Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KFC, Pizza Hut Bersama Rakyat Malaysia Berjuang Menentang COVID-19

Usaha Murni KFC, Pizza Hut Menghulurkan Bantuan Kepada Barisan Hadapan



Waktu seluruh dunia diserang COVID-19, adalah waktu yang boleh dikatakan genting dan sukar bagi sesebuah negara. Ketika inilah setiap rakyat dalam sesebuah negara perlu bekerjasama bagi memutuskan rantaian wabak ini daripada terus menular. Tidak terkecuali, KFC dan Pizza Hut Malaysia juga memberikan sokongan mereka kepada barisan hadapan Malaysia dan masyarakat dalam situasi Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


kfc pizza hut bantu rakyat


Tempoh PKP adalah tempoh yang sepatutnya semua rakyat Malaysia bersatu padu berusaha untuk mengekang wabak COVID-19 daripada terus menyerang. Ia bukan mudah dilaksanakan tetapi dengan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, kejayaan melawan wabak ini bakal dikecapi.


order online pizza hut
Sumber foto Facebook Malaysia


Sepanjang tempoh PKP, seperti yang diperkatakan oleh pemilik KFC dan Pizza Hut Malaysia, QSR Brands (M) Holdings Berhad, mereka berjanji untuk menyajikan makanan kepada masyarakat dan meringankan kesusahan negara sepanjang tempoh tersebut. Bagusnya usaha mereka dalam membantu negara memerangi COVID-19! Ini merupakan satu amal yang sangat murni daripada mereka, yang boleh kita contohi juga.


kfc order
Sumber foto Facebook KFC


Daripada usaha ini, banyak pihak telah menerima makanan daripada KFC dan Pizza Hut Malaysia. Antaranya, pekerja kesihatan, anggota bomba, polis, media, dan pekerja perkhidmatan awam di barisan hadapan serta pelajar universiti dan komuniti yang kurang berkhidmat di lebih daripada 100 lokasi di 13 negeri di Malaysia. Syukur, dengan adanya usaha sebegini, mereka sama-sama dapat merasa nikmat yang tidak terhingga ini.

Usaha yang bagus ini bukan hanya untuk barisan hadapan tetapi ia juga untuk golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan serta kehilangan tempat tinggal di Kuala Lumpur. Untuk merealisasikannya, ia tidak hanya melibatkan penunggang mereka sendiri untuk menyampaikan makanan, KFC dan Pizza Hut Malaysia bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Di samping itu, QSR Brands juga membuat kerjasama strategik dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kedah, Penang Tithe, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Pusat Tithe Sabah, Jabatan Agama Islam Labuan, dan Lembaga Tithe Selangor telah melihat organisasi-organisasi ini berganding bahu untuk mengedarkan makanan kepada barisan hadapan dan golongan kurang berkemampuan sebagai tanggungjawab yang mereka pegang kuat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.


KFC Malaysia bantu anak yatim
Sumber foto Facebook KFC


Sepanjang tempoh PKP, ia mungkin menjadi waktu mencabar untuk sesetengah pihak. Sedikit sebanyak, ia mempengaruhi kehidupan seharian. Ada yang ke arah negatif, ada juga yang ke arah positif. Banyak juga berita yang menyiarkan tentang apa yang mereka alami. Ada yang kehilangan kerja kerana diberhentikan oleh majikan, ada yang tiada wang kerana gajinya kais pagi makan pagi. Kerana itu, bekalan makanan untuk keluarga tidak mencukupi pula. Dengan adanya bantuan seperti ini, ia pasti dapat meringankan beban penerima dan mengembalikan senyuman mereka.

Pizza Hut Malaysia
Sumber foto Facebook Pizza Hut


Barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, rela berkorban masa dan tenaga untuk memberi kemenangan kepada Malaysia dalam menentang COVID-19, wajar diberi penghormatan selayaknya. Jadi, pemberian makanan daripada KFC dan Pizza Hut ini adalah usaha daripada syarikat ini untuk berterima kasih kepada barisan hadapan seperti yang diperkatakan oleh Nehchal Khanna, Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Bhd. Perkara mulia yang telah dilaksanakan ini sedikit sebanyak memberikan kegembiraan kepada penerima.

Syarikat tersebut juga sentiasa menyokong rakyat Malaysia melalui masa yang getir ini semampu mereka. Yang pasti, mereka sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan dan keselematan rakyat Malaysia tidak terganggu dan standard kebersihan dipatuhi di semua restoran milik mereka.

Sesuai dengan garis panduan kesihatan, sosial, dan keselamatan pemerintah ketika tempoh PKP, KFC dan Pizza Hut Malaysia melancarkan ‘Contactless Delivery’ yang memastikan cara bebas hubungan antara penunggang makanan dan penerima. Kalau sebelum ini anda selalu membeli produk Pizza Hut di restoran, maka inilah masanya untuk kita memanfaatkan servis pizza delivery yang terus dihantar ke kediaman pelanggan. Nak buat tempahan juga mudah. Paling best boleh dibuat melalui aplikasi FoodPanda, apapun terpulanglah kepada pilihan masing-masing.


Foodpanda delivery
Sumber foto The Star


Syukur sangat apabila ada usaha sebegini untuk rakyat. Kita juga sepatutnya mencontohi apa yang mereka lakukan. Kalau kita tidak dapat beri banyak, sedikit yang ikhlas.. sudah memadai.


1 ulasan for "KFC, Pizza Hut Bersama Rakyat Malaysia Berjuang Menentang COVID-19 "

  1. covid 19 ujian kita bersama kan... bagus bila sama2 ambil peduli mcm ni,, terasa semangat bersatu utk susah senang sama2

    BalasPadam