Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lemang Tepung Gula Merah Mudah Dibuat

Resepi Lemang Tepung Gula Merah



Lemang pulut menjadi juadah wajib dihidang ketika hari raya Aidilfitri atau Aidiladha. Kalau di rumah Mai, selain lemang pulut, lemang tepung gula merah juga menjadi hidangan wajib pada hari raya. Anda peminat lemang tepung? Pernah rasa tak?

lemang tepung


Kebanyakan laman web yang Mai baca, rata-rata mengatakan bahawa asal lemang tepung adalah dari Perak. Bab ini Mai pun tidak berapa pasti walaupun Mai orang Kuala Kangsar, Perak 😁. Tetapi setiap kali hari raya, ia wajib dibuat.

Sebelum ini biasanya mak saudara Mai yang buat lemang tepung. Untuk raya kali ini, Mai cuba untuk membuat sendiri. Kalau ikut mak saudara Mai, katanya senang saja membuatnya. Kuantiti bahan-bahan yang digunakan hanya agak-agak sahaja. Asalkan tidak begitu cair dan tidak terlalu pekat. Tapi bagi Mai yang baru nak belajar membuatnya, mungkin gagal kalau main agak-agak begitu hahaha. Cari punya cari resepi di internet, akhirnya dapat juga di Facebook yang dikongsikan oleh... 

Daripada resepi asal, kuantitinya di bawah ini Mai gandakan sendiri. Dapatlah dalam 4-5 batang lemang tepung. Alhamdulillah, menjadi lemang tepungnya. Sedap rasanya dan lembut je. 

Jom buat..

Lemang Tepung Gula Merah


Bahan-bahan:

3 cawan gula merah 
3 cawan air 
6-9 sudu gula pasir 
4 helai daun pandan 
2 sudu kecil garam 
6 cawan santan kelapa 
6 cawan tepung gandum

Cara membuatnya:

1. Masukkan air ke dalam kuali atau periuk.
2. Kemudian, masukkan gula merah dan gula pasir.
3. Kacau sehingga gula larut.
4. Masukkan daun pandan, carik sedikit dan simpulkannya.
5. Kacau lagi sehingga mendidih.
6. Setelah mendidih, keluarkan daun pandan.
7. Dalam bekas berisi tepung gandum, masukkan garam, santan dan tuang gula yang dididih tadi.
8. Kacau sebati supaya tidak berketul.
9. Jika adunan masih berketul, boleh gunakan blender atau mixer supaya adunan elok tidak berketul.
10. Masukkan adunan ke dalam buluh yang dilapik daun pisang. Jangan masuk sehingga penuh kerana adunan akan terkeluar ketika dibakar.
11. Bakar sehingga masak. Kawal api dan pusing-pusingkan buluh supaya masak sekata.
12. Lemang tepung gula merah siap!

Anda boleh menonton video di bawah ini untuk melihat cara membuatnya...



Senang je cara membuat lemang tepung gula merah kan? Anda juga boleh menggantikan gula merah dengan air daun pandan jika mahu. Kalau anda nak rasa sendiri lemang tepung ini, bolehlah cuba buat sendiri ya 😉

Selamat mencuba!


7 ulasan for "Lemang Tepung Gula Merah Mudah Dibuat"

  1. salam Mai
    teringin pula tgk lemang tepung
    huhuu arwah mak tipkali raya wajib bakar lemang pulut dan lemang tepung gula merah camni
    feberett la anak2 semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan? abah kalau raya puasa dan haji, mesti buat lemang tepung :)

      Padam
  2. Tak pernah jumpa r rasa lagi.

    BalasPadam
  3. wahhhh ni first time ray tgk lemang tepung gula merah. menariknya

    BalasPadam
  4. budak zaman sekarang kenal ke? 😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kenalkan pada mereka, InsyaAllah tahu.

      Padam