Resepi Parfait, Pencuci Mulut Sedap Mudah Disediakan





Parfait, pencuci mulut sedap dan mudah dibuat



Salah satu pencuci mulut atau dessert yang mudah disediakan adalah parfait. Apa itu parfait? Parfait bermaksud perfect (sempurna). Pencuci mulut yang berasal daripada Perancis ini pada asalnya dibuat daripada kuning telur, gula dan krim yang dipukul sehingga gebu. Ia boleh ditambah dengan sejumlah bahan tambahan seperti buah, kacang, atau biskut.

Parfait, bunyinya seperti asing bagi sesetengah daripada kita bukan. Sebenarnya senang saja untuk membuatnya. Asalkan cukup bahan, sudah boleh jadi hidangan parfait yang sedap. Cara membuatnya juga tidak leceh. Hanya lapiskan bahan-bahan dan siap!



resepi parfait



Baru-baru ini Mai mencuba buat parfait. Teringin nak rasa sebab nampak menarik dan mudah disediakan. Ya.. Sedap betul! Senang sangat cara nak membuatnya, budak-budak buat pun mesti jadi ni hehe. 

Apa lagi, jom kita buat parfait 😋


Cara Buat Parfait


(Hidangan untuk 2-3 cawan, bergantung kepada saiz cawan yang digunakan)

Bahan-bahan:
  1. 250ml Anchor Whipping Cream
  2. 25g gula aising (boleh dikurangkan mengikut rasa masing-masing)
  3. Topping mengikut pilihan anda (buah-buahan, emping jagung, oats, garnola, kekacang dan lain-lain lagi yang sesuai) - Mai guna emping jagung, biskut Lotus Biscoff, buah naga dan buah mangga.
Whipping cream mesti disimpan di dalam peti sejuk selama 6 jam dengan suhu di antara 2⁰C hingga 4⁰C sebelum digunakan. 


Cara membuatnya: 
  1. Sediakan bahan-bahan yang nak digunakan seperti menimbang gula aising dan memotong buah-buahan dalam bentuk kiub.
  2. Keluarkan whipping cream dari peti sejuk dan perlu terus dipukul dengan mixer. 
  3. Masukkan whipping cream dan gula aising dalam satu bekas. Pukul dengan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga gebu (kalau angkat mixer, krim yang sudah dipukul itu tidak jatuh).
  4. Ambil satu gelas lutsinar. Untuk lapisan pertama, letakkan cebisan biskut, granola, emping jagung atau buah-buahan di bahagian bawah gelas. Lapisan kedua, letakkan krim menggunakan sudu atau piping bag. Ulang lagi langkah tadi sehingga penuh satu gelas.
  5. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama beberapa minit (optional)
  6. Sedia untuk dihidangkan! Gaul, makan dan nikmati kelazatannya 😋
Tonton video ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya...



Sedikit tips untuk membuat parfait:
  1. Pilih buah-buahan yang kurang air. 
  2. Pilih warna buah cantik, lapisan parfait pun nampak cantik.
  3. Jangan terlalu lama memukul whipping cream, terlajak pukul.. tak menjadi jawabnya. Kalau sampai berketul atau jadi dua lapisan (krim kental dan air), itu bermakna sudah terlebih pukul, tidak menjadi. Pukul biar cukup sampai gebu krimnya.

Mudah saja kan cara untuk menyediakan parfait? Nak makan bila-bila masa pun boleh. Kalau dapat makan waktu berbuka puasa ni, fuhhh nikmat sungguh. 

resepi parfait


Jangan lupa untuk cuba resepi parfait yang mudah ini ya. Selamat mencuba!


Catat Komen

7 Ulasan

  1. Sedapnya 😋 boleh cuba nanti. Terima kasih atas resepinya.

    Jemput singgah ke blog saya juga:
    https://najihahzahid38.blogspot.com/2020/04/how-to-make-your-ramadhan-meaningful.html?m=1

    BalasPadam
  2. Sedapnya, mudah untuk disediakan

    BalasPadam
  3. i love this. def gonna try and make it.

    BalasPadam
  4. Ya Allah mana nak dapat buah Naga tima PKP i hurmmm bestnya kalau ada boleh juga kita cuba buat hehehe sedap...

    BalasPadam
  5. Alahai...sedapnya ..bagai terasa2 kat tekak ha..bestnya laa..

    BalasPadam
  6. Sedapnya tengok buah-buah dengan whipping cream. Nak cuba lah nanti.

    BalasPadam
  7. sedapnyee. nak cuba buatlah. tapi tukar buah. hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)