Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sponge Milky Chocolate Cake, Lembut dan Gebu!

Sponge Milky Chocolate Cake, Kek Span Lembut Rasa Bercoklat 


Siapa peminat kek coklat? Sesekali cubalah Sponge Milky Chocolate Cake resepi hasil perkongsian daripada Puan Azlina Ina. Siapa yang tak kenal dengan beliau kan? Pemurah memberi resepi yang merupakan hasil jualannya. 

Kek span coklat ini bukan biasa-biasa. Bagi Mai, Sponge Milky Chocolate Cake ini rasanya sedap bercoklat, teksturnya gebu dan lembut. Kalau makan sepotong, pasti mahu lagi hehehe. Pendek kata, memang sedaplah.


kek span coklat


Kek span coklat Azlina Ina ini makan begitu sahaja pun sedap dah. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Kali ini, Mai letak chocolate coin sebagai hiasan. Kalau dimakan bersama ganache coklat juga sedap. Tiba-tiba terbayang pula makan kek ini dengan jem blueberry, mesti sedap kan hehe.


Sponge Milky Chocolate Cake


Yang Mai suka tentang kek ini selain daripada rasanya yang sedap adalah cara membuatnya yang mudah. Kalau nak tahu senang atau tidak, anda ikut sahaja resepi di bawah ini. InsyaAllah menjadi.


Resepi Sponge Milky Chocolate Cake


Bahan-bahan:

5 biji telur Gred  A
1 sudu besar ovalette - beli ovalette secara online di sini 
1 cawan gula kastor - beli gula kastor secara online di sini
2 cawan tepung naik sendiri - beli tepung naik sendiri secara online di sini
4 sudu besar serbuk koko - beli serbuk koko secara online di sini
1 sudu besar emulco coklat - beli emulco coklat secara online di sini
1 suku kecik esen vanila -  beli esen vanila secara online di sini
1/4 cawan susu kotak coklat (apa-apa jenama)
1/2 cawan mentega cair atau marjerin cair atau minyak jagung
Chocolate coin secukupnya sebagai hiasan (nak guna cip coklat juga boleh) - beli chocolate coin di sini

Cara membuatnya:

1. Putar telur, ovalette, gula kastor, tepung naik sendiri, serbuk koko, emulco coklat, esen vanila dan susu kotak coklat dengan mixer menggunakan low speed. Apabila sudah sebati gunakan high speed. Warna adunan akan bertukar dari warna dark brown kepada warna soft brown. Apabila sudah selesai, matikan mixer.

2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan. Putar sekejap atau kaup balik sahaja sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang yang dialas baking paper atau loyang yang telah disapu mentega.

4. Susun chocolate coin secukupnya pada permukaan adunan sebagai hiasan. Jika mahu kosong permukaannya, tidak perlu letak.

5. Sebelum bakar di dalam ketuhar, panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C selama 5 minit.

6. Hentak sedikit loyang yang berisi adunan supaya tidak terjadi gelembung pada permukaan kek. Bakar pada suhu 150⁰C selama 50 minit dengan menggunakan api atas bawah (suhu dan masa sila laraskan mengikut ketuhar masing-masing ya, janji kek masak dan tidak hangit). Mai letak pada rak tengah.

7. Setelah ketuhar berbunyi, periksa kek menggunakan lidi. Jika lidi yang dicucuk pada kek dan keluar dalam keadaan bersih, bermakna sudah masak.

8. Apabila sudah masak, keluarkan loyang dari ketuhar. Terbalikkan kek atas redai atau jika tiada, guna baking paper.

9. Kek Sponge Milky Chocolate Cake siap!


Sponge Milky Chocolate Cake
Kek baru keluar dari ketuhar


Macam mana? Mudah sahaja kan cara membuat Sponge Milky Chocolate Cake ini? Jangan lupa cuba resepi mudah lagi sedap ini ya. Selamat mencuba!


2 ulasan for "Sponge Milky Chocolate Cake, Lembut dan Gebu!"