Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Fudgy Brownies Kedut Kaya Rasa Coklat Mudah Dibuat

Fudgy Brownies Kedut Sedap Memikat


Sedapnya brownies 😋 Kalau Mai, suka brownies yang berkedut banyak pada permukaannya. Baru berselera nak menjamahnya hehe. Lagi best kalau teksturnya tidak seperti kek dan kurang manis. Kali ini, Mai ingin berkongsi resepi Fudgy Brownies Kedut Kaya Rasa Coklat yang sudah dicuba.


fudgy brownies simple sedap


Penggemar coklat pasti sukakan rasa brownies menggunakan resepi ini. Rasanya penuh bercoklat. Memang menjadi kegemaran Mai brownies seperti ini. Resepi ini Mai ikut seperti yang dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin yang berkongsi resepi brownies ini di Facebook. Senang saja cara untuk membuatnya.

Fudge brownies ini bertekstur lembab dan sedikit kerak yang sedap pada permukaannya. Kedutan yang terhasil juga cantik. Rasanya kaya dengan coklat. Bagi Mai, puas hati dengan resepi ini.

fudgy brownies recipe

Jom buat brownies yang sedap ini.. nyumssss

Resepi Fudgy Brownies Kedut Kaya Rasa Coklat


Bahan-bahan:

450g dark chocolate coin compound
100g tepung naik sendiri
130g mentega
180g gula perang
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur Gred A

Cara-cara membuatnya:

1. Kacau telur, esen vanila dan gula perang. Tak perlu sampai kembang, cukup sehingga gula hancur sahaja.
2. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah double boil.
3. Masukkan adunan coklat yang dicairkan tadi ke dalam adunan telur.
4. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung dan kacau lagi sehingga sebati.
Selepas itu, masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam loyang yang dilapik dengan parchment paper atau loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Untuk adunan ini, Mai guna loyang 10 inci.
5. Panaskan oven 150⁰C selama 10 minit sebelum mula membakar. Kemudian, masukkan loyang ke dalam ketuhar, bakar selama 1 jam pada suhu 150⁰C. Gunakan api atas bawah.
6. Siap! 


resepi fudgy brownies

Sedapnya! Kena buat lagilah nampaknya ni hehe. Anda juga boleh menonton video di bawah untuk lebih lanjut tentang cara membuat fudgy brownies ini.




Selamat mencuba! Kalau menjadi, beritahulah sini ya hehe


Catat Ulasan for "Fudgy Brownies Kedut Kaya Rasa Coklat Mudah Dibuat"