Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Membeli-belah di CMASA, Boleh Menang Gold Bar!

Peraduan menang goldbar CMASA.MY 


Membeli-belah di CMASA, Boleh Menang Gold Bar! | Pada masa kini, aktiviti membeli-belah secara online semakin diminati oleh pelbagai lapisan umur. Mudah, menjimatkan masa dan tenaga. Umum mengetahui, terdapat pelbagai platform e-dagang yang ada di Malaysia. Salah satu daripadanya adalah CMASA. Pertama kali dengar nama ini. Apa CMASA tu ya?

CMASA YaPEIM


CMASA.my adalah satu inisiatif pasaran atas talian (online) yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). CMASA diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar-Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar-Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.

Patutlah banyak produk keluaran Islam di CMASA. Wah.. senanglah nak mencari barangan keperluan tanpa rasa ragu-ragu di situ. Macam-macam produk yang disediakan, antaranya produk makanan dan minuman, keperluan bayi, kesihatan dan kecantikan, perkakas rumah, haji dan umrah dan lain-lain lagi. 

CMASA.MY


Lagi menarik, dengan berbelanja di CMASA, semua berpeluang untuk memenangi gold bar tau! Kalau anda nak tahu, kini mereka sedang melangsungkan Peraduan CMASA.MY SHARE & MENANG GOLD BAR. Peraduan ini berlangsung sehingga 30 Jun 2020 ini. 

CMASA YaPEIM


ANDA NAK EMAS PERCUMA?

Jangan lengah lagi. Cepat sertai peraduan yang sangat mudah anjuran CMASA ini ya. CMASA sedang mencari 6 orang yang komited dan sangat bertuah untuk memberi hadiah emas terus kepada anda.

Untuk dapatkan emas ini, anda hanya perlu lakukan 3 LANGKAH MUDAH ini :

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce CMASA di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :

Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce cmasa.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE di FB Page rasmi di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :

Selepas anda menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan posting anda ditemui secara public.

BAGAIMANA CMASA MEMILIH PEMENANG ?

Mereka akan memilih 6 orang yang mempunyai :

LIKE
KOMEN
SHARE

paling tinggi dalam posting anda untuk dihadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada anda!

Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, ada 10 hadiah saguhati disediakan untuk anda! Jumlah hadiah yang akan diberikan terus kepada anda adalah sebanyak 16 hadiah! CMASA yakin anda yang sedang membaca posting ini adalah orang yang dicari untuk hadiahkan emas.

Tarikh tutup pencarian ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh mesej terus ke FB Page CMASA


CMASA YaPEIM


Jangan tunggu lama-lama ye...Siapa cepat dia dapat! Mai pun tak sabar nak sertai peraduan ini juga. Jom meriahkan sama-sama, mana tahu ada rezeki kita terselit di sini kan 😉


Catat Ulasan for "Jom Membeli-belah di CMASA, Boleh Menang Gold Bar!"