Congo Bars Sedap dan Mudah, Pasti Jadi





Congo Bars Mudah Dibuat



Sedapnya congo bars 😋 Ini adalah kali pertama Mai membuatnya. Bila dah teringin sangat nak makan, apa lagi.. cari resepi congo bars di Google lah jawabnya. Akhirnya Mai dapat resepi mudah ini dari blog Buat Orang Lapo.

congo bars


Pertama kali rasa congo bars, Mai terus suka dengan rasanya dan teksturnya. Ia ala brownies, sedikit mampat gitu. Permukaannya sedikit rangup dan bawahnya chewy. Sepotong memang tak cukup Mai makan ni hehehe

congo bars


Cara untuk membuat congo bars juga senang saja. Kalau cukup bahan-bahannya, boleh dah membuatnya. Kalau buat ikut resepi dan tips yang diberikan, InsyaAllah menjadi dengan jayanya.

Jom buat congo bars!

Resepi Congo Bars

Dibuat dan olahan oleh: Mai

Bahan-bahan:

150 gram mentega (2/3 cawan) *suhu bilik
230 gram gula perang (1 1/4 cawan)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
300 gram tepung naik sendiri (2 1/2 cawan)
1/4 sudu kecil garam
1 cawan coklat cip (Mai guna coklat coin)
Sedikit coklat coin untuk hiasan pada permukaan congo bars

Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. (boleh guna mixer @ whisk)
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Tambahkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
  4. Ayakkan tepung bersama garam. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau lagi.
  5. Masukkan pula coklat cip. Gaul rata.
  6. Ratakan adunan ke dalam loyang. Taburkan coklat cip di atasnya sebagai hiasan.
  7. Bakar selama 35-40 minit pada suhu 175°c atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu)

Nota:
Lagi besar loyang lagi bagus untuk dapatkan congo bars yang nipis.
Boleh tambah kekacang ke dalam adunan dan sebagai hiasan.
Jika guna tepung gandum, tambahkan 2 sudu kecil baking powder.

Anda juga boleh menonton video ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya...



Untuk congo bars yang Mai buat ini, loyang bulat 10 inci digunakan. Ketebalannya nampak ok saja. 

cara buat congo bars


Wangi baunya ketika dibaakar dalam oven. Membuatkan rasa tak sabar untuk merasanya. Apabila dah siap, apa lagi... makan puas-puas lah kan hehehe.

Nampak macam biskut coklat cip bersaiz gergasi pula kan? heeee

resepi congo bars

Mai buat congo bars ini tanpa tambahan kekacang. Agaknya kalau tambah kacang mesti lagi sedap kan. Haishhh.. terasa-rasa pula kesedapannya. Kena cuba jugalah nanti nampaknya.

Ok lah, selamat mencuba resepi congo bars ini ya. Kalau nak ia menjadi dengan jayanya, ikut resepi betul-betul ok 😉


Catat Komen

0 Ulasan