Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kulit Berseri dengan Mylara Skincare Starter Kit Basic Whitening 3 In 1

Mylara Skincare Starter Kit Basic Whitening 3 In 1 Patut Dicuba


Kulit yang sihat dan cantik adalah idaman setiap wanita dan juga lelaki. Kawasan kulit yang sering diberi perhatian adalah bahagian wajah. Ia menjadi ‘pandang pertama’ setiap kali kita kita bertemu sesiapa saja kan? Kulit wajah yang sihat dan cerah menambah keyakinan diri. Disebabkan semua itu, produk Mylara Skincare muncul untuk membantu memberi kulit yang sihat dan cerah kepada semua.


Mylara Skincare


Sudah lebih seminggu Mai menggunakan produk penjagaan kulit wajah Mylara, Starter Kit Basic Whitening 3 In 1. Alhamdulillah, suka dengan kesan positifnya terhadap kulit Mai. Boleh nampak kesan cerahnya. Sepanjang penggunaan produk ini, tiada sebarang kerengsaan berlaku pada kulit muka Mai. Daripada pencuci muka sehinggalah krim CC, memang syok gunanya.


Mylara Skincare
Didatangkan dalam kotak yang cantik dan kemas

Mylara Skincare


Starter Kit Basic Whitening 3 In 1 daripada Mylara Skincare ini mengandungi tiga produk di dalam satu kotak iaitu Glowing Cleanser, Matte Perfect CC Cream dan Instabright Night Cream. Ketiga-tiga produk tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri untuk kulit muka. Jom ketahui fungsi setiap produk Basic Whitening ini…


Glowing Cleanser

Ia mencuci dan membersihkan wajah daripada kesan solekan, kotoran dan minyak. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan solekan mata dengan lembut dan mengelupas secara lembut untuk kulit yang lebih lembut, lebih halus dan lebih cerah. Ia dalam bentuk gel yang tidak likat atau melekit dan berwarna merah jambu lembut. Menghasilkan buih minimal pada proses pembersihan wajah. Baunya harum dengan wangian bunga-bungaan yang segar. Menariknya, pencuci muka ini disediakan dalam botol yang mempunyai dua penutup, dengan penuh ‘hygiene’.


Mylara Skincare
Glowing Cleanser. dengan dua penutupnya

Cara menggunakannya:
Bersihkan dua kali setiap hari.
- Sapukan 1-2 pam ke telapak basah, urut muka dan leher dengan lembut.
- Bilas dengan air suam dan biarkan kulit mengering daripada air sebelum menggunakan toner.

Bahan-bahannya:
Aqua (water), Carica Papaya Fruit Extract, Aloe Barbadensis Extract, Soluble Collagen Cocamidoprophyl Betaine, Cocamide DEA & Sodium Benzoate


Matte Perfect CC Cream SPF 30


Ia adalah All-in-one multi-tasking cream yang secara ajaib melindungi kulit anda dari sinar matahari yang berbahaya dengan SPF 30. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur kulit dan menghidrat dengan kemasan matte yang elegan. Sebagai "CC" singkatan dari warna, ia termasuk, primer pencerah kulit, foundation ringan, pelembap, dengan bahan anti penuaan dan penggalak kolagen.


Mylara Skincare
Matte Perfect CC Cream SPF 30

Krim ini berwarna natural skin tone dan bertekstur lembut juga tidak melekit. Ia memberi ‘natural glow’ pada wajah kekal sehingga 10 jam. Yang menariknya tentang krim ini, ia tidak bercapuk setelah diaplikasikan pada kulit wajah, tidak kesat apabila disapukan pada kulit, mudah diratakan pada kulit dan mesra wudhu’. Hasilnya pula adalah matte finish dan tidak berminyak. Baunya juga harum, berbau almond.

Cara menggunakannya:
Guna selepas menggunakan toner. CC Cream paling baik digunakan 15 minit sebelum terdedah pada cahaya matahari, dan diaplikasikan semula dalam setiap 2 jam jika disyorkan untuk terdedah kepada sinar matahari.

Bahan-bahan:
Aqua (water), Glycerin, Pearl Powder, Argan Oil, Titanium Dioxide, PEG/PPG-20/15 Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Iron Oxide, Hydroxethyl Urea, Vinyl Dimethicone, Cyclopentasiloxane,
Dimethicone Crosspolymer, Prophylene Glycol, CI 77492, Fragrance


Instabright Night Cream


Krim ini adalah krim malam pemutihan yang memberi khasiat dan melembabkan kulit sehingga 8 jam. Selain itu, ia membantu mengurangkan bintik-bintik gelap dan memutihkan kulit secara jelas seawal 14 hari dengan ramuan yang terbukti secara klinikal. Ia memberi kesan pencerahan tanpa pengelupasan. Warnanya putih dan bertekstur lembut. Ia tidak membuatkan wajah tampak berkilat. Ia juga tidak kesat dan mudah diratakan apabila disapu pada kulit wajah.


Mylara Skincare
Instabright Night Cream

Cara menggunakannya:
Gunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis pada muka dan leher. Untuk penyerapan mendalam, urut perlahan-lahan dalam masa 1-2 minit.

Bahan-bahan:
Aqua, Cetyl Alcohol, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Mineral Oil, Isopropyl Mistrace, Glycerin, Xantham Gum, Beeswax, Stearic Acid, Dimethicone, Glutathione, Alpha Arbutin, Linolec Acid, Aloe Barbadensis Extract, Licorice Extract, PEG-100, C10-11 Isoparaffin, Lecithin, Tacopheryl Acetate, Ascorbyl Palmitate, Isononyl Isononanoate, Allantoin, Lepidium Santivum Sprout Extact,Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, CI 77499, Fragrance.


Menarik kan ketiga-tiga produk tersebut? Suka dengan kesannya pada kulit wajah sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Mylara Skincare dan pembelian produk ini, anda boleh ke laman sesawang Mylara Skincare.


Mylara Skincare


Haaa.. macam mana? Nak kulit sihat, cerah dan bersih tak? Kalau anda mahukan semua itu.. ya memang kena rajin, barulah nampak hasil yang diinginkan. Moh la mencuba Starter Kit Basic Whitening 3 In 1 dulu, baru tahu hasilnya bagaimana. Guna Mylara Skincare juga.. Kena konsisten penggunaannya, InsyaAllah dapat kulit seperti yang diidamkan.



Catat Ulasan for "Kulit Berseri dengan Mylara Skincare Starter Kit Basic Whitening 3 In 1 "