Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JoyMix Hello-Bong Bantu Kurangkan Panas Badan Ketika Berpuasa

JoyMix Hello-Bong Bantu Kurangkan Panas Badan, Nafas Berbau dan Tingkatkan Imun



JoyMix Hello-Bong Bantu Kurangkan Panas Badan Ketika Berpuasa | Bulan Ramadhan merupakan bulan umat Islam berpuasa pada siang hari, menahan lapar dan dahaga sehinggalah terbenamnya matahari. Umum mengetahui ia adalah kewajipan umat Islam. Walaupun berpuasa, ia tidak mematahkan semangat untuk melakukan pelbagai kerja harian. Namun tidak dinafikan, terasa juga penatnya berbanding hari-hari biasa.

Adakalanya, badan terasa panas pada bulan Ramadhan. Ia terjadi mungkin disebabkan kurangnya pengambilan air putih dalam seharian. Akibatnya, badan turut merasa letih. Pentingnya minum air putih yang cukup, lebih-lebih lagi ketika berpuasa.

Pengambilan makanan berkhasiat juga perlu dititikberatkan supaya kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Makanan tambahan juga turut diberi perhatian. Kalau Mai, ambil JoyMix Hello-Bong je senang.


JoyMix Hello-Bong


Bukan saja badan terasa panas akibat kekurangan air dalam badan, mungkin juga disebabkan makanan pedas. Adakalanya bau mulut juga kuat. Ini benar ya. Seperti yang telah dikongsikan dalam akhbar Metro, menurut Pakar Pergigian, Dr Firdaus Hanapiah, masalah bau mulut ketika berpuasa disebabkan kekurangan air di dalam badan, seterusnya menyebabkan kurangnya pengeluaran air liur dari kelenjar liur di dalam mulut. Tak mahulah malu apabila bercakap dengan orang kerana mulut berbau kan. Sebab itulah Mai ambil JoyMix Hello-Bong.

Apa itu JoyMix Hello-Bong?


Pasti anda tertanya-tanya apakah ia bukan? Untuk pengetahuan anda, JoyMix Hello-Bong adalah makanan tambahan yang diformulasikan daripada oren Halla-Bong dan Curcuminoids daripada ekstrak kunyit.


JoyMix Hello-Bong


Halla-Bong adalah spesies oren tanpa biji istimewa yang ditanam terutamanya di Pulau Jeju di Korea. Ia mempunyai jumlah Vitamin C yang tinggi dan memiliki manis yang semulajadi. JoyMix Hello-Bong menggabungkan khasiat Halla-Bong dengan khasiat kesihatan kunyit untuk mewujudkan minuman serbuk oren yang sejuk dan menyegarkan.

Kebaikan JoyMix Hello-Bong


Kenapa Mai mengambilnya? Sudah pasti kerana pelbagai manfaat yang ada padanya. Antara kebaikan JoyMix Hello-Bong seperti:

- Mengurangkan panas badan

- Menghilangkan nafas berbau

- Membantu meningkatkan imuniti

- Mengelakkan penyakit akibat radikal bebas

- Membantu badan pulih dengan segera daripada penyakit

- Mengurangkan keradangan sendi

- Melindungi hati

- Membantu mengelakkan penyakit kronik


Makanya, orang yang berpuasa yang mahu mengurangkan panas badan dan nafas berbau, amat digalakkan untuk mencuba JoyMix Hello-Bong. Badan juga rasa bertenaga dengannya.



Siapa lagi yang perlu mengambil JoyMix Hello-Bong?

Pesakit arthritis
Individu yang aktif
Belia
Individu yang mementingkan kesihatan


JoyMix Hello-Bong


Sudah hampir dua seminggu Mai mengambil makanan tambahan JoyMix Hello-Bong ini. Terasa juga kesannya pada badan. Panas badan dan bau mulut juga berkurang. Badan rasa bertenaga lagi.

Bab rasa pula, rasanya juga sedap. Rasa masam-masam manis oren. Manisnya itu adalah semulajadi daripada oren Halla-Bong sendiri.


JoyMix Hello-Bong


Cara untuk makannya juga senang. Mai suka ambil JoyMix Hello-Bong sebab sangat mudah untuk diambil. Ia tidak perlu dibancuh dengan air atau sebagainya, hanya koyakkan sachet dan terus makan. Ia juga disediakan dalam sachet yang mudah dibuka dan di bawa ke mana-mana saja. Kebiasaannya, Mai ambil satu sachet selepas berbuka puasa.

Cara Makan JoyMix Hello-Bong


Mudah saja cara pengambilannya.


1. Potong atau koyakkan satu sachet JoyMix Hello-Bong.

2. Sedut atau hirup perlahan JoyMix Hello-Bong secara langsung dari sachet atau tuangkan ke dalam mulut, sehingga boleh mencair.

3. Nikmati rasa jus oren manis kerana ia menyejukkan dan membuka selera anda.

4. Telan dan minum air selepas itu jika diperlukan.


JoyMix Hello-Bong

Banyak kebaikan JoyMix Hello-Bong rupanya. Rasanya juga sedap. Mai sudah mencubanya. Anda bila lagi?

Kalau anda juga nak rasa kebaikannya, mahu mencubanya, boleh terus ke laman web JoyMix Hello-Bong sekarang juga. Jom kekal sihat dengan bantuan JoyMix Hello-Bong.


2 ulasan for "JoyMix Hello-Bong Bantu Kurangkan Panas Badan Ketika Berpuasa"