Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman dan Tips Lulus Peperiksaan Online, Temuduga SPA

Rujukan Terbaik Peperiksaan Online SPA dan Temuduga SPA



Temuduga kerja adalah salah satu pengalaman menarik yang dirasai oleh hampir semua orang. Ada yang senang, ada yang susah. Ada juga temuduga yang tidak terjangka seperti Mai pernah menghadiri temuduga dengan membuat slide presentation dan membentangkannya di depan orang atasan syarikat. Mau tak gementar... fuhhhh. Menjawab peperiksaan online dan temuduga SPA juga Mai pernah hadiri.

Teringat waktu dulu.. Mai pernah mendapat panggilan temuduga SPA latihan separa perubatan, Penolong Pegawai Farmasi dan juga jawatan Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) Gred N17. Kedua-dua sesi temuduga tersebut Mai pergi.


temuduga SPA


Daripada pengalaman sendiri, soalan yang ditanya ketika sesi temuduga latihan separa perubatan Penolong Pegawai Farmasi, agak mencabar juga. Lebih kurang 20 minit ditemuduga. Mula-mula yang ditanya mestilah maklumat tentang diri. Kemudian, ditanya tentang tugas. Yang mencabarnya, apabila ditanya soalan berkaitan Biologi. Seingat Mai, soalannya seperti fungsi buah pinggang, beza HIV dan AIDS. Yelah, masa tu tak jangka soalan sebegini yang akan ditanya. Mujur masih ingat apa yang pernah belajar dulu walaupun ada jawapan yang Mai berikan tersilap sikit hehe.

Ini pula pengalaman temuduga jawatan Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) Gred N17. Alhamdulillah Mai telah mendapat panggilan temuduga melalui emel selepas sebulan mendapat keputusan lulus peperiksaan online. Antara yang ditanya seperti, maklumat diri, tentang tugas - kenapa nak kerja dalam jawatan tu, soalan pengetahuan am tentang negeri. Yang ini lagi sempoi, 10 minit je rata-rata masa temuduga untuk setiap calon. Memang laju.

Walaupun keputusan untuk kedua-dua temuduga di atas tidak berjaya, tapi ini adalah pengalaman berharga untuk diri sendiri. Bolehlah dikongsikan dengan orang lain kan.

Peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) juga Mai pernah jawab. Yang ini boleh tahan mencabar soalan-soalannya. Boleh dikatakan yang susah jika dibandingkan dengan yang Mai pernah jawab untuk jawatan Pembantu Tadbir. Pengetahuan tentang tugas, pengetahuan am, Matematik, Bahasa Inggeris dan psikometrik. Sampai tak sempat nak jawab beberapa soalan heeeee. Mungkin Mai sendiri kurang persediaan waktu itu.


Tips Lulus Peperiksaan Online dan Temuduga SPA


Jika diamati, jawatan dalam sektor kerajaan menjadi rebutan ramai. Mana tidaknya, jumlah calon untuk sesebuah peperiksaan online untuk sesebuah jawatan ramai bilangannya.

Dalam beribu pemohon bagi sesebuah jawatan, amat beruntung jika anda menjadi salah seorang calon yang sudah mendapat panggilan untuk menjalani peperiksaan online SPA. Ini bermakna, selangkah kaki sudah ke hadapan. Mestilah seronok bukan? Tapi apa yang perlu dibuat jika mendapat panggilan ini?


peperiksaan online SPA


Sudah semestinya calon perlu membuat ulangkaji tentang bidang jawatan yang dipohon dan pelbagai soalan lain yang berkaitan. Jenuh juga nak buat ulangkaji tentang tugas dan pengetahuan am kan. Bikin menggelabah jadinya. Terlalu banyak andaian soalan yang muncul di fikiran sampai menimbulkan rasa gementar.

Fuhh.. pening juga dibuatnya. Mulalah kelam kabut membaca itu dan ini kan. Dalam masa yang sama, perasaan risau juga datang. Opsss berhenti dulu! Hadapinya dengan tenang ok.. barulah lancar. Pertama sekali, senyum sewaktu melihat panggilan peperiksaan tersebut, fikir ini satu peluang besar untuk anda. Kemudian, susun satu persatu topik apa yang mahu dibuat ulangkaji. Nak lagi mudah, anda rujuk blog AtokPencen.com. Macam-macam soalan peperiksaan online SPA berkaitan sesuatu jawatan ada di situ yang sangat bagus untuk anda ambil tahu. Baca dan hadam, InsyaAllah melekat dalam minda.


panggilan peperiksaan online SPA
Panggilan peperiksaan online SPA


Dalam peperiksaan online tersebut, bukan hanya ditanya tentang tugas sesuatu jawatan sahaja. Ada bahagian soalan yang lain dalam peperiksaan online SPA seperti soalan daya menyelesaikan masalah, kefahaman Bahasa Inggeris, pengetahuan am dan psikometrik. Macam banyak je ni kan.... Tapi jangan risau ya. Dengan persediaan yang cukup dan study pelbagai soalan di Blog Tips Kerjaya atau AtokPencen.com, InsyaAllah pelbagai soalan boleh dijawab dengan tenang dan lancar. 

Kalau masih 'kabur', tutorial cara-cara menduduki peperiksaan SPA juga disediakan untuk anda di Blog Tips Kerjaya. Langkah demi langkah anda boleh ikutinya

Apabila soalan peperiksaan online SPA telah dijawab sempurna, pasti rasa lega dan puas hati bukan? Namun, gementarnya masih ada. Perlu menunggu keputusan. Jika lulus, Alhamdulillah. Ini bermakna, peluang untuk mendapat jawatan yang diidamkan semakin cerah. Selepas ini, sesi temuduga pula menanti anda.


keputusan peperiksaan online SPA
Keputusan Peperiksaan Online SPA


Ingat.. kalau anda mendapat panggilan peperiksaan online SPA, buat je persediaan untuk menghadapinya. Lulus atau tidak keputusannya, belakang cerita. Yang penting usaha. Mana tahu rezeki anda ada di situ. Kerja anda ialah study je soalan-soalan sambil mengambil tahu tips penting menjawabnya seperti yang anda boleh dapatkan di Blog Tips Kerjaya dan AtokPencen.com.


18 ulasan for "Pengalaman dan Tips Lulus Peperiksaan Online, Temuduga SPA"

  1. Balasan
    1. Kena rajin praktis jawab soalan dan try set masa. Kalau tak sempat jawab masa exam, takpela nak buat macam mana kan heeee

      Padam
  2. wahh, tak apa. rezeki ada lagi ditempat lain. kaella dah berapa kali dapat join exam online spa tapi tak pernah lagi dapat keputusan berjaya hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya pengalaman berharga. Yang penting cuba dulu kan ;)

      Padam
  3. Bagus tips ni Mai. Tambahan pula Mai tulis atas pengalaman Mai sendiri.

    BalasPadam
  4. Pengalaman temuduga SPA memang mendebarkan kak? Saya dulu apply Juruteknik Komputer dan lagi satu jawatan Pegawai Tadbir. Dua temuduga ni berasingan dan pergi pun back to back KL Putrajaya. Effort kita nak kerja kerajaan kan. Hehehe. Debaran nak interview lepas Diploma memang seram kak. Saya siap menangis lepas habis interview. Sebab tak sangka apply kerja government. Pegawai Tadbir tu saya tak dapat. Saya dapat Juruteknik Komputer. Masuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Bertugas di sekolah. Cuma, masa tu saya tiada duit utk ulang alik kerja dan sering tukar-tukar lokasi sekolah. Saya takda kenderaan. Saya lepaskan jawatan tersebut. Sedih juga, tapi takpelah. Saya takmo kehadiran saya tak cun dan ganggu prestasi kerja sebab sakit kaki berjalan jauh. Dari rumah ke lokasi tempat kerja perlu naik dua jenis LRT berlainan. Sedih sangat lepaskan jawatan tu sebab struggle interview tu kita je tahu betapa sukar kan. Dah 9 tahun berlalu. Pengalaman. Akak jangan give up k.

    BalasPadam
  5. Lepas diploma, LH ada mohon spa. Lama juga lah sampai setahun, dah enroll degree dapat pula emel dari spa. Tapi tak sempat nak jawab soalan online sebabnya masa tu kena balik dari kedah ke pahang. Sayang sangat. Yang kali kedua pula terlepas tak tengok emel. Sedih gila

    BalasPadam
  6. Sisyat sendiri ada pengalaman iv SPA ni berkali2 sejak 2011. Mcm2 jawatan..Sehingga give up dah nk g iv.
    Tapi pegi jugak lg. 2017 pergi iv lagi, then baru ada rezeki masuk as penjawat awam 🤦‍♀️.

    BalasPadam
  7. Yeah......I dah toga kali dok exam PTD and skali dok exam utk jawatan EO N29. But all failed. Sigh 😔 I pun day give up on kejer government. Rasa nyer Allah S.W.T day janjikan rezeki yg lebih baik. Insya’Allah. All the best to those yg nak kejer kerajaan ya.

    BalasPadam
  8. love it - this is so important. thanks for sharing this informative article! :)

    BalasPadam
  9. wah! tq sebab share tips ni .dah lama dah tak baca SPA dulu rajin gak baca sangat berguna entry ni!

    BalasPadam
  10. kita dah putus ada pergi temuduga kerajaan ni hurmm memang tak akan dapat susah melainkan ada orang dalam hehehe kita selesa dan Alhamdulillah dengan kerja yang ada sekarang...

    BalasPadam
  11. Thanks for the information sharing, now i know actually its not easy to get into government job also.

    BalasPadam
  12. Pernah ikut my friend buat ujian online ni.. Soalan dia memang mencabar and masa untuk each soalan pulak singkat bethol...

    BalasPadam
  13. Informasi yg sgt berguna.. AM xpenah lagi apply SPA.. dah serasi dgn cara kerja org swasta nie..

    BalasPadam
  14. Tak apa Mai, rezeki tu ada aje di mana, janji ada gak merasa duduki peperiksaan tu dan see, Mai boleh share plak pengalaman dan tipsnya..good job!

    BalasPadam
  15. Saya lebih 10 kali dpt email dari spa. Tapi satu pun tak lepas 😂😂😂

    BalasPadam