VHF. Ketika itu, memang kurang masalah berlaku, cuma ada sedikit masalah gangguan angin kuat saja. Tapi pada tahun 2019, sudah mula susah nak cari siaran. Kalau nak menonton televisyen, kena cari siaran dulu. Geramnya.. payah sangat. Yelah, masa itu masih banyak kemaskini siaran dan sebagainya.
Ada suatu hari, Mai bertanya dengan menghantar mesej melalui Facebook MYTV. Mai beritahu, setiap kali mahu menonton televisyen, perlu mencari siaran terlebih dahulu, adakalanya sampai berkali-kali cari baru muncul senarai siaran. Selalu jugalah siarannya langsung tidak muncul. Kemudian pihak MYTV meminta Mai untuk mengambil gambar antena.
HOT: Siaran myFreeview Hilang, Muncul E025 No Signal - Ini Cara Penyelesaiannya
HOT: Siaran myFreeview Hilang, Muncul E025 No Signal - Ini Cara Penyelesaiannya
Selepas menghantar gambar antena, mereka memberitahu.. antena yang sedang digunakan adalah jenis VHF. Antena jenis ini tidak sesuai untuk kegunaan dekoder MYTV.
Maka, Mai pun mula mencari pemasang antena digital MYTV di sekitar Kuala Kangsar. Setelah memberitahu lokasi tempat tinggal iaitu di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.. pemasang tersebut meminta Mai untuk membeli antena digital UHF outdoor dengan mencapai jarak 180km dari pemancar. Katanya dia pernah setting di sebuah rumah dalam kawasan Lubuk Merbau dengan antena jarak biasa tapi tidak dapat mencari siaran. Maka antena yang boleh mencapai jarak yang jauh ini digunakan.
Apa lagi, Mai terus buka Shopee dan cari antena BETA 37E DIGITAL HI RANGE ANTENNA (FREE HI QUALITY 20MTR RG6 CABLE) yang disarankan oleh pemasang tersebut. Setelah jumpa, terus membelinya. Antena yang Mai beli ini dapat percuma kabel RG6 sepanjang 20 meter. Harganya pula RM138. Antena ini sesuai untuk penggunaan yang jauh dari menara pemancar ataupun pengguna yang duduk di kawasan pedalaman.
Beli Digital Hi Range Antenna di sini (klik)
Selepas antena yang dipesan tiba di rumah, terkejut juga melihatnya. Bukan apa, agak panjang antenanya. Mujur antena yang dipesan online sampai dengan baik tanpa ada kerosakan.
Antena selamat sampai di rumah |
Antena dan kabel RG6 percuma sepanjang 20 meter |
Selepas antena yang dipesan tiba di rumah, terkejut juga melihatnya. Bukan apa, agak panjang antenanya. Mujur antena yang dipesan online sampai dengan baik tanpa ada kerosakan.
Panjang kan antenanya? hehe |
Seterusnya pemasangan antena digital UHF dilakukan. Bab ini memang Mai serah semuanya kepada pemasang tersebut. Antena perlu dihalakan kepada pemancar supaya dapat siaran yang jelas. Dekoder juga di set semula. Alhamdulillah, memang puas hati guna antena ini. Setiap kali on TV, terus ada siaran. Tidak lagi perlu mencari siaran seperti sebelum ini. Yang penting paparannya jelas dan minimum gangguan siaran.
Beli dekoder MYTV di sini
Kalau anda ada sebarang masalah berkaitan MYTV, hubungi terus mereka di talian 1800-18-1088 atau hantarkan pesanan di Facebook MYTV Broadcasting. InsyaAllah, mereka pasti menjawab segala pertanyaan anda. Untuk mencari pemasang antena/dekoder, boleh cari di laman web mytvbroadcasting.my atau cari saja di Facebook.
Kalau anda ada sebarang masalah berkaitan MYTV, hubungi terus mereka di talian 1800-18-1088 atau hantarkan pesanan di Facebook MYTV Broadcasting. InsyaAllah, mereka pasti menjawab segala pertanyaan anda. Untuk mencari pemasang antena/dekoder, boleh cari di laman web mytvbroadcasting.my atau cari saja di Facebook.
panjang betul antenna nya..
BalasPadamhehe tu la panjang.. kawasan rumah Mai sesuai guna jenis ni, baru dapat siaran
Padammemang syok guna, kami pun sudah guna ^_^
BalasPadamyeayy.. dapat tengok dengan jelas, minimum gangguan siaran ;)
PadamKalau guna uhf lepastu guna booster memang takkan dapat ke
BalasPadamtak boleh sebab akan mengganggu siaran
Padam