Resepi Biskut Cornflakes Cip Coklat Rangup
Biskut Cornflakes Choc Chip Rangup
Ummpphhh sedapnya biskut cornflakes cip coklat! Rangup je bila digigit. Bertambah sedap sebab ada cip coklat dalamnya. Biskut ini bukan saja sesuai dihidingkan ketika musim perayaan saja, ia juga sesuai dimakan pada bila-bila masa.
Buat biskut sendiri lebih jimat bukan? Itu sudah semestinya. Pada sesiapa yang ada masa lapang, bolehlah buat biskut ini sendiri kerana lebih jimat dan dapat banyak hasilnya. Daripada yang Mai pernah buat, satu adunan boleh dapat 100 biji lebih.
Tahan lama tak biskut cornflakes cip coklat ni? Selalunya biskut ini tak tahan lama dalam balang, yelah sebab asyik nak makan je kan. Habis cepatlah jawabnya haha 😆
RESEPI HOT: Cornflakes Madu - Kuih Raya Mudah
Ok ok.. Jom buat biskut cornflakes sedap ini!
Resepi Biskut Cornflakes Cip Coklat Rangup
Bahan-bahan:
250 gram mentega (Buttercup pun boleh)
120 gram gula kastor (boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa masing-masing)
2 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
160 gram cornflakes (diramas kasar) - Beli cornflakes online di sini
1 cawan cip coklat
Bahan-bahan yang perlu diayak:
210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1. Panaskan oven.
2. Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur kuning dan esen vanila, kacau sebati.
4. Masukkan cornflakes, bahan ayak tadi dan cip coklat. Kaup balikkan adunan.
5. Apabila sudah sebati, rehatkan doh dalam peti sejuk.
6. Ambil sesudu adunan, bulatkan dan golekkan ke dalam cornflakes yang diramas sedikit.
7. Letak di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega.
8. Bakar pada suhu 170 ⁰C selama 25 minit menggunakan api atas bawah sehingga berwarna keemasan (suhu dan masa adjust mengikut oven masing-masing ya).
9. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.
8. Bakar pada suhu 170 ⁰C selama 25 minit menggunakan api atas bawah sehingga berwarna keemasan (suhu dan masa adjust mengikut oven masing-masing ya).
9. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.
Untuk lebih terperinci tentang cara membuatnya, anda boleh menonton video di bawah ini...
Bagaimana? Mudah saja cara untuk membuatnya bukan? Biskut cornflakes cip coklat ini, sekali makan pasti mahu lagi hehe. Rasanya yang sedap dan rangup cornflakes memang terasa. Ditambah pula dengan cip coklat, membangkitkan lagi rasanya.
Sedapnya! Selamat mencuba resepi mudah ini ya 😉
nice sharing, boleh cuba nanti :)
BalasPadamselamat mencuba ya ;)
PadamSedapnya biskut cornflakes cip coklat. Aromanya memang menggoda waktu dibakar. Terasa macam raya pulak.
BalasPadamSedapnya, selalu makan time raya jer. Tapi best juga dapat makan time skrg ni
BalasPadam