Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
Honey Butter Cornflakes Bikin Ketagih!
Sedapnya mengunyah Honey Butter Cornflakes rangup ketika menonton televisyen, tak sedar sudah habis sebalang hihi. Kalau di rumah Mai, ia menjadi salah satu juadah wajib ada di rumah yang dihidangkan pada Hari Raya. Memang ramai peminatnya.
RESEPI HOT: Resepi Cornflakes Madu Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
Mai sangat suka dengan rasa Honey Butter Cornflakes, sudah pasti rasanya sedap! Ia tidak begitu manis dan tidak melekit seperti Cornflakes Madu. Sekali cuba, terus jatuh cinta dengan rasanya 😍 Belum lagi simpan masuk balang, dah 'ngap' beberapa ketul dulu hehehe.
Cara untuk membuatnya pula mudah saja. Cukup bahan-bahannya, bolehlah membuatnya. Resepi sedap dan ringkas ini Mai rujuk daripada perkongsian saudari Nina Diana yang berkongsi di Facebook. Jom buat!
Honey Butter Cornflakes Rangup
Bahan-bahan:
500 gram cornflakes - beli cornflakes secara online di sini
250 gram mentega
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar madu
1 biji kuning telur
1/2 cawan gula halus (boleh tambah atau kurangkan)
Boleh tambah chocolate rice atau apa-apa hiasan yang sesuai jika mahu.
Cara membuatnya:
1. Pukul gula halus dan mentega menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Kemudian, masukkan kuning telur, susu pekat manis dan madu.
3. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan sebati.
4. Setelah adunan kembang dan sebati, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit.Gaul rata dan sebati.
5. Apabila adunan sudah rata dan kena pada semua cornflakes, sudukan ke dalam cawan kertas.
6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150⁰C selama 10 minit.
7. Bakar pada suhu 150⁰C selama 10 minit (suhu dan masa adjust mengikut oven masing-masing ya, jangan bakar sampai hangus pula. Cukup sampai rangup.)
8. Setelah siap dibaka, biarkan Honey Butter Cornflakes sejuk seketika. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara.
Anda juga boleh menonton video di bawah ini untuk lebih jelas tentang cara membuatnya...
Senang saja kan cara untuk membuatnya? Nak buat makan hari-hari pun boleh tau. Tak perlu tunggu waktu raya untuk membuatnya hehe. Kalau dah makan seketul, pasti nak lagi. Sampai tak boleh berhenti mengunyah dibuatnya haha.
Ok lah.. selamat mencuba resepi mudah ini ya!
nampak cantik kejadiannya
BalasPadamtentu sedap
sedapnyaaa. ni kalau makan sambil tngok tv, mau satu balang habis pun x sedar..
BalasPadam