Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik dengan IDW Design Collection

IDW Design Collection, Buku Rujukan Reka Bentuk Dalaman Mudah Guna


Rumah dengan reka bentuk dan susun atur dalaman yang kemas serta cantik menjadi idaman setiap orang. Barulah selesa dan ceria setiap hari kan. Tapi kerja mereka bentuk dalaman rumah bukanlah satu kerja yang mudah. Adakalanya tidak menjadi seperti yang diinginkan akibat kekurangan ilmu tentangnya. Ada yang mahu mendapatkan perkhidmatan pereka bentuk dalaman, bajet pula terhad. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam norma baharu ini. Tapi syukur, kini ada servis reka bentuk dalaman rumah mampu milik dengan IDW Design Collection.

buku interior design
Buku IDW Design Collection

IDW Design Collection? Ya, ia adalah sebuah buku hasil daripada pakar dalam bidang reka bentuk dalaman yang menghimpunkan ratusan koleksi plan, lukisan gambar dan garis panduan pengubahsuaian yang lengkap untuk pelbagai ruang dalam rumah. Memang memudahkan kita untuk membuat rujukan pada bila-bila masa.

Ini adalah pertama kali Mai memegang dan melihat buku IDW Design Collection. Teruja membuka kulit keras buku ini dan membelek setiap helai muka surat didalamnya. Banyak idea menarik rekaan terkini yang boleh diikuti untuk pelbagai ruang rumah seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur, pejabat, ruangan dobi, ruangan solat dan lain-lain lagi. Bagi Mai, memang berbaloi memilikinya. Bila-bila masa nanti kalau nak ubah susun atur rumah sendiri atau sebagainya, boleh terus rujuk buku ini. Senang!

idw design collection


Cabaran Membina IDW

Untuk pengetahuan anda, buku IDW Design Collection adalah hasil daripada pasangan pereka bentuk dalaman, Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah yang merupakan pemilik syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build Sdn Bhd (IDW). Mereka memulakan syarikat ini pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Namun, tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran


Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena COVID

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar


Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

hiasan dalaman rumah terkini



Menarik kan buku IDW Design Collection? Amat berbaloi untuk dimiliki. Ada berita baik untuk anda juga! Kalau anda berminat dengan "plug & play" interior design book pertama di Malaysia ini, anda boleh dapatkannya di laman https://idw.design/idw-collection-design/ dengan harga promosi RM397 (HARGA ASAL: RM2897). Isi kandungan buku ini pasti tidak menghampakan anda. 


Catat Ulasan for "Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik dengan IDW Design Collection"