Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puding Roti Pandan, Lembut dan Sedap!

Puding Roti Pandan Bakar dan Kukus


Puding roti adalah salah satu manisan yang mudah dibuat. Rasanya sudah pasti sedap. Sebelum ini, Mai selalu buat yang biasa saja iaitu puding roti sos kastard. Kali ini mencuba resepi baru pula, puding roti pandan bakar. 


puding roti pandan


Sedapnya puding rasa pandan ini! Rasa dan bau pandan memang ngam. Harum bau pandan tersebar ke setiap pelosok rumah ketika dibakar. Jatuh cinta terus selepas suapan pertama hehe. Teksturnya lembut. Ia sangat sedap dimakan begitu sahaja, tidak perlu sos kastard.

Cara untuk menyediakan puding roti pandan bakar ini mudah sahaja. Jenguk di dapur, melihat bahan-bahannya semua sudah tersedia. Daun pandan pula ada ditanam di tepi rumah. Apa lagi, terus sediakan perkakas untuk membuatnya. Resepi mudah ini Mai rujuk di blog Azie Kitchen dan Mai olah sedikit resepinya. Dalam perkongsian tersebut, kaedah yang digunakan adalah mengukus. Tapi Mai membakarnya di dalam oven.

RESEPI HOT: Puding Rich Chocolate, Lembut dan Penuh Rasa Coklat

Untuk puding roti pandan ini, Mai tidak menggunakan sebarang pewarna atau perisa. Cukup menggunakan warna dan rasa asli daun pandan. Tapi kalau daun pandan agak sukar ditemui, boleh saja menggunakan emulco pandan, pewarna hijau atau perisa pandan yang ada dijual di kedai bakeri atau di mana-mana kedai serta pasar raya berhampiran.

Ok, jom buat puding yang sedap ini!


Resepi Puding Roti Pandan


Bahan-bahan:

Sebuku roti Gardenia Original Classic pendek (tidak perlu buang kulit tepi)

15 helai daun pandan

200 ml santan kotak

2 1/2 cawan air

2 biji telur

3/4 cawan gula pasir

1 sudu teh esen vanila

Sedikit garam

Sedikit pewarna hijau jika mahu (Mai tidak menggunakannya, hanya guna warna asal pandan)


puding roti pandan
Bahan-bahan untuk membuat puding roti pandan


Cara membuatnya:

1. Bersihkan daun pandan, kemudian dikerat kecil. Kisar dengan air. Setelah siap, tapis untuk mendapatkan jusnya.

2. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan pula ke dalam pengisar dan kisar sehingga gula hancur. Tapi di dalam mangkuk besar tadi.

3. Rendamkan roti sekeping demi sekeping dalam adunan tadi kemudian susun di dalam loyang. Buat sehingga habis. Penyekkan sedikit roti di dalam loyang tersebut supaya rata permukaannya. Tuang lebihan adunan atas roti.

4. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 150 . Kemudian, bakar pada suhu 150 selama 50-60 minit (suhu dna masa sila adjust mengikut oven masing-masing ya).

5. Siap! Boleh dihidangkan panas-panas atau sejuk. Untuk menikmatinya ketika ia sejuk, simpan dalam peti sejuk.

Anda boleh menonton video di bawah ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya. Jangan lupa subscribe ya hehe


Mudah je kan cara untuk membuatnya? Selain daripada membakar, anda juga boleh mengukus. Kukus dengan api sederhana sehingga masak.

Ummpphhh sedapnya! Mai suka makan puding roti pandan ini ketika ia masih panas, nikmat sangat hehe. Kalau sejuk pun sedap tau. Rasa macam makan kek yang lembut je. nyummmmsss

puding roti pandan
Rupa selepas dibakar. Yummmmy!


Ada masa nanti, jangan lupa untuk mencuba resepi  puding roti pandan ini ya. Selamat mencuba!


5 ulasan for "Puding Roti Pandan, Lembut dan Sedap!"