Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara Untuk Kita Membeli-Belah Dengan Lebih Cerdik dan Cepat

7 Cara Anda Boleh Membeli-Belah Dengan Lebih Cepat Sekarang


Sama ada kita suka menikmati waktu untuk membeli-belah barangan runcit ataupun tidak, kita pasti akan terpaksa menghabiskan masa selama satu atau dua jam setiap minggu.

Walau sibuk terpaksa juga menghabiskan masa menjelajah lorong demi lorong di pasaraya untuk mendapatkan produk tenusu, barangan dapur, barangan bayi, produk penjagaan diri dan banyak lagi. Kadangkala, apa yang dibeli tidak mengikut apa yang patut dibeli. Secara tidak sedar telah berlaku pembaziran.

Untuk pengetahuan kita bersama, terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai salah satu langkah berjimat cermat. Malah jika dipraktikkan langkah-langkah ini, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga juga.
 

1. Lihat Ruangan Kosong Peti Sejuk Sebelum Mula Membeli Stok Makanan

Credits image The Guardian

Sebelum meninggalkan rumah, buat persediaan dulu. Lihat peti sejuk masing-masing juga, adakah punya banyak ruangan kosong tanda makanan dah banyak habis ataupun stok makanan di dalam peti sejuk masih padat hinggakan sudah tidak muat untuk di isi dengan makanan yang baru.


2. Buat Senarai Yang Teratur

Credits image Samsung

Sebelum ke pasaraya dan setelah lihat ruangan peti sejuk sendiri, bolehlah mula membuat senarai barangan yang sudah habis dan perlu di beli. Tidak perlu tulis dikertas kerana semua senarai ini boleh dilakukan pada telefon bimbit masing-masing.


3. Berbelanja Semasa Waktu Lapang

Credits image Time Magazine

Elakkan berbelanja pada waktu sibuk kerana takut nanti diri akan rasa tertekan. Berbelanja pada waktu lapang, minda lebih relaks untuk berfikir dan dapat menikmati masa untuk membeli belah dengan lebih aman. Secara tidak langsung dapat buat keputusan dan penilaian terhadap barangan yang ingin di beli dengan lebih bijak.


4. Abaikan Kupon

Credits image Sun Sentinel

Kupon atau tawaran harga rendah daripada biasa jika tidak diabaikan, boleh membuatkan kita seperti sedang dipanggil-panggil untuk segera ke pasaraya tersebut. Cara terbaik, abaikan semua itu dan tetapkan hati untuk membeli belah hanya apabila barangan dapur sudah hampir habis sahaja.

Fikirlah secara bijak. Potongan harga yang tidak seberapa itu hanya akan membuatkan kita berbelanja lebih kerana tatkala kaki melangkah masuk ke pasaraya, mulalah akan berbelanja membeli barangan tambahan lain yang tak sepatutnya di beli.

Jika ada kupon untuk jaga masa panjang, itu tidak mengapa untuk dikumpulkan.


5. Hadkan Diri Anda untuk Satu Perjalanan Seminggu

Credits image The Conversation

Jangan terlalu kerap ke pasaraya sebaliknya tetapkan masa untuk pergi berbelanja membeli barangan dapur sama ada seminggu sekali ataupun dua minggu sekali. Jika hidup bujang, membeli belah sebulan sekali sudah memadai. Elakkan pergi ke pasaraya secara berulang kali tiap minggu kerana ia akan hanya membuang masa, tenaga dan wang.


6. Beli secara Pukal

Credits image Retail Insider

Kita boleh membeli makanan yang sering kita gunakan secara konsisten dan berterusan dalam jumlah skala yang lebih besar. Ini dapat menjimatkan kerana apabila barangan sering guna ini stoknya masih banyak di rumah maka perjalanan tambahan ke kedai tidak akan berlaku.


7. Beli Belah Dalam Talian

Hari ini, lebih mudah untuk kita jika beli belah barangan keperluan tidak kisah produk makanan, produk penjagaan diri dan sebagainya secara dalam talian. Ini sangat memudahkan urusan kerana barangan yang dibeli akan dihantar terus ke depan pintu dan harganya juga lebih murah.

Dengan perkhidmatan grocery delivery daripada Pandamart contohnya, kita boleh beli pelbagai jenis barangan tanpa perlu susah payah keluar dari rumah.



Bagi sesiapa yang belum pernah menggunakan perkhidmatan dari Pandamart ini, untuk pengetahuan Pandamart dimiliki oleh Foodpanda. Cara untuk membuat pesanan dan proses penghantaran lebih kurang sama saja seperti ingin buat pesanan makanan.

Sebagaimana runner Foodpanda hantar makanan, begitu jugalah runner Pandamart hantar barangan runcit yang kita perlukan. Sangat mudah, tidak perlu susah payah, tidak perlu buang masa dan dapat jimatkan tenaga dan kos minyak kenderaan juga.


2 ulasan for "7 Cara Untuk Kita Membeli-Belah Dengan Lebih Cerdik dan Cepat "

  1. Lepas ni nak try guna PandaMart la. Mudah.

    BalasPadam
  2. Setuju part buat persediaan tu. Memang kita kena check dulu apa yang nak dibeli dan buat senarai supaya perjalanan membeli barang menjadi lebih teratur dan tidak terlebih dari bajet dan keperluan.

    BalasPadam