Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puding Rich Chocolate, Lembut dan Penuh Rasa Coklat

Puding Coklat Lembut Padu Rasa Coklat



Sedapnya makan puding yang sejuk, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas kan. Rasa nikmat sangat. Dapat pula puding kegemaran. Kalau Mai, lebih suka yang ada coklat contohnya puding coklat. Baru-baru ini, Mai mencuba buat puding coklat tapi jenis yang lebih lembut dan rasanya sangat bercoklat. Setelah mencuba puding rich chocolate yang dibuat sendiri tempoh hari, memang kena dengan tekak rasanya. Sedap!


puding rich chocolate


Puding rich chocolate ini bukan seperti puding coklat biasa. Teksturnya lebih lembut dan rasanya penuh coklat. Penggemar coklat patut mencuba puding ini. Sekali rasa, pasti mahu makan lagi. 

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding ini juga mudah. Yang penting, cara untuk membuat puding rich chocolate sangat mudah. Kanak-kanak pun boleh buat sendiri tau hehehe.


resepi puding coklat


Ok, jom cuba resepi mudah dan sedap ini!

Resepi Puding Rich Chocolate


Bahan-bahan:

16 gram serbuk agar-agar (2 bungkus agar-agar jenama Nona)
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan + 2 sudu besar cawan serbuk koko
1 cawan + 2 sudu besar gula
1/2 cawan + 2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar mentega
5 sudu besar tepung jagung
6 cawan air 

* Sukatan diatas menggunakan cawan metrik.

Cara membuatnya: 

1. Masukkan air ke dalam kuali atau periuk.
2. Kemudian, masukkan gula, susu tepung, serbuk agar-agar, tepung jagung, serbuk coklat, garam, dan esen vanila.
3. Kacau semua bahan sehingga sebati dan larut. Adunan perlu dikacau selalu supaya kesemua bahan sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan pula mentega dan kacau lagi sehingga pekat.
5. Tutup api dapur setelah adunan menjadi pekat.
6. Tuang adunan ke dalam acuan.
7. Sejukkan seketika pada suhu bilik.
8. Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk lebih jelas tentang cara membuatnya, anda boleh menonton video di bawah ini...






puding rich chocolate
Nyumsss sedapnya!


Senang saja cara membuatnya bukan? Buat puding ini hanya mengambil waktu yang singkat saja untuk siap. Campak-campak bahan, kacau dan siap hehe..

Selamat mencuba buat puding rich chocolate ini ya 😉


Anda boleh join Channel Telegram "Resepi Viral (👈klik) untuk mencuba pelbagai resepi ya.

Untuk pelbagai info menarik yang lain, anda boleh join channel di bawah ini...

Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia


5 ulasan for "Puding Rich Chocolate, Lembut dan Penuh Rasa Coklat"

  1. benar !! ini kalau tngh2 hari makan nikmatnyaaa lahai..
    tngh2 panas tu kan makan benda sejuk !!

    BalasPadam
  2. elegan dan mewah sekali ha!

    BalasPadam
  3. Sedapnya nampak..coklat memang feveret saya.

    BalasPadam