Resepi Biskut Oreo Cheesecake 5 Bahan, Sukatan Cawan





Resepi Biskut Mudah, Biskut Oreo Cheesecake



Sedapnya biskut oreo cheesecake, terasa lemak cream cheese pada biskut! Bahan-bahan yang digunakan pula cuma lima sahaja. Cara untuk menyediakan biskut ini juga mudah, pukul guna mixer dan siap!

biskut oreo cheesecake
Biskut Oreo Cheesecake sedap!


Sebab Mai buat biskut oreo cheesecake ini, ada lebihan cream cheese daripada buat Burnt Cheesecake tempoh hari. Cari punya cari resepi yang menggunakan cream cheese, akhirnya jumpa resepi biskut oreo cheesecake di YouTube. Mai belum pernah cuba membuat biskut menggunakan bahan seperti cream cheese. Jadi teruja nak buatnya.

biskut oreo cheesecake

Biskut ini agak lembut dan agak chewy sedikit. Mai sudah cuba membuat dua versi biskut oreo cheesecake, chewy dan rangup. Bagi Mai, yang chewy lagi sedap rasanya. Terasa lemak kejunya apabila dikunyah. Rasa macam makan kek. Sedap!

Apa lagi.. jom cuba resepi biskut yang mudah ini.

Resepi Biskut Oreo Cheesecake


Bahan-bahan:

1/2 cawan mentega, dilembutkan
1/2 cawan cream cheese, dilembutkan
1/2 cawan gula putih atau gula perang atau campur sedikit kedua-duanya
1 + 1/3 cawan tepung gandum
18 ketul biskut Oreo dihancurkan (asingkan krim, tidak perlu terlalu hancur)


Cara membuatnya:

  1. Pukul cream cheese, kemudian masukkan mentega dan pukul lagi.
  2. Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan pukul lagi.
  4. Masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi dan kaup balikkan adunan.
  5. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama sejam.
  6. Bulatkan atau sudukan doh ke atas dulang pembakar, bakar pada suhu 175⁰C selama 10-15 minit atau sehingga masak (mengikut oven masing-masing).
  7. Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan di dalam bekas.

Boleh rujuk video ini untuk lebih lanjut...



Senangkan cara membuat biskut oreo cheesecake ini? Kalau anda mahu banyak hasil biskut ini, boleh gandakan bahan-bahannya. Warnanya putih je, cantik pula tengoknya hehe

biskut raya mudah

Biskut ini bolehlah buat untuk musim raya nanti. Bukan raya sahaja, nak buat dan makan pada bila-bila masa juga boleh.

Biskut biskut oreo cheesecake ini tak tahan lama tau. Bukan apa.. sebab cepat je habis dimakan hehehe. Jangan lupa mencuba resepi mudah ini ya. Selamat mencuba 😉


Catat Komen

4 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)