Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Terjebak Aktiviti Berbasikal, Beli Mongoose Folding Bike 27 Speed

Beli Folding Bike Secara Online


Kini, aktiviti berbasikal semakin diminati ramai. Sana sini dengan basikal masing-masing. Ada yang menunggang basikal lipat atau folding bike, road bike dan juga mountain bike. Tidak kisahlah jenis basikal apa yang ditunggang, janji ia mendatangkan kebaikan kepada diri. Mai pula, Mongoose Folding Bike 27 Speed menjadi pilihan hati.


mongoose folding bike


Bila melihat orang lain berbasikal, seronok pula rasanya.. jadi teringin nak menunggang basikal juga. Akhirnya, Mai turut terjebak dengan aktiviti berbasikal ini. Sebenarnya dah lama merancang untuk membeli sebuah basikal lipat, dari tahun lepas lagi. Tapi asyik bertangguh je. Tahun ini menjadi juga rancangan untuk membelinya. Itupun secara online. Pergi ke kedai basikal terdekat dan bertanya tentang basikal lipat, rata-rata kehabisan stok! Laku keras betul. Yang ada stok pula, siap menaikkan harga.

Cari punya cari, akhirnya dapatlah pinang Mongoose Folding Bike 27 Speed berwarna putih di Shopee. Memang kena dengan bajet sendiri, harganya bawah RM850 termasuk caj penghantaran. Kalau lambat buat bayaran, putih mata sajalah jawabnya. Melepas ke tangan orang lain. Basikal lipat sekarang ini menjadi 'barang panas', sekali jual.. cepat saja habis. Kedai basikal di Shopee yang Mai beli dah habis stok. Anda boleh tengok di kedai Shopee yang ini kalau nak membeli Mongoose Folding Bike 27 Speed, KLIK DI SINI. Warna pun cantik-cantik semuanya. 


folding bike murah


Tak pernah dibuat Mai membeli basikal secara online, ini kali pertama. Alhamdulillah, bungkusan diterima dalam keadaan baik tanpa ada kerosakan. Siap dapat hadiah percuma dengan pembelian basikal lipat Mongoose 27 speed ini. Dapat kunci basikal dan lampu amaran pelbagai guna. Kira ok lah hadiah ini. 

Jom tonton video unboxing Mongoose Folding Bike 27 Speed yang Mai beli... 


Mai membeli basikal lipat ini untuk tujuan kesihatan. Lagi pula ia boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana saja. Kalau dapat kayuh sejam setiap hari pusing kampung, ok sangat dah. Nak harap aktiviti jogging, Mai tak berapa rajin sangat sekarang ini sebab tiada geng hehe. Maka, berbasikal lebih menjadi pilihan.

Mesti baca: Cara Penjagaan Basikal Supaya Sentiasa Dalam Keadaan Baik

Walaupun ia dibeli secara online, Mai tidak risau kerana sudah siap dipasang 95% . Selebihnya Mai hanya buka lipatan dan perlu memasang sendiri batang serta pelana basikal juga mengetatkan sedikit beberapa bahagian basikal supaya lebih selesa ditunggang.

Basikal lipat Mongoose frame aloi yang dibeli ini memiliki 27 speed gear Shimano dan set brek hidraulik. Bagi Mai, rasa selesa dengan menunggang basikal ini. Nak menaiki bukit juga rasa mudah dan tidak berat. Bolehlah mengayuh setiap hari. 


basikal lipat


Apa lagi.. basikal sudah ada depan mata, moh le kite mengayuh bersama-sama! Kayuh untuk sihat. Bila dah mula mengayuh tu, jangan lupa tentang keselamatan diri. Berkayuhlah di tempat yang selamat dan pakai topi keledar. Jadilah pengayuh yang bertanggungjawab ok 😉


7 ulasan for "Terjebak Aktiviti Berbasikal, Beli Mongoose Folding Bike 27 Speed"

  1. Aktiviti berbasikal dan berlari skrg mcm dh jd 1 trend...prkmbangan yg baik

    BalasPadam
  2. wah bagus cycling ne utk badan sihat kan kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye betul.. mengurangkan stress juga ;)

      Padam
  3. selamat mengayuh basikal mai!

    BalasPadam