Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aiskrim Oreo 3 Bahan, Lembut dan Sedap!

Aiskrim Oreo Homemade



Sedapnya dapat makan aiskrim dalam cuaca panas bukan? Memang nikmat rasanya. Lagi nikmat dan jimat kalau dapat buat sendiri hehe. Tak kisahlah sama ada aiskrim Malaysia, aiskrim batang atau  aiskrim lembut.. sedap semuanya. Kali ini Mai nak kongsi cara membuat aiskrim Oreo sendiri. Aiskrim Oreo 3 bahan je tau.

aiskrim Oreo homemade


Aiskrim Oreo ini Mai buat sebab ada baki whipping cream selepas membuat Burnt Cheesecake. Bahan yang lain pula memang ada di rumah. Lagipun cara untuk membuat aiskrim ini amat mudah. Yang menariknya, hanya menggunakan tiga bahan saja iaitu whipping cream, susu pekat manis dan biskut Oreo.

Jom buat aiskrim oreo sendiri!


Aiskrim Oreo 3 Bahan


Bahan-bahan yang diperlukan:

700 ml whipping cream
7 sudu susu pekat manis (boleh ditambah lagi mengikut tahap rasa manis masing-masing)
20 keping biskut Oreo - dihancurkan

*Semua bahan di atas boleh dibuat mengikut kuantiti yang anda inginkan. InsyaAllah menjadi

aiskrim Oreo homemade
Bahan-bahan untuk membuat aiskrim Oreo


Cara membuatnya:

1. Masukkan whipping cream ke dalam satu bekas, kemudian pukul menggunakan mixer.
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Setelah gebu, masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam bekas untuk disimpan di dalam peti sejuk bahagian beku.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk lebih jelas tentang cara membuat aiskrim Oreo ini, boleh tonton video di bawah:



Mudah saja kan cara membuat aiskrim Oreo ini? Bila buat sendiri, dapat banyak hasilnya dan jimat hehe.

aiskrim Oreo homemade
Dapat banyak ini hasilnya

Selamat mencuba resepi aisrkrim Oreo 3 bahan ya!


6 ulasan for "Aiskrim Oreo 3 Bahan, Lembut dan Sedap!"

  1. Wahhh...mudah lah.. Boleh try jugak ni.. Tapi nak kena beli whipping cream je

    BalasPadam
  2. wahh sedapnya nampak macam aiskrim kat kedai.. mudah pulak tu.. hehe done subscribe channel yt

    BalasPadam
  3. Kalau gantikan milo pun boleh jugak ni..kan?? Oreo manis sangat budak2 ni tak suka.

    BalasPadam
  4. tq sharing resepi aiskrim ni sis, mudah nak buat, anak-anak sure suka sangat ni

    BalasPadam
  5. Bolehlah cuba resepi ini.. Mudah je 3 bahan..

    BalasPadam