-->

Cara Lebatkan Buah Mulberry dengan Mudah, Memang Berkesan





Cara Lebatkan Buat Mulberry


Buah mulberry memang sedap dimakan begitu sahaja. Ia sering digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman. Mai memang suka. Petik terus dari pokok, bilas sekejap dan makan. Dulu Mai tak reti menjaga pokok ini, buah pun susah nak ada. Tapi bila dah tahu cara mudah lebatkan buah mulberry, Alhamdulillah lebat jadinya!

cara lebatkan buah mulberry


Pokok mulberry bukan saja senang dijaga, cara penanamannya juga mudah. Nak tanam di dalam pasu juga boleh. Ia ditanam melalui keratan batang. Mai tak pasti pula berapa lama ia akan naik meninggi dan tumbuh daun, tapi InsyaAllah memang menjadi. Batang yang kecil pun sudah boleh membuahkan hasil jika betul penjagaannya.

pokok mulberry


Seronok rasanya bila tengok pokok mulberry berbuah lebat dengan warnanya yang cantik. Buah mulberry yang sudah masak, bewarna kehitaman.. manis rasanya. Boleh juga dibuat jus, kuih-muih, kek dan lain-lain lagi. Kalau warnanya masih merah, rasanya masam. Tapi tetap ada yang menggemarinya.



buah mulberry
Buah mulberry hampir masak penuh, masih ada warna merah.
Kalau hitam kesemuanya, baru betul-betul manis


Ramai peminat buah ini. budak-bukan memang suka. Kalau datang beraya di rumah, itulah yang mereka hadap dulu hehe. Burung pun suka sangat dengan buah ini kerana warnanya yang menarik. Selalu juga nampak burung datang bertenggek pada dahan pokok mulberry sambil makan buahnya. 


Cara Melebatkan Buah Mulberry


Jadi, macam mana cara untuk melebatkan buah mulberry ? Mudah saja.. jom ikuti langkah di bawah ini.

1. Sebaiknya, jangan biar pokok mulberry tumbuh terlalu tinggi. Nanti susah dijaga. Biarkan pokok tumbuh sehingga paras kita sahaja supaya senang dijaga. Jangan risau, walaupun pokok pendek, buahnya nanti akan lebat dan banyak.

2. Jika nampak ada dahan yang sudah panjang tapi tiada putik padanya, potong pendek dahan tersebut. Nanti dahan baru akan tumbuh di situ.

3. Kerap buang daun. Buang daun yang rosak dan juga daun yang yang elok. Tinggalkan sedikit sahaja daun yang elok pada pokok mulberry. Tak lama selepas itu, InsyaAllah tumbuh putik.

putik buah mulberry
Putik buah mulberry


4. Apabila putik sudah muncul, buang sedikit daun pada pokok. Kemudian, tunggu saja sampai berbuah.

5. Jangan lupa siram pokok ya.

Ok.. itu sahaja 😉

Inilah cara yang Mai selalu buat pada pokok mulberry. Tiada petua yang lain. Alhamdulillah memang berbuah lebat. Geram tengok buahnya! 

buah mulberry


Kalau anda lihat pokok mulberry di rumah jarang mengeluarkan buah, bermakna anda telah mengabaikannya. Kesian dia, sampai merajuk tak mahu berbuah heee. Jangan risau, ikut saja cara melebatkan buah mulberry ini, InsyaAllah menjadi.


Catat Komen

1 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)