Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ayam Goreng Mamak Buat Sendiri, Bikin Ketagih!

Ayam Goreng Mamak Air Tangan Sendiri



Setiap hari memasak, memang memerlukan seseorang menjadi kreatif. Sebolehnya, setiap hari nak masak menu yang berlainan tetapi mudah disediakan. Kalau asyik menu sama, jemu juga dibuatnya kan. Macam Mai, selalu juga buat ayam goreng rangup salut tepung. Kali ini ubah sedikit selera dengan menu ayam goreng mamak. 

ayam goreng mamak


Sedap tau ayam goreng mamak air tangan sendiri ni hehe. Makan seketul macam tak cukup je. Memang bikin ketagih ni hehe. Baunya juga wangi dengan rempah dan daun kari. Alhamdulillah, menjadi juga hasilnya dengan merujuk resepi ayam goreng mamak ini di laman web Rasa. Apa lagi.. jom buat...

Resepi Ayam Goreng Mamak


Bahan-bahan yang diperlukan:

Ayam secukupnya, dipotong dan dibersihkan
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
1 biji telur

resepi ayam goreng mamak


Cara membuatnya:

1. Kisarkan bawang putih, halia, cili kering, rempah kari, garam, telur dan lada sulah.
2. Masukkan bahan kisar tadi, tepung jagung dan tepung beras ke dalam bekas, digaul seketika.
3. Kemudian, masukkan bahan tadi dan daun kari ke dalam bekas berisi ayam dan gaul sehingga sebati bahan-bahan bersama ayam.
4. Setelah siap, perap ayam selama beberapa jam.
5. Selepas diperap beberapa jam, bolehlah digoreng. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Boleh mula menggoreng ayam. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata. Goreng sehingga masak.
6. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Boleh rujuk video ini untuk lihat cara membuatnya...



Suka sangat dengan bau ayam goreng mamak ni. Bau rempah dan daun kari, memang menyelerakan. Sedap sangat makan dengan nasi panas-panas. Kalau meratah saja pun boleh, tak sedar dah makan sampai berketul-ketul hehehe.

Bila dah reti buat sendiri ayam goreng mamak ni, rasa nak buat berkali-kali pula. Buat sendiri, puas hati sebab kena dengan tekak rasanya. Dapat berjimat lagi tu, sekali buat boleh dapat banyak hasilnya. Boleh makan banyak lagi tu haha. 

ayam goreng mamak


Jangan lupa cuba resepi ayam goreng mamak ini ya. Pasti anda juga akan ketagih dengannya 


Untuk mencuba pelbagai resepi sedap yang lain, anda boleh join Channel Telegram "Resepi Viral (👈klik) .

Ketahui banyak info menarik yang lain dengan join channel di bawah ini...

Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia


2 ulasan for "Ayam Goreng Mamak Buat Sendiri, Bikin Ketagih!"

  1. ya Allah menggoda nya warna dia tu ^_^

    BalasPadam
  2. wahhh nanti nak cubalah resepi ni. Nampak menyelerakan pulak

    BalasPadam