Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kek Nestum Cip Coklat Gebu dan Lembut

Kek Nestum Gebu dan Lembut untuk Minum Petang


Sedapnya kalau dapat makan kek yang simple untuk minum petang kan. Kena pula dengan teh O kurang manis, memang ngam! Disebabkan teringin sangat, maka terhasillah kek nestum cip coklat gebu dan lembut. 

kek nestum choc chip


Ketika membelek bahan-bahan untuk dibuat kek di dapur, terpandang bekas berisi nestum yang masih penuh. Fikir punya fikir, Mai terus mencapai telefon dan mencari resepi kek nestum di carian Google. Maka, dapatlah resepi yang dikongsikan oleh saudari Wani Sukarno di blog miliknya. Senang kerja kerana dalam resepi tersebut, kuantiti bahan-bahan disediakan dalam sukatan cawan dan juga gram. 


Setelah diamati resepi tersebut, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek nestum memang sedia ada di rumah. Cip coklat pula masih berbaki sedikit, maka Mai jadikan ia hiasan untuk ditabur di atas permukaan kek. Bertambah serinya bila ada hiasan pada kek kan hehe.

Ok lah, jom buat!

Resepi Kek Nestum Cip Coklat


Bahan-bahan:
Ikut Sukatan Cawan Dan Gram

250 gram mentega (1 cawan)
225 gram gula halus (1 cawan)
4 biji telur gred A
220 gram tepung gandum (1 3/4 cawan)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
80 gram Nestum (1 cawan)
75 ml susu cair ( 1/3 cawan )
Cip coklat secukupnya

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ayak sebanyak 2 kali. Setelah siap, ketepikan seketika.
2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang dan bertukar warna. 
3. Kemudian, masukkan telur satu per satu. Putar telur setiap biji dengan anggaran 1 minit.
4. Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar rata sekejap.
6. Masukkan pula tepung yang telah diayak tadi dan putar rata seketika. Berselang seli dengan susu cair, putar rata juga. Buat sehingga tepung dan susu habis.
7. Setelah siap, masukkan nestum sedikit demi sedikit dan kaup balikkan adunan.
8. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang telah disapu mentega atau di alas dengan baking paper.
9. Ratakan adunan di dalam loyang.
10. Akhir sekali, taburkan cip coklat secukupnya. Kalau nak nampak cip coklat timbul selepas dibakar, gaul cip coklat dengan sedikit tepung. Kemudian tabur di atas permukaan adunan di dalam loyang.
11. Panaskan ketuhar pada suhu 150⁰C selama 10 minit.
12. Bakar pada suhu 150⁰C selama 45 hingga 50 minit (suhu dan masa boleh adjust mengikut ketuhar masing-masing).

Kalau anda nak masukkan cip coklat dalam adunan juga boleh. Masukkan selepas nestum, kemudian gaul sebati saja.

Untuk lebih jelas tentang cara membuatnya, anda boleh menonton video di bawah ini..


Dalam video ini, Mai menggunakan loyang 10 inci. Kalau anda mahu kek nampak lebih tinggi, boleh gunakan loyang 8 inci.


Ummpphh.. Sedapnya kek nestum ini! Gebu, lembut dan sedap hasilnya. Wangi baunya ketika dibakar, berbau nestum susu. Ditambah pula cip coklat, bertambah sedap. Makan sepotong memang tak cukup hehehe.

kek nestum viral


Anda jangan lupa untuk mencuba resepi kek nestum ini ya. InsyaAllah menjadi dan sedap. Selamat mencuba!


3 ulasan for "Resepi Kek Nestum Cip Coklat Gebu dan Lembut"