Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kek Milo Lembap, Boleh Dibakar atau Dikukus

Kek Milo Moist Sedap



Siapa suka minuman Milo, angkat tangan! Pasti ramai yang menggemarinya bukan? Teringat pula masa kecil dahulu, suka sangat meratah serbuk Milo begitu saja. Mujur sekarang ini dah insaf haha. Milo bukan saja sedap untuk diminum, ia juga boleh dibuat dalam pelbagai masakan seperti puding dan kek. Sedapnya kek Milo! Mai dah buat dan makan, memang tak cukup sepotong hehe.


resepi kek milo bakar kukus


Kek Milo ini mudah saja cara untuk membuatnya. Caranya sama saja seperti membuat kek coklat. Mai gantikan serbuk coklat dengan serbuk Milo dan hasilnya memang sedap. Wangi je bau ketika dibakar.. nyumsss. 

RESEPI HOT: 10 Resepi Kek Tanpa Telur, Pasti Jadi

Bahan-bahan untuk membuat kek ini juga mudah didapati. Jadi tunggu apa lagi.. jom buat kek Milo yang sedap ini 😉

Resepi Kek Milo Lembap


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan Milo - beli Milo secara online di sini
1/2 cawan gula perang (boleh dikurangkan, mengikut kesesuaian rasa masing-masing)
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
3 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

resepi kek milo moist


Cara membuatnya:

1. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Setelah siap, ketepikan seketika.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula perang. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan serbuk Milo dan gaul rata.
5. Masukkan pula tepung yang sudah diayak, sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
6. Masukkan minyak jagung dan kacau lagi. 
7. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau lagi supaya sebati.
8. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega. Hentakkan sedikit untuk menghilangkan gelembung udara.
9. Panaskan oven pada suhu 180⁰C selama 10 minit.
10. Bakar pada suhu 180⁰C selama 40 minit (mengikut oven masing-masing)
Selain membakar, anda juga boleh mengukus. Kukus dengan api sederhana sehingga masak.

Anda boleh menonton video di bawah ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya...



Ummphh.. sedapnya kek milo ini! Sepotong memang tak cukup heeee. Kena pula dengan teh O panas tanpa gula. Tak sedar dah makan banyak hehe.

cara buat kek milo mudah


Jangan lupa cuba resepi kek yang sedap dan mudah ini ya. Selamat mencuba!


1 ulasan for "Resepi Kek Milo Lembap, Boleh Dibakar atau Dikukus"