-->

Aplikasi Muslim Pro Pelbagai Guna, Bukan Sekadar Beritahu Waktu Solat





Aplikasi Muslim Pro Pelbagai Guna



Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, perkembangan dunia telefon pintar semakin maju dan canggih. Jika diperhatikan, semakin ramai pengguna telefon pintar pada masa kini. Sememangnya ia seperti sudah menjadi satu benda penting yang perlu ada dalam kehidupan seharian. Sudah tentu telefon pintar mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya kepada manusia. Tetapi awas, jangan salah gunanya sehingga masa terbazir begitu sahaja kerananya. Terdapat pelbagai cara untuk kita manfaatkan penggunaan telefon pintar khususnya umat Islam, seperti membaca al-quran pada waktu lapang. Bagi Mai, yang terbaik setakat ini adalah aplikasi Muslim Pro pelbagai guna, bukan sekadar beritahu waktu solat. 

aplikasi muslim pro


Telefon Mai sendiri sudah lama dipasang aplikasi ini. Daripada pengalaman Mai sendiri menggunakan aplikasi Muslim Pro, waktu solat pada aplikasi ini boleh dikatakan tepat mengikut tempat. Pada telefon Mai, ia menunjukkan waktu solat dirujuk dari JAKIM - Kuala Kangsar, PRK. Jadi, ia dipercayai dan sama seperti azan di masjid berdekatan. Begitu juga dengan arah qiblat yang tepat boleh dikesan menggunakan aplikasi ini. Suara muazzin juga boleh dipilih mengikut kegemaran masing-masing. 

waktu solat muslim pro


Sebagaimana tajuk entri ini iaitu aplikasi Muslim Pro bukan sekadar memberitahu waktu solat, benar.. terdapat pelbagai ciri-ciri menarik yang lain lagi yang ada pada aplikasi ini. Antaranya seperti Quran, Duas, Halal, Mosques, Hajj & Umrah, Hajj Journey, Calendar, Zakat Calculator, Makkah Live Stream, Inspiration, Tracker dan Tasbih. Kesemuanya memberi manfaat yang besar kepada penggunanya.

muslim pro features


Selain daripada memberitahu waktu solat, Mai suka aplikasi Muslim Pro kerana kita boleh membaca ayat suci al-quran di mana sahaja dengan telefon pintar. Jika ada masa lapang, ketika menunggu kenderaan awam tiba di tempat menunggu contohnya, elakkan masa pergi begitu sahaja. Buka aplikasi ini dan baca al-quran. Hanya klik imej Quran pada menu bar di bawahnya, kemudian kelihatan Sura (Surah), Juz, Playlist dan My Quran. Untuk membaca mengikut surah, pilih saja surah pilihan masing-masing. Ayat terakhir yang dibaca juga diberitahu di situ, jadi ia memudahkan kita untuk menyambung bacaan seterusnya pada masa lain.  

quran muslim pro

Pada aplikasi Muslim Pro juga, kita boleh merancang tempoh untuk khatam dengan membuka terus ciri Khatam. Menariknya, kita dapat membentuk kumpulan tadarus. Setiap pencapaian hasil bacaan al-quran juga akan dianugerahkan dengan pelbagai lencana. Aktiviti tadabbur dan tadarus al-quran menjadi lebih efisyen dengan lebih 40 terjemahan yang disediakan mengikut bahasa pilihan sendiri, memudahkan kita untuk memahami setiap ayat. Tajwid juga ada ditandakan dalam ayat dengan beberapa warna supaya kita lebih mengambil perhatian tentangnya.

Beralih pula pada ciri kegemaran Mai yang lain, iaitu Duas atau doa. Terdapat lebih daripada 100 doa harian dihimpunkan di sini. Apabila sering melihat ayat dan membaca doa di aplikasi Muslim Pro, secara tidak langsung membuatkan kita mudah hafal sesuatu doa. Jadi, doa-doa yang bagus ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Atau jika terlupa mana-mana doa, buka saja aplikasi ini dan baca. Doa-doa ini juga boleh dikongsikan dari aplikasi terus ke pelbagai media sosial.

aplikasi muslim pro


Seterusnya, ciri Halal Food Places. Mai tertarik dengan ciri ini kerana ia memudahkan pengguna untuk mencari restoran atau kedai makan halal berhampiran. Kalau kita berada di tempat orang, sudah tentu kita tidak arif dengan tempat tersebut. Lebih-lebih lagi ketika mencari tempat untuk menjamu selera. Apa yang perlu dibuat adalah, on location kemudian klik pada ikon Halal dalam aplikasi Muslim Pro dan set yang mana perlu seperti Sort by, Price atau Include non-halal certified venues. Untuk lebih mudah, taip sahaja nama tempat pada ruangan carian di situ. Selepas itu akan keluar senarai restoran halal berhampiran. 

muslim pro app


Setelah selesai makan, jika sudah masuk waktu solat dan kedengaran azan berkumandang, pasti masjid akan dicari untuk menunaikan solat. Tidak tahu di mana masjid berdekatan? Guna sahaja ciri Mosques pada aplikasi Muslim Pro untuk mencari lokasi masjid. Kemudian akan muncul senarai nama masjid serta jarak dari tempat kita berada. Seterusnya, klik nama masjid dan akan keluar Google Map menunjukkan arah ke masjid tersebut. Mudah bukan?

mosques muslim pro


Di samping itu, ilmu berkaitan haji dan umrah jangan pula dilupakan. Pada aplikasi Muslim Pro, terdapat perkongsian ilmu tentangnya dalam ciri Hajj & Umrah dan Hajj Journey. Ilmu asas ini seperti mengingatkan kita kepada pelajaran berkaitan haji dan umrah ketika mempelajarinya di sekolah menengah dahulu. Maksud, sejarah, panduan haji dan umrah secara cara memakai ihram ada dikongsikan dalam ciri Hajj & Umrah. Hajj Journey pula menunjukkan perjalanan haji yang lengkap. Jika terlupa tentang ilmu haji dan umrah, buka sahaja aplikasi ini dan ulang kaji.

hajj umrah muslim pro


Ciri-ciri lain seperti Zakat Calculator untuk mengira zakat, 99 Asma Al-husna beserta maksudnya, Inspiration dan lain-lain juga memberi banyak kepentingan kepada kita. Pendek kata, aplikasi Muslim Pro memang berguna dan patut dipasang pada telefon pintar kerana manfaat daripadanya yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Aplikasi ini boleh dimuatturun di Google App Store untuk pengguna Android dan Apple App Store untuk pengguna Iphone.

Secara keseluruhan, aplikasi Muslim Pro memberi pelbagai manfaat kepada pengguna khususnya umat Islam. Ingat, ilmu agama jangan diremehkan. Bawa ia ke mana sahaja, tidak mengira masa di mana kita berada.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Rawlins suka sebab ianya sentiasa mengingatkan waktu solat dan bacaan yang bersesuaian. Nanti jika dah boleh travel, senang nak tengok arah kiblat dan masa solat kan

    BalasPadam
  2. nice application..bagus apps macam ni..memudahkan kita untuk beribadat kan

    BalasPadam
  3. Oh wow......this is really a good app. I need to download this app in my phone too. Thank you for sharing dear.

    BalasPadam
  4. I dah bertahun subscribe pro plan apps ni sbb senang smua ada, nak ngaji senang, pin doa pun senang, tgok waktu azan pun snang 😊

    BalasPadam
  5. betul, apps ni memang best, paling suka yang tracking tu. lebih istiqomah dalam beribadah

    BalasPadam
  6. Such convenience for those who bersolat. Totally understand hw we might forget when we're busy.

    BalasPadam
  7. Wahhh makin banyak function available dalam Muslim Pro ni ye! Ramai yang start guna apps ni kan skrg dan menyakinkan tue yang penting since valid source.

    BalasPadam
  8. Memang betul, pernah dulu guna apps ni untuk cari surau berdekatan dengan tempat Sis nak tuju, alhamdulilah sangat membantu...

    BalasPadam
  9. BAgus guna aplikasi Muslim Pro memang banyak manfaat boleh jadikan panduan dan sangat sangat berguna

    BalasPadam
  10. yes memang bagus Apps nih
    alhamdulillah banyak membantu
    nak baca Al-Quran pun mudah :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)