Penghargaan McDonald’s Malaysia kepada Petugas Barisan Hadapan Perubatan
Seruan #KitaBoleh oleh McDonald’s Malaysia
Berkaitan dengan hal itu, tajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 petugas barisan hadapan perubatan. ‘Hero’ yang menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, rela berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan nyawa seseorang, wajar diberi penghormatan yang selayaknya. Disebabkan usaha hero kita yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu ini, rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan padu dan bantuan dari setiap sudut. Waktu getir ini bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan pelbagai pihak, tetapi bersatu padu menghadapi pandemik ini.
Seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Saya sendiri amat bersetuju dengan usaha yang dibawa oleh mereka. Sejak wabak COVID-19 melanda, rasa seperti sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta orang lain. Penggunaan #KitaBoleh di media sosial juga sentiasa mengingatkan kita bahawa kemenangan dalam menentang COVID-19 pasti akan kita gapai satu hari nanti dengan kesepaduan yang utuh.
"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.
Azmir juga mengiktiraf pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, yang secara langsung meletakkan senyuman di wajah para petugas barisan hadapan di hospital.
Syukur sangat apabila ada usaha sebegini, seperti pihak McDonald’s Malaysia menghantar makanan untuk petugas barisan hadapan perubatan. Kita juga sepatutnya mencontohi apa yang mereka lakukan. Kalau kita tidak dapat memberi banyak, pemberian yang sedikit tapi ikhlas, itu sudah memadai.
Tempoh pelaksanaan PKP adalah tempoh yang sepatutnya semua rakyat Malaysia bersatu padu berusaha untuk mengekang wabak COVID-19 daripada terus menyerang. Ia bukan mudah dilaksanakan tetapi dengan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, kejayaan melawan wabak ini bakal dikecapi.
Sebagai penghias bicara akhir, marilah kita bersama-sama petugas barisan hadapan berganding bahu menjayakan usaha yang akan memberi beribu manfaat kepada semua.
Patuh arahan, jaga kesihatan dan keselamatan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.. InsyaAllah kemenangan melawan wabak ini akan kita genggam.
wah prihatinnya mekdi :)
BalasPadamSalute usaha McD ni. Dari dulu sampai la tip top bab charity.. moga urusan barisan hadapan kita dipermudahkanNya. Lagi-lagi dalam pandemik yang cukup mencabar ni kan..
BalasPadaminisiatif yang sangat bagus dari Mc Donalds, banyak jasanya pihak frontliner ni, bertungkus lumus memastikan keselamatan semua
BalasPadamTahniah McD! Moga urusan barisan hadapan kita dipermudahkanNya.
BalasPadamTahniah McD Malaysia buat inisiatif macam ni. Satu usaha yang murni.
BalasPadambagus la gini. sebagai 1 syarikat franchais makan yg besar, perlu cakna. beri kegembiraan kpd yg perlu, contohnya frontliners ni. mereka penat. mereka sgt letih. bila dpt gini, kembang hati mereka, berbunga-bunga. buat kerja lepas tu pun jadi releks aje kan. perut kenyang, hati pun senang...
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamTerbaik dan tahniah kepada Mcdonals membantu frontliner semua, Moga frontliner semua di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki frontliners dpt mcD. Semoga mcD selalu buat charity sebegini. Yeay.
BalasPadamBagus McDonalds ni banyak inisiatif dorang untuk charity ni kan. Baru rasa seronok nak makan mekdi selalu camni. Haha
BalasPadamSuka dgnCSR mekdi ni..dekat di hati gitu.. Yalah org msia kn prihatin.. Gud job mekdi
BalasPadambagus McDonald's ni.. kami petugas barisan tengah yang tak pernah cuti jugak sejak PKP1.0 .. meh la bantu kami jugak... hahaha
BalasPadamTahniah MCD! Untuk rakyat pulak, jangan lupa daftar vaksin, ini lah cara kita hargai frontliners.
BalasPadamThank you McDonald's sebab menaja makanan buat fronliners. Inisiatif yang sangat bagus dalam menghargai jasa frontliners.
BalasPadamTahniah mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan usaha murni ini.. kepada frontliners, korang adalah wira kami!
BalasPadam