Naikkan Trafik Blog dengan Share Link di Group Facebook
Cara Mudah Naikkan Trafik Blog dan Tingkatkan Pendapatan Adsense
Blog kini bukan sekadar untuk berkongsi pelbagai maklumat tapi ia juga dapat dijadikan sebagai 'lubuk' mencari rezeki. Benar, ramai blogger yang mampu menjana ribuan ringgit daripada blog mereka. Jika mahu begitu, kandungan blog haruslah bermanfaat kepada pembaca di samping mengaplikasikan ilmu SEO. Barulah trafik blog pun menaik kan. Salah satu cara untuk naikkan trafik blog adalah dengan share link entri di group Facebook.
Ramai yang dah tahu cara ini sebenarnya. Memang terbukti berkesan menaikkan trafik blog. Bagi blog yang sudah ada iklan Adsense atau yang berkaitan, cara ini sangat berguna. InsyaAllah boleh nampak peningkatan pendapatan Adsense setiap hari. Anda boleh ikuti cara mudah ini.
Share link entri di group Facebook yang berkaitan dengan kandungan entri
Contohnya jika ia tentang resepi dan masakan, share di group masakan juga. Kalau tidak, link entri anda mungkin tidak diluluskan untuk sesebuah group atau mungkin ada yang kurang senang dan terus report pada Facebook.
Macam Mai, entri yang berkaitan resepi selalu dikongsikan di group. Alhamdulillah, berkesan.
Antara group yang Mai selalu share untuk berkongsi resepi masakan seperti di bawah ini:
Masak Masakan Apa Hari Ini (MMAHN)
Kongsi Resepi Sedap dan Mudah (KRSM)rEsEpI & PjJ bIsKuT rAyA,kEk sErTa kUiH mUiH
Resepi Kuih Muih, Biskut & DessertGeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)
dan ada banyak lagi yang anda boleh sertai di Facebook.
Kalau ada yang approve post anda lambat, bersabarlah ya 😁
Jangan share link semata-mata
Pada ruangan status, tulis sedikit caption yang dapat menarik perhatian pembaca. Barulah mereka akan klik bukan? Ini tidak, letak terus link tanpa caption.. tengok saja pun tak tertarik.
Jangan share link ke dalam banyak group sekaligus dalam satu-satu masa
Ini sangat perlu dielakkan supaya Facebook tidak mengesan link anda spam. Kalau share ke banyak group sekaligus, berkemungkinan besar akan di blok oleh pihak Facebook. Ada yang kena blog sampai beberapa hari tau. Jadi, elakkan perkara ini. Jangan tamak ya.
Ikut peraturan sesuatu group
Jika masuk rumah orang, hormati cara dan peraturannya. Macam kita masuk ke pelbagai group Facebook juga, ikut peraturannya.
Ini antara tips yang boleh diamalkan jika mahu share link di group Facebook. Kalau ada penambahan, anda boleh share juga di ruangan komen ya. Selamat mencuba ;)
Selalu buat sampai lah ada yang report spam..hehehe...ni baru je nak ping entry semula tapi gapkan masa...
BalasPadamTq Mai atas perkongsian. Sangat2 membantu.
BalasPadamBaik. Terima kasih perkongsian.
BalasPadamYeah . Betul tue . CCL pun kadang share jugak entri2 blog kt group2 fb blogger
BalasPadamSy selalu sharee link blog ke dalam group blogger
BalasPadamTq share info Mai... Boleh cuba.. Akak rajin gak kdg2 up entry masakan..
BalasPadamini adalah satu usaha kan.. terbaik.. ada yg sha xjoin lagi tuu
BalasPadamakak pun dah cuba cara ni memang ada peningkatan blog traffic
BalasPadam