Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Riang Raya with Yoodo dengan Pelbagai Tawaran Menarik!

Riang Raya with Yoodo dan Pelan Rekan Sendiri



iang Raya with Yoodo dengan Pelbagai Tawaran Menarik! | Telefon pintar tanpa data, tidak sah rasanya. Macam mana nak melayari internet dan berhubung di pelbagai media sosial dengan lancar bukan? Tapi ada juga golongan yang lebih mementingkan panggilan suara dan sms sebagai cara untuk berhubung sesama keluarga dan rakan. Pilihan masing-masing kan, terpulang kepada diri sendiri suka yang mana. Setelah dirisik, setakat ini Mai rasa pelan Yoodo yang paling ok untuk yang nak lebihkan mana yang mereka suka, sama ada data, panggilan suara atau sms. Sebabnya pengguna boleh reka pelan sendiri mengikut kemampuan masing-masing.

Yoodo



Sebelum itu, anda kenal Yoodo tak? Kalau masih belum mengenalinya, Yoodo adalah penyedia perkhidmatan mudah alih digital 100% yang boleh disesuaikan mengikut kemahuan pengguna, pertama di Malaysia. Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom. Sebelum ini pernah jugalah dengar tentang Yoodo tapi tak tahu begitu mendalam servisnya. Bila dah tahu, teringin pula nak mencuba ;)

Teruja bila dapat tahu boleh reka pelan sendiri. Boleh berjimat lebih banyak kan. Yang pastinya, pelan yang boleh direka sendiri ini bakal memberikan kepuasan kepada pengguna. Menarik betul pelan yang dibawakan oleh Yoodo ini!

Kalau sebelum ini ada yang mengeluh tentang pelan yang tidak ngam dengan jiwa tapi terpaksa ambil kerana memikirkan itu paling bagus untuk diri sendiri, kini tidak lagi. Anda boleh reka sendiri pelan tanpa had mengikut kemahuan sendiri, hanya pilih kelajuan data, kuota hotspot , minit panggilan suara dan SMS. Pelan yang direka ini juga boleh diubah pada bila-bila masa, juga boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa syarat dan kos tersembunyi.

Nak lagi padu, anda boleh dapatkan pass 100GB data berkelajuan tinggi pada harga RM2.00 sahaja, sah selama sejam. Macam-macam boleh buat dengan kelajuan ini kan.. fuhhh. Selain pass data , add-ons juga boleh dibeli. Contohnya, kalau anda suka sangat menonton video di YouTube dan mungkin ia akan membuatkan data cepat habis.. beli saja add-on YouTube 20GB pada harga RM7/bulan. Macam-macam add-on yang boleh anda beli seperti berikut…

add-on yoodo

Apa yang menarik dengan add-on ini adalah, setiap pembeliannya akan mendapat ganjaran.Beli 10 add-ons, dapat percuma 1 add-on lagi. Bestnya!

Kalau nak guna Yoodo, kenalah set pelan sendiri dan dapatkan kad SIM dulu kan. Tapi kalau slot SIM pada telefon sudah penuh tapi tetap mahu menggunakan pelan Yoodo, macam mana pula? eSIM adalah alternatif yang terbaik kepada masalah tersebut. Untuk pengetahuan anda, embedded SIM (eSIM) adalah cip telefon terbina dalam yang berfungsi sama seperti kad SIM biasa. Pengaktifannya juga jauh lebih mudah dan ia dapat digunakan bersama kad SIM sedia ada di telefon. Pelan nombor lain (SIM berbeza) juga dapat digunakan dalam masa yang sama. Tapi, buat masa ini eSIM menyokong untuk beberapa peranti IOS dan Android seperti yang dinyatakan dalam laman web mereka.

Riang Raya With Yoodo



Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Yoodo mengadakan kempen Riang Raya WithYoodo. Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan seperti Apple Iphone 12, Samsung A42 (5G), kerusi Gaming Noblechairs Epic dan kredit Yoodo RM30. Wah, menarik betul hadiahnya! Syarat penyertaannya mudah sahaja. Anda perlu berbelanja minimum RM30 atau RM50 untuk 2 bulan berturut-turut dengan Yoodo.

riang raya with yoodo


Lebih meriah, Yoodo menampilkan watak Tart Nenas dan SAMPerit dalam Pilihan Riang Raya dengan manifesto kelakar masing-masing. Siapa yang meraih paling banyak undian, dialah yang akan menjadi Ketua Kuih Raya. Hasil keputusan undian yang dibuat sehingga 11 Mei telah pun diperoleh iaitu Tart Nenas berjaya mendapat undian lebih tinggi daripada SAMPerit. Maka, Tart Nenas menjadi Ketua Kuih Raya 2021. Mai pun undi Tart Nenas tau. Nasib baik kuih raya kegemaran menang hahaha. Terubat sikit kesedihan raya tahun ini dalam PKP.

pilihan riang raya yoodo


Ada lagi satu peluang menarik yang tidak patut dilepaskan sempena Hari Raya Aidilfitri ini! Kredit RM5 dan data 5GB percuma untuk anda dengan pembelian Pek Berkembar Tropicana Twister. Promosi Jom Raya Bersama Yoodo dan Tropicana ini berakhir pada 30 Jun.



Promosi dan Tawaran Menarik Yoodo


Rupanya, banyak promosi dan tawaran menarik daripada Yoodo. Ajak kawan untuk sertai Yoodo pun boleh dapat ganjaran tau. Apa yang perlu dibuat adalah kongsi pautan jemputan dan kod khas kepada kawan atau saudara-mara. Apabila sim kawan diaktifkan, Yoodo akan memberi kredit RM20 kepada kita dan 7GB data kepada kawan. Lagi banyak kawan yang dapat diajak, lagi banyak ganjaran yang kita dapat. Dengan kredit tersebut, boleh buat beli booster data, panggilan atau SMS.

yoodo


Lagi tawaran menarik, dengan melanggan data berkelajuan tinggi Yoodo, anda akan menerima 10GB data tambahan percuma! Promosi bermula dari 10GB dan seterusnya. Selain itu, anda juga boleh menebus kad e-gift gaya hidup PERCUMA dengan promo Flash Wowcher Yoodo. Jumlah wowchers bernilai lebih dari RM 10,000 untuk direbut. Wowchers baru dibuka setiap minggu sehingga 13 Jun.

Yang terbaru adalah Rangkaian Prihatin. Sebagai usaha kolaborasi Yoodo bersama Inisiatif Jaringan Prihatin, Yoodo menawarkan data bersubsidi untuk semua pengguna terpilih yang layak. Pengguna yang layak akan mendapat 80GB hanya RM20 sebulan selama 12 bulan dan 60GB PERCUMA setiap bulan! Warganegara Malaysia yang layak boleh mendaftar sehingga 31 Julai 2021.

yoodo

Best kan Yoodo? Macam-macam promosi, tawaran dan ganjaran kita boleh dapat dengannya. Jom ke laman web Yoodo untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai perkara menarik di sana 😉



Catat Ulasan for "Riang Raya with Yoodo dengan Pelbagai Tawaran Menarik!"