Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Beli Biskut Raya Cookies Vibe Online, Senang Kerja!

Biskut Raya Order Online



Sedang ralit membuat kerja menghadap komputer, boleh pula teringat pada kuih raya. Terbayang.. sedapnya kalau dapat makan sambil buat kerja hehe. Teringin nak makan kuih raya sedap, tapi kurang rajin pula nak buat pada waktu bukan raya ini hihi. Fikir punya fikir, beli biskut raya Cookies Vibe online sajalah.. senang. Buka website Cookies Vibe jawabnya. Di laman web tersebut, pilih saja mana-mana biskut  atau snek yang berkenan di hati kemudian terus buat bayaran. Memang senang kerja kan.

kuih raya Cookies Vibe


Sebenarnya risau juga apabila memesan biskut secara online. Bukan apa, risau dapat biskut yang sudah hancur dan menjadi serdak saja apabila sampai di tangan. Yelah, macam-macam boleh jadi dengan barangan yang dihantar melalui pos. Berdebar juga semasa mahu membuka kotak bungkusan yang sampai dirumah. Alhamdulillah, kesemua biskut raya yang ada dalam kotak, masih elok dan hanya terdapat sedikit saja yang hancur. Setiap satu balang kuih raya dibungkus dengan bubble wrap, kemas balutannya.

kuih raya order online


Beberapa jenis kuih raya Cookies Vibe yang Mai dah dah rasa seperti, Mini Popia, Cashew Teacakes, Chocolate Heaven dan Rock 'N Roll. Tidak salah pilihan Mai. Biskut daripada Cookies Vibe ini sudah semestinya sedap. Cepat saja habis, semua ahli keluarga Mai menggemarinya. Lepas ini Mai nak mencuba premium extra moist fruit cake dan tart nanas gebu, nampak sedap je. 

biskut raya sedap


Salah satu biskut kegemaran Mai iaitu biskut cornflakes, juga disediakan. Di Cookies Vibe, biskut cornflakes diolah supaya menjadi lebih sedap dengan menambah pelbagai bahan lain lagi. Antara biskut yang mengandungi cornflakes seperti, Ombak Rindu, Malatops Crispy, Chocolate Heaven, Cashew Butterscotch, Hazelnut Latte, Cornflakes Biters dan Cashew Teacakes. Umpphh sedapnya!

Bagi anda yang mahu mencuba biskut raya Cookies Vibe, apa kata cuba dahulu top 10 premium cookies yang sering mendapat tempat di hati pelanggan. Antaranya seperti Ombak Rindu, Malatops Crispy, Chocolate Heaven, Nutty Basket, Almond Chocobar, Royale Cadbury, Black Pistachio, Hazelnut Latte, Velvet Ohana, dan Crispy Rainbow. Pasti tidak mengecewakan.

Wow.. macam-macam jenis biskut sedap ada di Cookies Vibe! Kalau anda nak tahu, produknya menggunakan 100% pure butter jenama Anchor. Untuk coklat pula, mereka memilih jenama Beryl's. Kekacang premium seperti Almond, Cashew dan Hazelnut turut digunakan. Apabila menggunakan barangan premium, sudah tentu hasilnya juga sedap dan bagus. Barulah puas hati menikmatinya.

Pasti ada yang tertanya-tanya tentang status halal produk Cookies Vibe ini bukan? Adakah kesemua produk mereka halal? Ya, sudah semestinya halal. Ia adalah 100% produk keluaran Muslim. Jadi, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mendapatkannya.

Kalau anda buka laman web Cookies Vibe, pelbagai jenis kuih raya dan snek sedap yang disediakan. Untuk koleksi Raya 2021 ini, mereka menyediakan lebih 35 jenis biskut dan snek yang boleh anda pilih. Sampai rambang mata dibuatnya, itu nak.. yang ini nak.. kalau boleh semua nak haha.

Semua jenis biskut di Cookies Vibe, anda boleh lihat satu persatu di laman web www.cookiesvibe.com. Pilih saja kuih raya yang anda suka kemudian gunakan kod MAISARAH untuk menikmati 10% diskaun dan bayar, kemudian dipos dan sampai terus di rumah anda. 

biskut raya Cookies Vibe


Selain daripada membeli di laman web, kuih raya ini juga boleh dibeli pada agen terdekat di kawasan anda, memudahkan anda untuk mengambil sendiri pesanan nanti. Seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sudah ada agen Cookies Vibe ya. Lagi best, anda boleh membuat preorder untuk raya dan boleh membuat bayaran secara ansuran. Untuk kaedah bayaran secara ansuran ini, beberapa pakej disediakan untuk anda yang boleh dilihat di laman web dengan harga yang berpatutan serendah RM55/sebulan untuk 6 jenis biskut.

Kalau tempat tinggal anda berdekatan dengan showroom Cookies Vibe yang beralamat di Tingkat 1, Flexis, One South, Seri Kembangan, Selangor... anda juga boleh terus membuat pembelian di situ. Mereka beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang, yang dibuka Selasa hingga Sabtu.

Di Cookies Vibe, anda bukan sahaja boleh membeli kuih raya tapi anda juga boleh menjana pendapatan bersama mereka. Wah.. ini satu peluang yang bagus untuk direbut! Cookies Vibe menawarkan "kerja" kepada semua untuk menjadi agen mereka. Sekarang ini, pengambilan agen sedang dibuka untuk seluruh Malaysia ya. Jika berminat untuk menjadi agen, anda boleh mendaftar menjadi #VibersFamily di laman web Cookies Vibe.

kuih raya order online


Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke Cookies Vibe sekarang juga untuk mencuba pelbagai jenis biskut raya dan snek yang pasti membuatkan anda tidak berhenti mengunyah hehehe. 

Hotline: 011 657 00101
Alamat: Cookies Vibe, U1-19, Flexis, One South, Seri Kembangan, Selangor
Instagram: www.instagram.com/cookiesvibe
Facebook: www.facebook.com/cookiesvibe
Twitter/TikTok: @cookiesvibe
Laman web: www.cookiesvibe.com
Email: cookiesvibeinfo@gmail.com


Catat Ulasan for "Beli Biskut Raya Cookies Vibe Online, Senang Kerja!"