Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Butter Chicken, Ayam Masak Mentega yang Menyelerakan

Ayam Masak Mentega Mudah dan Sedap



Nak sediakan lauk apa ya untuk makan tengah hari? Kadang-kadang buntu juga dibuatnya memikirkan lauk apa yang hendak dimasak untuk makan tengah hari atau malam. Apa kata cuba resepi Butter Chicken atau Ayam Masak Mentega.

butter chicken


Mai suka sangat Butter Chicken. Bagi Mai, kena dengan tekak sendiri. Nak membuatnya juga mudah dan hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk disiapkan. Asal cukup bahan-bahannya, bolehlah buat Butter Chicken ini.

Butter Chicken atau Ayam Masak Mentega ini sedap dimakan ketika ia masih panas. Kalau sejuk, kuahnya menjadi sedikit pekat tetapi masih lagi sedap. Bab ini tidak perlu risau, panaskan sahaja ia.

Ate moh le kite membuatnye...

Resepi Butter Chicken, Ayam Masak Mentega


Bahan-bahan:
Isi ayam secukupnya, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, dicincang
1/2 biji bawang besar, dipotong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
Tepung Bestari pedas secukupnya
Sedikit tepung beras
Air secukupnya


Cara membuatnya:

Ayam goreng
1. Bancuh tepung Bestari pedas dan sedikit tepung beras dengan air secukupnya, digaul sebati. Setelah sebati, masukkan isi ayam dan gaul rata. Perap selama sejam.
2. Setelah diperap selama sejam, bolehlah goreng isi ayam. Masukkan isi ayam yang diperap tadi ke dalam sedikit tepung Bestari untuk salutan rangup dan gorengkan ia.
3. Goreng sehingga masak. Ketepikan sebentar setelah siap digoreng.


Kuah mentega
1. Masukkan mentega ke dalam kuali dan cairkannya.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan berwarna sedikit kekuningan.
3. Masukkan pula cili padi dan kacau.
4. Kemudian, masukkan daun kari dan kacau sehingga naik bau.
5. Selepas itu, masukkan susu cair dan kacau rata.
6. Masukkan keju dan kacau lagi sehingga sebati.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
8. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
9. Kacau sehingga kuah sedikit pekat.
10. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Boleh rujuk video di bawah untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya...



Mudah je kan? Bahan-bahannya anda boleh tambah atau kurangkan mengikut selera masing-masing. Kalau nak rasa pedas, boleh tambah lagi kuantiti cili padi.

Emmmm.. sedapnya! Butter chicken tau ayam masak mentega ini ngam sangat dimakan dengan nasi panas.. fuhhh. Kalau Mai, ratah saja pun boleh. Kemudian kuahnya dihirup. Nikmat betul hehehe.

butter chicken


Selamat mencuba resepi ini ya! Rasa sekali, pasti mahu lagi.


3 ulasan for "Resepi Butter Chicken, Ayam Masak Mentega yang Menyelerakan"

  1. Akak pun lebih suka ratah dari makan dengan nasi. heheh

    BalasPadam
  2. Sedap sungguh butter chicken ni. Anak-anak suka sangat!

    BalasPadam