Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Greenworks Sediakan Cenderamata Unik Mesra Alam

Cenderamata Mesra Alam di Greenworks



Kalau mahu memberi sesuatu kepada seseorang, berikan yang paling baik daripada kita. Biar ia dapat menjadi kenangan dan ingatan sepanjang masa buat si penerima. Lebih-lebih lagi memberi hadiah  seperti produk mesra alam dari Greenworks yang unik.

Menarik juga beri hadiah produk mesra alam kan. Tapi... apa itu Greenworks?


Greenworks, Pusat Sehenti Pelbagai Cenderamata


Kalau anda nak tahu, Greenworks adalah pemborong dan pembekal hadiah harga promosi dan premium di Malaysia. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menjadi syarikat dagangan promosi mesra alam terkemuka di Malaysia. Pelbagai jenis hadiah menarik mereka sediakan seperti hadiah korporat mewah dan hadiah perniagaan hingga barang-barang kegunaan harian.

cenderamata greenworks, beli hadiah online


Produk-produk di Greenworks


Memang banyak produk yang disediakan di Greenworks. Antara produknya adalah beg, kemeja T, lanyard, alat tulis, barangan kegunaan harian, hadiah mesra alam, peralatan IT dan barangan untuk aktiviti outdoor dan travel. Pelbagai rekaan dan warna menarik disediakan untuk para pelanggan membuat pilihan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Lagi banyak jumlah yang dibeli, lagi murah harga sesuatu produk yang mahu dibeli. Selain itu, anda juga boleh meletakkan logo pada produk yang ingin dibeli.

cenderamata greenworks, beli hadiah online


Dalam banyak-banyak produk yang ada di Greenworks, Mai tertarik dengan Eco Friendly Gifts atau hadiah mesra alam. Sebabnya barangan ini dibuat daripada bahan-bahan mudah dilupuskan seperti kertas, kotak dan serat gandum organik (organic wheat fiber). Rekaan barangannya juga menarik mata yang memandangnya.

Antara barangan yang disediakan dalam bahagian Eco Friendly Gifts adalah Eco Pen, Eco Notebook/Notepad dan Eco Household/Drinkwares. Kalau Mai, semua produk itu Mai suka. Rasa nak beli semua je hehe.

Ini adalah antara produk yang disediakan dalam bahagian Eco Friendly Gifts...

cenderamata greenworks, beli hadiah online


Kesemua produk Eco Friendly Gifts yang disediakan di Greenworks sangat sesuai untuk dijadikan cenderamata. Sesuai untuk pelbagai acara seperti seminar di sekolah dan tempat kerja, kursus, sambutan hari guru, hari sukan, pelbagai program di institusi pengajian tinggi dan juga majlis kenduri perkahwinan.


Cara Membuat Tempahan di Greenworks


Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat tempahan di Greenworks bukan? Jom ikuti langkah mudah di bawah ini.

1. Buka laman web Greenworks, kemudian pilih produk pada menu bar.

cenderamata greenworks, beli hadiah online


2. Klik gambar produk yang ingin dibeli.
Sebelum membuat sebarang pembelian, anda disarankan untuk membaca penerangan setiap produk (ada diletakkan di bawah produk) supaya sesuatu produk itu menepati citarasa anda.

cenderamata greenworks, beli hadiah online



3. Setelah selesai membaca penerangan produk dan berpuas hati dengan pilihan sendiri, pilih warna dan tetapkan jumlah pembelian. Kemudian, klik butang Add to Quote. Klik pula Check Quote List.

cenderamata greenworks, beli hadiah online


cenderamata greenworks, beli hadiah online



4. Kemudian akan terpapar halaman Request an Official Quote. Di sini, isikan butir-butir peribadi seperti yang diperlukan dalam borang tersebut. Anda juga boleh memuat naik logo sendiri untuk dicetak pada produk. Setelah siap, klik butang Send Your Request.

cenderamata greenworks, beli hadiah online
cenderamata greenworks, beli hadiah online



Seterusnya, anda akan menerima emel daripada pihak Greenworks tentang harga keseluruhannya. Kemudian, anda bolehlah membuat pembelian.


Mudah bukan? Kini anda tidak perlu susah-susah lagi untuk mencari dan membeli cenderamata dalam kuantiti yang banyak dengan harga berpatutan, pergi saja ke laman Greenworks. Semuanya ada di situ. Jika anda berada di lokasi berhampiran, boleh datang melihat sendiri produk mereka secara nyata tapi pastikan anda telah membuat temujanji terlebih dahulu. Ia bagi memastikan produk yang ingin dilihat ada dan anda dilayan dengan baik.


GREENWORKS MARKETING SDN BHD
Alamat : No.230, Jalan KIP 7, Taman Perindustrian KIP, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia

Email : sales@greenworks.com.my

Nombor untuk dihubungi :

Sales: +6012 302 7093
General: +603-6273 1210
Fax: +603-6730 2186

Masa Operasi :

Isnin - Jumaat: 9am - 6pm
Sabtu - Ahad (Cuti Umum) : Tutup
* Lawatan Showroom hanya melalui appointment sahaja, sila buat panggilan terlebih dahulu sebelum datang.


3 ulasan for "Greenworks Sediakan Cenderamata Unik Mesra Alam"

  1. comel-comel cenderamata diorang yer

    BalasPadam
  2. sukanya tengok cenderamata esp yg eco friendly gifts tu

    BalasPadam
  3. byk sgt benda bole buat dkt sni

    BalasPadam