Aiskrim Oreo 3 Bahan, Lembut dan Sedap!
Aiskrim Oreo Homemade
Sedapnya dapat makan aiskrim dalam cuaca panas bukan? Memang nikmat rasanya. Lagi nikmat dan jimat kalau dapat buat sendiri hehe. Tak kisahlah sama ada aiskrim Malaysia, aiskrim batang atau aiskrim lembut.. sedap semuanya. Kali ini Mai nak kongsi cara membuat aiskrim Oreo sendiri. Aiskrim Oreo 3 bahan je tau.
Aiskrim Oreo ini Mai buat sebab ada baki whipping cream selepas membuat Burnt Cheesecake. Bahan yang lain pula memang ada di rumah. Lagipun cara untuk membuat aiskrim ini amat mudah. Yang menariknya, hanya menggunakan tiga bahan saja iaitu whipping cream, susu pekat manis dan biskut Oreo.
Jom buat aiskrim oreo sendiri!
Aiskrim Oreo 3 Bahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
700 ml whipping cream
7 sudu susu pekat manis (boleh ditambah lagi mengikut tahap rasa manis masing-masing)
20 keping biskut Oreo - dihancurkan
*Semua bahan di atas boleh dibuat mengikut kuantiti yang anda inginkan. InsyaAllah menjadi
![]() |
Bahan-bahan untuk membuat aiskrim Oreo |
Cara membuatnya:
1. Masukkan whipping cream ke dalam satu bekas, kemudian pukul menggunakan mixer.
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Setelah gebu, masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam bekas untuk disimpan di dalam peti sejuk bahagian beku.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Untuk lebih jelas tentang cara membuat aiskrim Oreo ini, boleh tonton video di bawah:
Wahhh...mudah lah.. Boleh try jugak ni.. Tapi nak kena beli whipping cream je
BalasPadamwahh sedapnya nampak macam aiskrim kat kedai.. mudah pulak tu.. hehe done subscribe channel yt
BalasPadamKalau gantikan milo pun boleh jugak ni..kan?? Oreo manis sangat budak2 ni tak suka.
BalasPadamtq sharing resepi aiskrim ni sis, mudah nak buat, anak-anak sure suka sangat ni
BalasPadamsng nya nak buat kan
BalasPadamBolehlah cuba resepi ini.. Mudah je 3 bahan..
BalasPadam